Dunia Commercial Diver



Ramai orang tau Menyelam antara aktiviti sukan yang menyeronokkan kerana dapat menikmati keindahan dasar laut dan seolah-olah berada didalam satu dunia yang lain yang sangat indah.
Bagi penyelam komersial terlatih dan orang yang mahir tentang perubatan menyelam pula mempunyai pendapat berbeza.Mereka menganggap yang berada dibawah air sama ada untuk beriadah atau melakukan kerja adalah secara otomatik mendedahkan diri terhadap risiko-risiko berkaitan menyelam sebaik sahaja penyelam meninggalkan permukaan.

Entri kali ini aku rasa nak bercerita tentang penyakit berkaitan menyelam pula.Sebab dah banyak yang aku cerita tentang kerja menyelam so kali ini cerita tentang penyakitnya pula.Sebelum ini aku pernah menulis dengan panjang lebar tentang penyakit penyelam didalam majalah Perajurit terbitan awal tahun 2013 tapi kali ini aku ringkaskan ia untuk tatapan pembaca agar tidak bosan.

Ramai orang hanya tau menyelam itu  sesuatu yang menyeronokan.tetapi orang tak tau sebenarnya ianya merbahaya jika tidak dilakukan dengan betul atau jika melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Seseorang penyelam semasa dibawah air adalah terdedah kepada tekanan persekitaran.Semakin lama sesuatu selaman atau semakin dalam penyelam pergi maka tekanan semakin kuat.Ini akan menghasilkan gas lengai didalam tisu tubuh badan penyelam itu.Sebelum boleh timbul dipermukaan gas-gas lengai yang terhasil tadi perlu dilepaskan dan dineutralkan semula dan prosesnya adalah perlahan dan berperingkat.Jika ia tidak dilepaskan atau dineutralkan semula ianya boleh menyebabkan penyelam yang terdedah kepada tekanan tadi mendapat penyakit dekompressi  atau lebih teruk lagi mendapat penyakit gas Emboli .

Cara biasa yang perlu dilakukan adalah dengan naik kepermukaan secara perlahan-lahan atau berperingkat-peringkat.Apabila seseorang penyelam naik terlalu laju atau tidak membuat hentian berperingkat maka gas-gas lengai tadi tidak dapat dilepaskan sepenuhhnya jadi kebarangkalian untuk mendapat penyakit dekompressi atau gas emboli adalah tinggi.

Penyelam yang mengambil ubatan tertentu dan penyelam yang mengambil minuman keras sebelum menyelam juga terdedah kepada risiko mendapat penyakit penyelam,ini kerana tekanan didalam laut memberi tindak balas pada ubat atau minuman keras yang berada didalam sistem badan dan seterusnya memberi kesan sampingan terhadap penyelam tersebut.

Penyelam yang mempunyai sejarah mendapat penyakit penyelam sebelum ini juga mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat menyakit penyelam lagi berbanding dengan penyelam yang tidak pernah mendapat penyakit penyelam.

Rekod statistik lama mencatatkan terdapat 800 hingga 1000 kes  penyelam  yang mendapat penyakit penyelam (DCS) dan dengan   80 hingga 100 kes  kematian setahun.

Rekod juga mencatitkan Nisbah perbezaan kemalangan menyelam antara selam rekreasi dan selam komersial juga adalah tinggi iaitu sebanyak 30 pada selam rekreasi manakala sifar bagi selam komersial .Walaupun aktiviti selam komersial biasanya melibatkan kerja-kerja yang berat dibawah air dan dalam keadaan yang gelap serta ekstrem tetapi oleh kerana dalam aktiviti selam komersial Industri minyak dan gas faktor keselamatan sangat dititik beratkan yang mana protocol dan prosedur yang ketat perlu dipatuhi dan disahkan sebelum sesuatu operasi selaman boleh dijalankan menjadikan statistik kemalangannya lebih rendah.
Seorang penyelam yang disyaki mendapat penyakit penyelam sedang menjalani terapi rawatan hiperbarik oksigen didalam hyperbaric chamber diatas kapal yang menjalankan kerja-kerja menyelam.Rawatan yang diberikan segera sebaik sahaja mendapat aduan akan memulihkan penyelam dengan cepat.(foto koleksi Peribadi)

Dibawah ini adalah senarai penyakit-penyakit yang sering menimpa penyelam dan penyakit menyelam yang paling bahaya sekali lalah:-

1.BAROTRAUMA-“Kerosakan tisu pada organ yang mengandungi udara disebabkan oleh perubahan pada tekanan persekitaran”
        Barotrauma of Ascent (Barotrauma menaik)
        Barotrauma of Descent  (Barotrauma menurun)
        Middle Ear Barotrauma (Barotrauma telinga tengah) – Paling kerap
        Pulmonary Barotrauma (Barotrauma Paru-Paru) – Paling bahaya
        ARTERIAL GAS EMBOLISM
        MEDIASTINAL  EMPHYSEMA
        PNEUMOTHORAX
        SUBCUTANEOUS
        EMPHYSEMA
        Sinus Barotrauma (Barotrauma Sinus)
        Facemask (or facial) Barotrauma
        Tooth (or dental) Barotrauma
        Gastrointestinal Barotrauma

2. DECOMPRESSION SICKNESS-Ia terjadi akibat “outgassing” (pelepasan gas lengai yang larut dalam badan) yang tidak cukup.
3. Nitrogen Narcosis-Tindakbalas Nitrogen dalam system badan terhadap tekanan.
4. Hypoxia-disebabkan oleh kekurangan kandungan oksigen dalam gas pernafasan  
5. Carbon Dioxide Toxicity-Keracunan Karbon Dioksida(= Hypercapnia)
6. Karbon Monoksida (CO) –udara tercemar
7. Oxygen Toxicity -(Keracunan Oksigen)
8. Lemas dan Hampir Lemas
9. Heat Stress – (Hyperthermia) Peningkatan haba lebih dari keupayaan badan menghilangkan haba.
10.  Hypothermia -kehilangan haba dari badan penyelam lebih cepat dari haba yang dihasilkan.
11. Hidupan laut merbahaya
12. Dysbaric Osteonecrosis-Kerosakan atau kematian tisu tulang  akibat tekanan tinggi ke atas badan.
13. High Pressure Nervous Syndrome-Penyakit terjadi apabila gas helium digunakan semasa menyelam paras dalam. 
14. Otitis Externa-Otitis externa (swimmer’s ear) ialah jangkitan pada external auditory canal. -
15. Salt Water Aspiration Syndrome-(Sindrom Tersedut Air Masin) Tersedut kabus air masin sewaktu menyelam.
16.  Letupan Dalam Air


Penyakit dalam senarai no 1,2,4,5 & 6 perlu dirawat dengan rawatan Terapi Hiperbarik Oksigen untuk memulihkan pesakit/penyelam semula.Rawatan ini dijalankan didalam Chamber hiperbarik seperti yang aku pernah cerita dalam entri no 53-Hyperbaric Oksygen Teraphy (HBOT) sebelum ini.

Kalau yang tergolek didalam chamber memang akibat penyakit menyelam tapi kalau yang tergolek dan bergelimpangan diluar chamber macam ni  juga termasuk kategori penyakit penyelam yang tidak rasmi iaitu `tidur dimana-mana sahaja kalau takde kerja' rawatannya hanya lelapkan mata sahaja.
Akhir kata kepada semua rakan-rakan dan pembaca yang bergelar diver sama ada diver rekreasi atau diver komersil dan juga rakan-rakan yang bekerja sebagai Driver, Entri ini diakhiri dengan ucapan nasihat.

Think Safety,Dive Safely..
Think Safety, Drive safely...
Don`t drink and Dive..
Don`t drink and Drive....ok....

