Dunia Commercial Diver




Untuk kesekian kalinya aku sekali lagi mengerjakan ibadah  puasa dibulan Ramadhan dilaut.Namun begitu aku bersyukur dan sangat gembira kerana 3 hari pertama Ramadhan aku berpeluang menyambut ketibaan ramadhan bersama keluarga.Sempat juga aku bersama keluarga bertarawih di Masjid.Dan pada 4 Ramadhan aku sudah berada diatas kapal semula.Aku lebih bersyukur lagi kerana bulan puasa pada tahun ini aku tidak melakukan kerja yang berat-berat seperti didalam job yang sebelum-sebelum ini.

Diver lain dan krew bahagian lain sahaja yang agak bekerja keras.Jawatan ku sebagai chamber operator merangkap diver medic disini tidak memerlukan aku bekerja berat.kerja aku hanya menjaga masa bagi setiap selaman dan mencatatkan didalam buku log serta membantu supervisor menyelam dan kadang-kadang aku juga `run the dive` itu sahaja.Walaupun kerja menyelam berjalan lebih sibuk dari sebelum ini tapi Syukur kerana sepanjang bulan Ramadhan tiada kemalangan menyelam berlaku.Semua diver sekarang menyelam dengan berdisiplin dan mengikut peraturan.

Pen yang terukir dengan nama glamour ku itu hadiah dari seorang sahabat sempena persaraan aku dari PDRM beberapa tahun lepas baru aku gunakan disini.Terima kasih sahabat
Aku selesai kerja biasanya sangat awal iaitu sekitar jam 1200 tengahri sudah habis kerja.Tapi kadang-kadang ada juga terlajak sampai jam 5 petang tapi sangat jarang ia berlaku.Bagi urusan berbuka puasa dan bersahur tidak menjadi masaalah .Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT dimana pada kebanyakkan masa urusan berbuka dan bersahur bagiku dipermudahkan olehNya.Allah SWT menjaga aku diperantauan ini.Makanan untuk berbuka dan bersahur masih tetap ada walaupun tidak semewah mana.Cuma pada masa-masa tertentu jadual kerja memerlukan operasi berjalan terus 24jam selama 4 hari jadi kapal tunda yang menjadi tempat aku makan selalu akan terpisah juga selama 4 hari itu pada masa inilah menjadi sedikit sukar bagiku untuk berbuka atau bersahur.Aku berbuka dan bersahur dengan makanan yang ala kadar kadang-kadang makanan yang diberikan dibeli dari darat hanya boleh dimakan separuh sahaja kerana sudah bercampur dengan kuah sejak pagi atau tengahari jadi menjelang waktu berbuka ia sudah pun basi separuh ,aku akan makan bahagian nasi yang elok sahaja atau yang masih belum kena kuah manakala bahagian yang basi aku akan beri ikan-ikan dilaut makan itu dinamakan perkongsian.Makanan yang dibekalkan untuk makan malam pula aku akan simpan didalam peti ais kecil dibilikku ini dan akan dipanaskan untuk dimakan waktu sahur pula begitulah yang kulakukan setiap kali jadual kerja 24 jam berjalan.Aku tidak merungut malah aku tetap bersyukur kerana dengan itu menjadikan aku lebih menghargai dan bersyukur dengan apa yang aku miliki.Sekurang-kurangnya aku masih punya makanan untuk berbuka dan bersahur berbanding dengan Orang Sudan yang kebuluran dimana tiada makanan untuk berbuka dan bersahur.Adat hidup orang merantau dan musafir memang ada kalanya senang ada kalanya susah,bersyukur dan positif selalu itu saja..

Bagi aku sedap atau tidak makanan itu datangnya dari hati kita,bahagia atau tidak hidup kita datang dari diri kita sendiri,gembira atau tidak dengan kehidupan yang dilalui juga datang dari hati kita sendiri kita,kita yang menentukan sesuatu itu mengembirakan atau mendukakan kita,membahagiakan atau menyusahkan kita.Dalam keadaan aku yang begini aku masih rasa bahagia dan gembira dengan apa yang Allah kurniakan padaku.Apa salahnya sesekali bersusah sedikit setelah sekian lama bersenang.Sudah banyak nikmat lain yang Allah berikan padaku jadi tidak adillah jika aku hendak bersungut dengan sedikit kesusahan itu.
Walau hanya sekadar Mee segera sebagai alas perut sahur tapi tetap bersyukur dan rasa bahgia kerana banyak lagi nikmat yang lain yang Allah berikan.
Aku tidak boleh sewenang-wenangnya makan setiap makanan yang Jepun bekalkan sebelum aku bertanya dan pastikan yang mereka membeli dari kedai orang islam didarat sana. Semasa jadual kerja berjalan 24 jam para pekerja Bangladesh yang bertugas sebagai krew penyambung kabel voltan tinggi akan menggunakan bilik ku untuk bersolat dan waktu malam kami juga bersolat terawih dikamarku.Aku berasa sungguh tenang dan gembira setiap kali ada orang yang menggunakan billiku untuk bersolat.Memang aku sering memperlawa krew yang beragama islam untuk bersolat dibilikku kerana  diatas kapal ini hanya aku sahaja yang muslim yang ada bilik sendiri. Sesekali terlintas difikiranku mungkin ini antara sebab-sebabnya Allah hantar aku bertugas disini supaya bilik untukku dapat digunakan untuk beberapa orang yang beragama islam menunaikan solat. Ya Allah semoga kamar ini akan menjadi saksi untukku dihari penghisaban nanti yang aku telah memanfaatkannya untuk jalan kebaikkan. 

