Aidilfitri itu aku gembira
kerana dapat beraya bersama-sama dengan ahli keluarga yang lain berkumpul
dirumah bondaku diPaya Jaras Sungai Buloh.Pada Syawal ketiga aku pulang
kekampung isteri ku diTerengganu pula.Isteri dan anak-anak semua happy
je.Semasa dikampung ini pada hari raya keempat tu dapat panggilan adakah aku
boleh untuk naik job pada 31 ogos nanti.Aku terus setuju je
Alhamdulillah...rezeki dimurahkan.
Selepas kontrak
dipersetujui dan ditandatangi maka Pada 31 Ogos itu aku pun terbang ke Bintulu
dengan penerbangan awal pagi.Best Friend aku yang tinggal berjiran dengan aku
yang juga commercial diver lah yang jadi mangsa jadi driver aku ke LCCT awal
pagi itu.Jam 3 pagi kami keluar dari rumah sengaja kami keluar awal supaya
dapat meluangkan masa sambil berbual dan tidak terkejar-kejar atau kelam kabut
kalau keluar lewat.Kebetulan beliau masih belum naik job lagi.Padan muka dia
sape suruh dia `racun’ aku supaya beli rumah dekat dengan rumah dia...kan dah
jadi mangsaku.
kebetulan Kali ni aku naik job dengan company yang aku
tak pernah kerja dengan mereka sebelum ini.Aku rasa sudah tiba masanya aku
berhijrah kot.Walaupun sebelum ini aku tak berapa gemar dengan company ini tapi
mungkin ada hikmahnya..mungkin ada sesuatu yang boleh buat aku gembira bila
bekerja dengan mereka nanti so apa salahnya aku cuba. Aku yakin Allah telah
mengatur segalanya untuk aku dan aku yakin ianya pastilah yang terbaik untuk
aku walaupun aku tak tau apa bendanya tapi keyakinan kepada Allah mengatasi
segalanya.
Aku tak tau entah berapa
lama agaknya aku akan bertahan dengan company baru ni.Sebenarnya yang buat aku
setuju untuk bekerja dengan company ini ialah kerana aku dibawa masuk oleh Agen
`manpower supply’, gaji aku bukan dibayar secara direct oleh company diving
contractor tapi gaji aku dibayar oleh
company `manpower supply’ ni dan aku tak kena potong tax tapi aku juga tak
mencarum KWSP.Jadi aku bakal menerima gaji penuh setiap bulan.Jika sebelum ini
aku menerima `day rate’ yang sama dengan `dayrate’ yang aku terima sekarang
tetapi selepas ditolak tax pada LHDN dan KWSP gaji aku short sebanyak RM xx.xxx tapi dengan tiadanya potongan tax pada LHDN dan KWSP ni aku akan menerima gaji
penuh,Alhamdulillah.Cuma aku kena mencarum sendirilah kat KWSP tu.Sekurang-kurangnya
dengan jumlah lebihan sebanyak itu bolehla aku bayar hutang-hutangku yang
berlambak kat bank tu dengan lebih cepat lagi.Sebelum ni aku tak berapa
bersungguh-sungguh nak menyertai company ni kerana gaji yang ditawarkan sangat
tidak menarik perhatianku.Buat permulaan ni aku mendapat kadar `day rate’ yang
sama dengan company yang aku bekerja sebelum ni.
Sampai diBintulu seperti
biasa aku dijemput oleh agen dan dihantar menginap dihotel dahulu kerana kata
agen kapal yang sepatutnya aku naik itu masih belum sampai diBintulu dan masih
berada diLabuan.
Aku menginap di Riverfront
Inn Bintulu.Berbanding dengan company lama dahulu dari segi welfare kepada
divernya lebih baik sedikit dari company sekarang.Biarlah aku namakan company
yang aku kerja sekarang ni sebagai company `A’.Dan company lama sebagai company
`S’.Jika dengan company `S’ hotel yang disediakan satu orang 1 bilik,makan
hanya sign dan tulis no bilik,segala urusan tuntutan bayaran perjalanan atau
atau sebarang bayaran yang kami dahulukan agak mudah prosesnya dan cepat
sekali.Tetapi dengan company `A’ ini bilik hotel dikongsi,elaun makan
dijanjikan tetapi kami mesti bayar dahulu dan klim kemudian,sebarang klim-klim
yang hendak dibuat agak leceh dan lambat atau kadang-kadang tak dapat,itu menurut
rakan-rakan yang dah lama bekerja dengan company inilah.Oleh kerana proses
membuat klim agak melecehkan jadi tak ramai diver yang buat klim. Apa-apa hal
pun aku tetap bersyukur kerana masih dapat job.setiap company ade kelbihan dan
kekurangan masing-masing begitu juga dengan diver-diver,setiap diver ada
kelebihan dan kekurangan masing-masing.Ada diver yang kerja bagus dalam air
tapi tak pandai bahasa inggeris.Ada diver yang pandai bahasa Inggeris tapi
dalam air pulak kurang cekap.Ada diver yang Pandai kerja dalam air atau pandai
bahasa Inggeris tapi cakap besar,malas atau perangai tak menyenangkan orang
lain pulak pendek kata macam-macam perangai ada.Aku ni dalam senarai diver yang
tak pandai kerja dalam air & bahasa Inggeris pun tak bagus so diam jelah.
Kali ni aku terlibat dengan
tugas Pre Commisioning atau kami panggil dengan istilah `pigging’ seperti yang
telah aku ceritakan dalam entri no 65-Tugasku atas kapal baru Sapura sebelum ini.Cuma kali ni tugas seperti
ini tidak dilakukan oleh saturation diver seperti sebelum ini.Kali ini kami
`air diver’ sendiri yang yang akan melakukannya dan kedalaman air disini ialah
40 meter.Biasanya dengan kedalaman 40 meter seperti ini selalunya dilakukan
oleh sat diver kerana ianya lebih mudah dan lebih cepat jika dibandingkan kalau
dilakukan oleh `air diver’ kerana `air diver’ seperti kami tidak boleh berada
terlalu lama dibawah air dengan kedalaman 40 meter itu kerana akan menghasilkan
lebih banyak gas lengai dalam badan akibat dari tidakbalas kerana bernafas
menggunakan udara mampat serta peraturan dan jadual menyelam telah menetapkan
had-had dan jangkamasa tertentu berapa lama kami boleh berada dibawah air.Ianya
bagi mengelakkan kami dari mendapat penyakit penyelam.
Tetapi bagi `sat.diver’
tidak menjadi masaalah bagi mereka kerana mereka boleh berada dibawah air
berterusan selama 6 jam bagi sesuatu tugasan kerana mereka bernafas menggunakan
gas campuran helium campur oksigen.
Bersambung akan datang...sabar sikit ye...kalau tulis panjang2 sgt nnt pembaca lost fokus he he he
8 comments:
perkataan sbnr ialah Piping Inspection Gauges (PIG).....bleh ukoq ketebalan pipe,cr crack dan mcm2 lg,ms belajaq dl km pggl dia babi cerdik
Haa ye ye betul2 T.kasih Jikon ingatkan sy semula ape nama benda tu...dulu dah ingat dah tp bila time nak tulis nama dia lupa pulak,puas cr dlm buku tak jumpa.
Tapi kat dlm buku commercial diver manual pun ade bgtau yg semasa operasinya didalam paip pd masa tertentu dia akan berbunyi seperti Pig sbnr.
anyway t.kasih sekali lg krn berkongsi info
x tau la plak bunyi dia mcm mn.....pasai km slalu operate bnd tu tolak dgn nitrogen
Salam tuan.. alhamdulillah dalam masa sehari je saya baca habis keseluruhan blog tuan ni tnpa ada entri yg tetinggal. sumenya atas dasar minat dari zaman skolah utk bekerja di laut seperti tuan.
Skrg saya berumur 30. Tp keinginan utk bermusafir seperti tuan masih lg tgi. apa pendapat tuan andainya dlm setahun dua ni saya ambil kursus seperti tuan di australia bg mula berkecimpung dlm dunia commercial diver ni? Adakah terlalu lewa utk mulakan dan bgaimna dgn pesaingan dgn anak2 muda yg smakin ramai memilih kerjaya ini? Saya xda basic mengenai ilmu diver melainkan sbgai open water diver sahaja. Allahu A'lam..
*Lewat
T.kasih Anonymous krn berjaya menghabiskan baca semua entri dlm masa sehari.
umur 30 masih dlm lingkuang yg ok utk bekerja dilaut.cuma perlu tanya pd diri sendir adakah boleh bertahan duduk dilaut lama2 atau kerja yg kdg2 teruk.persaingan mmg agak sengit juga tapi masa ada ruang untuk membina kerjaya cuma agak perlahan sedikit.Tapi mcm mana pun rezeki Allah yg tentukan ape nak risaukan
Terima kasih tuan atas semangat yg dberi. Mcmana pula dgn skolah latihan commercial diver? kebanyakan entri yg saya baca ramai yg suggest utk ambil kursus samada di australia,south africa dan scotland. manakala south africa ramai yg kata agak murah cost of living berbanding tmpt lain..
study & buat homework sikit
klik sini
http://www.tucf.com.au/commercial.html
Post a Comment