Me,Abang Leman.
aka Spy Leman





Gambar tu asalnya berwarna warni tapi pasal dah lama sangat duk kat laut sampai dah pudar kaler dia.. woha.
Oleh kerana sudah hampir setahun aku bercampur dan bergaul dengan diver –diver Jepun dan lain-lain krew disini maka sukacita dimaklumkan yang banyak juga perkataan atau terma-terma yang digunakan semasa menyelam dalam bahasa Jepun dapat aku serap.Aku pun bukannya pandai sangat cakap Jepun,cukup-cukup makan je sebab disini mereka akan menggunakan bahasa Inggeris yang tak berapa inggeris atau bahasa lukisan katun dimana mereka akan melukiskan katun bagi mengambarkan apa yang mereka sampaikan pada orang yang tak pandai bahasa mereka dan juga bila berkomunikasi denganku.Tapi bila Jepun-jepun ni dengar aku menggunakan beberapa patah perkataan yang susah-susah maka Jepun-Jepun disini menganggap yang aku terror pulak cakap Jepun konon2nya...Tapi walaupun aku tak pandai pun cakap Jepun namun dengan eksennya aku ingin berkongsi juga disini beberapa perkataan atau terma-terma yang digunakan semasa menyelam sekadar untuk makluman dan pengetahuan para pembaca yang disayangi dan yang tak disayangi.

Diver                                  -                              Sensui shi
Supervisor                          -                              Sekinin sya
Briefing before work           -                              Uchi  A wase
Watch your step                 -                              Ashimoto kakunin
Check Signal                      -                              Aizu kakunin
Check Equipment               -                              Tenken
Check Wire                       -                              Tamakake Kakunin
Watch your hand                -                              Temoto Kakunin
Operation Finish                 -                              Shuryo
Off day                              -                              Yasumi
Lunch Break                      -                              Hirumeshi
Dinner Break                     -                              Yu meshi
Stupid                                -                              Baka
Crazy                                 -                              Kitigai

Panggilan Komunikasi
Semasa menyelam penyelam dan supervisor akan berkomunikasi dengan alat komunikasi dan dibawah ini adalah sedikit perkataan yang mereka gunakan.

Top Site to Diver               -                              “Diver Dozo”
Diver to top site                 -                              “Top dozo”
Roger that / copy that         -                              “Hai Ryou kai”
Strong current                    -                              Sio ga tsu yoi
Danger                              -                              Abunai
Unsafe Condition               -                              Abunai
Leave surface                    -                              Sensui kaishi
Leave bottom                    -                              Fujho kaishi
Decompression start          -                              Genatsu kaishi
Decompression complete   -                             Genatsu shuryo
At job site                         -                              Sakyo gempa
Slack umbilical                  -                              Nobazu
Pick up                             -                              Maku
Visiblity is good                -                              Yoku mieru
Visiblity is bad                   -                              Mie nai
Dont worry                       -                              Dai jyo bu
Wait a minute                    -                              Chotto mate.
Chicken Rice                    -                              Chikiin raise (Tori mashi)

Mesti korang tertanya-tanya ape hal pulak kena mengena diving dengan chicken rice...sebenarnya sorang diver Jepun ni dia ni sangat-sangatlah tergila-gilakan chicken rice (nasi ayam ler) kerana katanya di Jepun tidak ada chicken rice dia belajar makan chicken rice semasa didalam projek ini.Diver ini je yang agak boleh faham bahasa Inggeris sikit,aku banyak belajar perkataan-perkataan baru daripadanya.Dan semasa dia menterjemahkan perkataan-perkataan diatas tu akhir sekali aku selitkan sekali perkataan `Chicken Rice’ dan bila dia tengok ada perkataan chicken rice dalam senarai terjemahan terus dia tergelak besar kerana dia tau aku kenakan dia hahaha...lalu aku pun mengajarnya menyebut perkataan `wakenabeb' dan dia pun menyebutnya dengan tanpa rasa bersalah, woha.
Sedang menikmati Chicken Rice dengan penuh khusyuk tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.Nampak tak seluar slack putih yg dia pakai tu...haa begitulah dia turun menyelam buat kerja dibawah air setiap hari...Hanya diver Jepun sahaja yang menyelam pakai seluar slack,ambik tau sikit... 

Sepertimana yang aku pernah sebut dalam entri yang lepas-lepas yang aku pernah hadir kursus Bahasa Jepun diInstitut Tadbiran Awam Negara dekat dengan Universiti Malaya kira-kira lebih 15 tahun yang lalu jadi banyaklah buku-buku nota perkataan asas Bahasa Jepun yang  masih ku simpan dengan baik kerana bagi aku itu semua ilmu.Dan siapa sangka setelah sekian lama aku masih memerlukan buku-buku nota tersebut dan aku bawa sekali didalam job ini.Pada masa-masa tertentu berguna juga ia disini.Dan disini dengan sukacitanya aku kongsikan  dengan  pembaca sekelian. 















Sebenarnya banyak lagi buku bahasa Jepun dirumah tapi memadailah aku post disini yang ini saja.Kalau nak belajar bahasa Jepun banyak-banyak nanti aku buat blog lain yang bertajuk Mari belajar Bahasa Jepun amacam.? Semoga perkongsian yang sedikit ini dapat memberi manafaat kepada yang ingin memanfaatkannya.

Next Entry....hmm tak tau lagi...tgh takde idea ni tau....



Ini adalah sambungan dari entri yang lepas.jika dalam entri yang lepas no 96-Melawat Muzium Kapal Selam kita telah melawat bahagian luar kapal selam ini kali ini kita melawat kebahagian dalamnya pula.Kapal selam walaupun ia boleh menyelam sehingga beberapa ratus meter dibawah permukaan air tetapi konsepnya tidak sama seperti kita berada didalam kebuk hiperbarik chamber.kerana jika didalam hiperbarik chamber kita akan dibawa ketekanan tertentu dan perlu dibawa perlahan-lahan untuk dibawa naik kepermukaan semula tetapi berbeza dengan kapal selam,dimana didalam kapal selam tekanannya masih tetap sama seperti kita berada dipermukaan.Sebab itu walaupun krew kapal selam berada didalam kapal selam ini beberapa hari atau beberapa bulan pun tetapi apabila kapal selam timbul dipermukaan krewnya boleh terus keluar dan tidak akan terkena penyakit berkaitan tekanan (Barotrauma).
Inilah pintu untuk masuk kedalam Muzium kapal selam ini dan pengunjung perlu membuka kasut untuk masuk kedalam dan kasut boleh ditinggalkan diluar atau dibawa didalam beg plastik sendiri yang dibawa sendiri ler kerana pihak muzium tidak membekalkannya.
Apabila masuk sahaja kita terus akan berjumpa dengan ruang pelancaran Torpedo ini.Inilah pertama kali aku melihat rupa sebenar ruang Torpedo.

Ruang meletakkan Torpedo,
Selepas melepasi ruang torpedo kita akan berjumpa dengan Ruang tido bagi krew torpedo.
Lagi tempat tido bagi krew torpedo.sudah pastinya semasa didalam pelayaran akan terbau minyak gris dan lain-lain bau besi.
Selepas melepasi ruang Torpedo pengunjung akan melalui ruang kawalan utama ini seperti yang kita selalu tonton dalam movie yang menunjukkan situasi didalam kapal selam.
Ruang Kawalan utama diambil dari sudut yang lain.

Ruang Navigasi terletak berhadapan dengan Ruang Kawalan utama
Ruang Navigasi pandangan dari sudut yang lain.kelihatan pengunjung sedang memerhatikan peralatan yang terdapat disitu dengan kagum.
Ruang makan bagi krew dan bersambung dengan ruang tidur krew
Ruang rehat dan tempat tidur krew
Tempat tido krew.
Tempat tido krew yang lebih menyentuh hati.Lihatlah pengorbanan mereka yang bergelar sebagai krew kapal selam.
Kemudian kita akan berjalan menggunakan laluan ini iaitu satu-satunya laluan didalam kapal selam ini untuk menuju kebahagian yang lain pula.Jika waktu ini pengunjung yang datang ramai maka akan berpeluanglah untuk berlaga bontot atau mencium aroma harum dari pengunjung yang lain ataupun pengunjung lain mencium aroma harum dari kita kerana kita memang harum.Jadi jika merancang untuk melawat ke Muzium Kapal selam ini pastikan anda memakai haruman yang segar sepanjang hari supaya keharumannya dapat dinikmati oleh semua, woha.
Ruang dapur yang agak sempit tapi cukup untuk masak bagi makan kepada 5 pegawai dan 36 krew.Jadi kalau ada sesiapa yang isterinya selalu mengadu pasal dapur dirumahnya kecil maka eloklah para suami bawa datang melawat muzium ini dan bagi tazkirah yang menginsafkan pada isteri tu.
Ruang kawalan mesin adalah ruang yang terakhir kita boleh lawati sebelum keluar melalui pintu keluar yang disediakan berhampiran dengan ruang ini.
Ini adalah tangga dan pintu untuk naik keatas hatch kapal selam yang jika dilihat dari luar seakan-akan serombong tu inilah rupa dia jika dilihat dari dalam.
 Kepada sesiapa yang berhajat nak melawat muzium kapal selam ini pada hari cuti umum maka aku cadangkan pergilah sebelah pagi atau sesudah subuh sapie apdal kerana pada waktu ini orang masih belum bangun tido lagi kerana jika lewat sedikit mungkin ramai pengunjung lain dan sukar untuk kita berposing bergaya didalam kapal selam ini.Kalau pergi pada hari bekerja mungkin tidak ramai pengunjung kerana orang lain sibuk bekerja kecualilah masa tu ada orang yang ponteng kerja semata-mata nak melawat ke Muzium ini.

Sebenarnya pihak muzium juga ada menawarkan pakej bermalam didalam kapal selam bagi kumpulan yang membuat permohonan awal atau bagi pakej berkumpulan.Satu idea yang bagus dan agak bijak.

Kesimpulannya bagi aku Kerajaan negeri Melaka memang bijak didalam membuat keputusan untuk membeli kapal selam terpakai ini dari TLDM dan menjadikannya sebagai muzium kerana ia adalah sesuatu yang dapat menarik perhatian orang ramai.

Jadi kepada sesiapa yang berhajat nak melawat ke Muzium kapal selam ini dibawah ini aku tuliskan no kordinat GPSnya supaya tidak tersesat.Kepada siapa yang takda GPS tu bolehlah start pelan-pelan cari.Aku memang suka gunakan GPS ni sebab aku malas nak pikir2 dan tercari pastu terbuang masa jadi..sebab tu aku selalu  gunakan tagline `Gunakan Teknologi Dengan Bijak` supaya kita tidak nampak kurang bijak bila tersesat jalan dan terbuang masa.Tapi suka aku nak ingatkan kalau korang cari no GPS ni kat Google earth maka korang akan jumpa lokasinya adalah kat tengah laut tapi itulah sebenarnya sebab google earth tu tak update.Sekarang kawasan laut tu dah ditambak dan jadi kawasan yang luas malah rumah kedai pun sudah banyak yang dibina dikawasan yang dulunya laut tu.
 2°12'40.11"N     102°11'50.51"E
  Selamat melawat....Next Entry - 31 Okt 2013



Seminggu selepas hari raya aku dapat cuti selama 5 hari.Aku membawa keluargaku bercuti di Melaka.Kami melawat kebeberapa tempat tumpuan di Melaka dan pastinya tidak melepaskan peluang untuk merasa masakan asam pedas Melaka yang dikatakan hebat sangat tapi selepas merasanya bagi aku tidaklah hebat mana.Bagiku lebih sedap asam pedas yang dimasak oleh isteriku kerana Isteriku pun belajar masak asam pedas dari kawan baiknya orang Melaka juga. Takpalah kita lupakan tentang asam pedas tu.

Kali ni aku nak bercerita tentang kapal selam kerana ia ada kaitan dengan blog ini yang tajuknya berkaitan dengan menyelam.Selama ini aku hanya naik kapal biasa bukan kapal yang boleh menyelam jadi sempena lawatan keMelaka ini aku membawa keluargaku melawat ke Muzium kapal Selam yang terletak di pantai klebang Melaka.Isteri dan anak-anakku pun seronok je bila aku beritahu nak melawat kemuzium kapal selam ini
Pintu masuk ke kawasan Muzium kapal selam ini dan kaunter tiketnya.
Bayaran masuk kemuzium ini tersangatlah murahnya sampai aku dah tak ingat berapa bayaran masuknya kerana terlalulah murahnya.Yang aku ingat adalah harga tiketnya tak sampai RM5 seorang.Sebenarnya bukan di Malaysia sahaja ada muzium kapal selam seperti ini.Dinegara lain juga ada walaubagaimana pun   tidak banyak Negara didunia ini yang ada muzium kapal selam.Antara Negara selain Malaysia yang mempunyai  muzium kapal selam ialah Australia,India,Jepun,German dan Russia.

Semasa aku belajar di Perth Diving Academy (PDA) dulu setiap kali belayar di Swan River atau menuju ke Rotness island untuk menyelam dikawasan latihan, aku memang boleh nampak kapal selam yang diletakkan disitu kerana jarak antara PDA dengan Muzium tersebut tidak jauh.Tapi pada masa itu aku tak tau pun yang itu adalah muzium,kalau aku tau itu adalah muzium kapal selam pasti aku tak melepaskan peluang untuk melawatinya.
Muzium Kapal Selam di Fremantle Western Australia berhampiran dengan sekolah tempat aku belajar menyelam komersial dulu.
lokasi Perth Diving Academy dan Muzium kapal selam perth yang aku tak berpeluang melawat dulu.
Muzium Kapal Selam di India
Muzium Kapal selam di Jepun
Muzium kapal selam German
Muzium Kapal selam Russia
Sebelum kita melawat kebahagian dalam Kapal selam ni biarlah kita melawat kebahagian luarnya dulu ye.Dan sukacita aku nak ceritakan serba sedikit berkaitan dengan kapal selam yang sekarang sudah menjadi muzium di Melaka ini.

Kapal Selam ini adalah model Augosta 70 dan diberi nama SMD Quesant pada mulanya digunakan sebagai latihan awal oleh Tentera Laut Diraja Malaysia kepada seramai l/kurang 156 krew Pelatih Kelas Perdana Menteri disekolah Kapal selam NAVCO di Perancis mulai tahun 2003.
Misi latihan dilautnya bermula dari November 2005 dan selesai pada Julai 2009.

Pada 10 Oktober 2011 kapal selam ini meninggalkan perancis untuk dibawa ke Melaka dengan kapal pengangkut MV Fairpartner dan ia tiba diperairan Melaka pada 13 November 2011.

SMD Quesant sewaktu baru tiba diperairan Melaka dan diangkat untuk diletakkan diatas barge bagi dibawa ketapak muzium
Pada 17 November kapal selam ini diangkat keatas barge dan dibawa ketapak ia berada sekarang dipantai Klebang.
SMD Quesant tiba di tapak muzium dipantai Klebang Melaka
Kerajaan Negeri Melaka membeli Kapal selam ini bagi dijadikan Muzium Kapal Selam sejak tahun 2011 dan ia mula dibuka kepada orang ramai pada Januari tahun 2012 pada masa itu lawatan hanya dibahagian luar Kapal sahaja.Dan pada Disember 2012 ia mula dibuka untuk lawatan dibahagian dalam kapal pula.

Kapal Selam ini beratnya l/kurang 1.230 Tan,panjang 67 meter,kelajuan 20.5knot mampu beroperasi sejauh 10.000 batu nautika,jarak kedalaman menyelam boleh mencapai sehingga 350 meter,kapasiti 5 orang pegawai dan 36 krew dan membawa peluru berpandu jenis Exocet dan torpedo 550mm.

Bersambung akan datang lawatan kebahagian dalam kapal selam pula.

Next Entri - 15/10/2013


Untuk kesekian kalinya aku sekali lagi mengerjakan ibadah  puasa dibulan Ramadhan dilaut.Namun begitu aku bersyukur dan sangat gembira kerana 3 hari pertama Ramadhan aku berpeluang menyambut ketibaan ramadhan bersama keluarga.Sempat juga aku bersama keluarga bertarawih di Masjid.Dan pada 4 Ramadhan aku sudah berada diatas kapal semula.Aku lebih bersyukur lagi kerana bulan puasa pada tahun ini aku tidak melakukan kerja yang berat-berat seperti didalam job yang sebelum-sebelum ini.

Diver lain dan krew bahagian lain sahaja yang agak bekerja keras.Jawatan ku sebagai chamber operator merangkap diver medic disini tidak memerlukan aku bekerja berat.kerja aku hanya menjaga masa bagi setiap selaman dan mencatatkan didalam buku log serta membantu supervisor menyelam dan kadang-kadang aku juga `run the dive` itu sahaja.Walaupun kerja menyelam berjalan lebih sibuk dari sebelum ini tapi Syukur kerana sepanjang bulan Ramadhan tiada kemalangan menyelam berlaku.Semua diver sekarang menyelam dengan berdisiplin dan mengikut peraturan.

Pen yang terukir dengan nama glamour ku itu hadiah dari seorang sahabat sempena persaraan aku dari PDRM beberapa tahun lepas baru aku gunakan disini.Terima kasih sahabat
Aku selesai kerja biasanya sangat awal iaitu sekitar jam 1200 tengahri sudah habis kerja.Tapi kadang-kadang ada juga terlajak sampai jam 5 petang tapi sangat jarang ia berlaku.Bagi urusan berbuka puasa dan bersahur tidak menjadi masaalah .Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT dimana pada kebanyakkan masa urusan berbuka dan bersahur bagiku dipermudahkan olehNya.Allah SWT menjaga aku diperantauan ini.Makanan untuk berbuka dan bersahur masih tetap ada walaupun tidak semewah mana.Cuma pada masa-masa tertentu jadual kerja memerlukan operasi berjalan terus 24jam selama 4 hari jadi kapal tunda yang menjadi tempat aku makan selalu akan terpisah juga selama 4 hari itu pada masa inilah menjadi sedikit sukar bagiku untuk berbuka atau bersahur.Aku berbuka dan bersahur dengan makanan yang ala kadar kadang-kadang makanan yang diberikan dibeli dari darat hanya boleh dimakan separuh sahaja kerana sudah bercampur dengan kuah sejak pagi atau tengahari jadi menjelang waktu berbuka ia sudah pun basi separuh ,aku akan makan bahagian nasi yang elok sahaja atau yang masih belum kena kuah manakala bahagian yang basi aku akan beri ikan-ikan dilaut makan itu dinamakan perkongsian.Makanan yang dibekalkan untuk makan malam pula aku akan simpan didalam peti ais kecil dibilikku ini dan akan dipanaskan untuk dimakan waktu sahur pula begitulah yang kulakukan setiap kali jadual kerja 24 jam berjalan.Aku tidak merungut malah aku tetap bersyukur kerana dengan itu menjadikan aku lebih menghargai dan bersyukur dengan apa yang aku miliki.Sekurang-kurangnya aku masih punya makanan untuk berbuka dan bersahur berbanding dengan Orang Sudan yang kebuluran dimana tiada makanan untuk berbuka dan bersahur.Adat hidup orang merantau dan musafir memang ada kalanya senang ada kalanya susah,bersyukur dan positif selalu itu saja..

Bagi aku sedap atau tidak makanan itu datangnya dari hati kita,bahagia atau tidak hidup kita datang dari diri kita sendiri,gembira atau tidak dengan kehidupan yang dilalui juga datang dari hati kita sendiri kita,kita yang menentukan sesuatu itu mengembirakan atau mendukakan kita,membahagiakan atau menyusahkan kita.Dalam keadaan aku yang begini aku masih rasa bahagia dan gembira dengan apa yang Allah kurniakan padaku.Apa salahnya sesekali bersusah sedikit setelah sekian lama bersenang.Sudah banyak nikmat lain yang Allah berikan padaku jadi tidak adillah jika aku hendak bersungut dengan sedikit kesusahan itu.
Walau hanya sekadar Mee segera sebagai alas perut sahur tapi tetap bersyukur dan rasa bahgia kerana banyak lagi nikmat yang lain yang Allah berikan.
Aku tidak boleh sewenang-wenangnya makan setiap makanan yang Jepun bekalkan sebelum aku bertanya dan pastikan yang mereka membeli dari kedai orang islam didarat sana. Semasa jadual kerja berjalan 24 jam para pekerja Bangladesh yang bertugas sebagai krew penyambung kabel voltan tinggi akan menggunakan bilik ku untuk bersolat dan waktu malam kami juga bersolat terawih dikamarku.Aku berasa sungguh tenang dan gembira setiap kali ada orang yang menggunakan billiku untuk bersolat.Memang aku sering memperlawa krew yang beragama islam untuk bersolat dibilikku kerana  diatas kapal ini hanya aku sahaja yang muslim yang ada bilik sendiri. Sesekali terlintas difikiranku mungkin ini antara sebab-sebabnya Allah hantar aku bertugas disini supaya bilik untukku dapat digunakan untuk beberapa orang yang beragama islam menunaikan solat. Ya Allah semoga kamar ini akan menjadi saksi untukku dihari penghisaban nanti yang aku telah memanfaatkannya untuk jalan kebaikkan. 

Syukur kerana dapat memberi kebaikkan pada orang lain untuk agama Allah,walaupun bilikku sempit tapi masih dapat digunakan sebagai tempat solat.krew Bangladesh sedang bersolat terawih dikamarku.Waktu ini aku sudah selesai terawih
Dipertengahan bulan Ramadhan  aku sempat balik untuk bercuti 4 hari,seronok sungguh rasanya dapat bersama-sama anak-anak dan isteri bertarawih dimasjid dan kadang-kadang kami hanya bertarawih secara berjemaah dirumah sahaja.

Fajar Syawal menggamit rasa syahdu seorang perantau
Pejam celik pejam celik cukuplah sebulan berpuasa dan tibalah hari raya.Tibanya Aidilfitri aku tidak berasa sedih sangat kerana dah biasa berhari raya dilaut.Kami bercuti 2 hari,tiada operasi.Aku bertakbir seorang diri didalam kamar ku sejak malam raya lagi dan sehingga dipagi Syawal itu aku masih bertakbir seorang diri lagi memuji kebesaran Allah dan besyukur atas segala nikmat yang telah diberikan padaku dan keluargaku selama ini.

Seperti kebiasaan yang kulakukan setiap tahun Aku mematikan telefon dipetang terakhir ramadhan dan pada 1 syawal kerana talian terlalu sibuk dan mesej mengucapkan Hari Raya terlalu banyak yang masuk.Hanya pada hari raya kedua baru aku hidupkan semula telefon dan menghubungi keluarga diMalaysia.Anak-anak dan isteri sudah beberapa hari sampai di Terengganu untuk berhari raya disana dikampung sebelah isteriku.Mujur anak lelaki yang sulung sudah berusia 18 tahun dan bergilir-gilir memandu dengan ibunya.Cuti 2 hari pada hari raya ini diatas kapal adalah hari yang paling membosankan sekali bagiku aku pun tak tahu kenapa  2 hari ini tiba-tiba jadi bosan.


Pada Syawal ketiga operasi berjalan seperti biasa diving diving diving....aku rasa sungguh seronok kerana atas kapal ni meriah semula.Dan Seminggu selepas hari raya  kami diberi bercuti selama 5 hari,seronok beb dapat balik bercuti kerana masih dalam mood hari raya.Sebaik sampai diKuala Lumpur aku terus menuju kerumah Bonda diPaya Jaras Selangor untuk berhari raya bersama bonda dan Abang sulung yang tinggal disebelah rumah Bonda.

Keesokkannya aku terus membawa anak-anak dan isteriku pergi bercuti di Melaka kerana kebetulan cuti sekolah masih ada berbaki lagi seminggu kerana anak ku yang bongsu sudah bising dan membebel yang aku sudah lama tak bawa mereka bercuti.Melaka dipilih kerana aku teringin nak bawa keluargaku melawat ke Muzium kapal selam disana.

Next Entri...30/9/2013

Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan

Top Commentators

Get this widget here