Syukur kerana dapat memberi kebaikkan pada orang lain untuk agama Allah,walaupun bilikku sempit tapi masih dapat digunakan sebagai tempat solat.krew Bangladesh sedang bersolat terawih dikamarku.Waktu ini aku sudah selesai terawih
Dipertengahan bulan Ramadhan  aku sempat balik untuk bercuti 4 hari,seronok sungguh rasanya dapat bersama-sama anak-anak dan isteri bertarawih dimasjid dan kadang-kadang kami hanya bertarawih secara berjemaah dirumah sahaja.

Fajar Syawal menggamit rasa syahdu seorang perantau
Pejam celik pejam celik cukuplah sebulan berpuasa dan tibalah hari raya.Tibanya Aidilfitri aku tidak berasa sedih sangat kerana dah biasa berhari raya dilaut.Kami bercuti 2 hari,tiada operasi.Aku bertakbir seorang diri didalam kamar ku sejak malam raya lagi dan sehingga dipagi Syawal itu aku masih bertakbir seorang diri lagi memuji kebesaran Allah dan besyukur atas segala nikmat yang telah diberikan padaku dan keluargaku selama ini.

Seperti kebiasaan yang kulakukan setiap tahun Aku mematikan telefon dipetang terakhir ramadhan dan pada 1 syawal kerana talian terlalu sibuk dan mesej mengucapkan Hari Raya terlalu banyak yang masuk.Hanya pada hari raya kedua baru aku hidupkan semula telefon dan menghubungi keluarga diMalaysia.Anak-anak dan isteri sudah beberapa hari sampai di Terengganu untuk berhari raya disana dikampung sebelah isteriku.Mujur anak lelaki yang sulung sudah berusia 18 tahun dan bergilir-gilir memandu dengan ibunya.Cuti 2 hari pada hari raya ini diatas kapal adalah hari yang paling membosankan sekali bagiku aku pun tak tahu kenapa  2 hari ini tiba-tiba jadi bosan.


Pada Syawal ketiga operasi berjalan seperti biasa diving diving diving....aku rasa sungguh seronok kerana atas kapal ni meriah semula.Dan Seminggu selepas hari raya  kami diberi bercuti selama 5 hari,seronok beb dapat balik bercuti kerana masih dalam mood hari raya.Sebaik sampai diKuala Lumpur aku terus menuju kerumah Bonda diPaya Jaras Selangor untuk berhari raya bersama bonda dan Abang sulung yang tinggal disebelah rumah Bonda.

Keesokkannya aku terus membawa anak-anak dan isteriku pergi bercuti di Melaka kerana kebetulan cuti sekolah masih ada berbaki lagi seminggu kerana anak ku yang bongsu sudah bising dan membebel yang aku sudah lama tak bawa mereka bercuti.Melaka dipilih kerana aku teringin nak bawa keluargaku melawat ke Muzium kapal selam disana.

Next Entri...30/9/2013

5 comments:

:)

Saya jumpa blog ni semasa google tentang Oil & Gas construction. Syukur sgt jumpa dgn blog ni.
Saya BAru baca suku jer entri di blog ni bermula dari awal abg spy leman penulisan blog. insyallah saya akan habiskan membaca semuanya utk menambah kan lagi ilmu.
Experience abg spy leman dalam bidang ni memang sgt2 membantu sy. Saya Sekarang sedang study ttg oil and gas utk faham bidang kerja ni. Kalau abg spy leman tak keberatan, boleh tak saya dapatkan email abg spy leman, so that nanti boleh sy email untuk tanya lebih lagi ttg bidang ni.

Saya terjumpa blog ini semasa saya sedang google maklumat tentang oil & Gas construction. Syukur sgt sebab jumpa blog Mr Spy Leman ni..
Baru suku entri baca start dr awal penulisan blog Mr Spy Leman. Insyallah akan membaca hingga habis untuk menimba ilmu dlm bidang ini.
Mr Spy Leman mmg byk experience and entri Mr Spy sgt membantu saya.
Saya ingin meminta email Mr Spy untuk saya bertanya beberapa perkara ttg bidang ni. tq.

Terima kasih kerana sudi baca.
InshaaAllah membantu setakat yg mampu.
selamat membaca...

Assalammualaikum brother spy leman. Maaf. Bole tak tlg bgtau saya berapa kos yg perlu ditanggung utk mendapatkan lesen menyelam yg diiktiraf spt utk keje offshore, berapa lama dan dimana. Tq bro!

Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan