Dunia Commercial Diver




Seminggu selepas hari raya aku dapat cuti selama 5 hari.Aku membawa keluargaku bercuti di Melaka.Kami melawat kebeberapa tempat tumpuan di Melaka dan pastinya tidak melepaskan peluang untuk merasa masakan asam pedas Melaka yang dikatakan hebat sangat tapi selepas merasanya bagi aku tidaklah hebat mana.Bagiku lebih sedap asam pedas yang dimasak oleh isteriku kerana Isteriku pun belajar masak asam pedas dari kawan baiknya orang Melaka juga. Takpalah kita lupakan tentang asam pedas tu.

Kali ni aku nak bercerita tentang kapal selam kerana ia ada kaitan dengan blog ini yang tajuknya berkaitan dengan menyelam.Selama ini aku hanya naik kapal biasa bukan kapal yang boleh menyelam jadi sempena lawatan keMelaka ini aku membawa keluargaku melawat ke Muzium kapal Selam yang terletak di pantai klebang Melaka.Isteri dan anak-anakku pun seronok je bila aku beritahu nak melawat kemuzium kapal selam ini
Pintu masuk ke kawasan Muzium kapal selam ini dan kaunter tiketnya.
Bayaran masuk kemuzium ini tersangatlah murahnya sampai aku dah tak ingat berapa bayaran masuknya kerana terlalulah murahnya.Yang aku ingat adalah harga tiketnya tak sampai RM5 seorang.Sebenarnya bukan di Malaysia sahaja ada muzium kapal selam seperti ini.Dinegara lain juga ada walaubagaimana pun   tidak banyak Negara didunia ini yang ada muzium kapal selam.Antara Negara selain Malaysia yang mempunyai  muzium kapal selam ialah Australia,India,Jepun,German dan Russia.

Semasa aku belajar di Perth Diving Academy (PDA) dulu setiap kali belayar di Swan River atau menuju ke Rotness island untuk menyelam dikawasan latihan, aku memang boleh nampak kapal selam yang diletakkan disitu kerana jarak antara PDA dengan Muzium tersebut tidak jauh.Tapi pada masa itu aku tak tau pun yang itu adalah muzium,kalau aku tau itu adalah muzium kapal selam pasti aku tak melepaskan peluang untuk melawatinya.
Muzium Kapal Selam di Fremantle Western Australia berhampiran dengan sekolah tempat aku belajar menyelam komersial dulu.
lokasi Perth Diving Academy dan Muzium kapal selam perth yang aku tak berpeluang melawat dulu.
Muzium Kapal Selam di India
Muzium Kapal selam di Jepun
Muzium kapal selam German
Muzium Kapal selam Russia
Sebelum kita melawat kebahagian dalam Kapal selam ni biarlah kita melawat kebahagian luarnya dulu ye.Dan sukacita aku nak ceritakan serba sedikit berkaitan dengan kapal selam yang sekarang sudah menjadi muzium di Melaka ini.

Kapal Selam ini adalah model Augosta 70 dan diberi nama SMD Quesant pada mulanya digunakan sebagai latihan awal oleh Tentera Laut Diraja Malaysia kepada seramai l/kurang 156 krew Pelatih Kelas Perdana Menteri disekolah Kapal selam NAVCO di Perancis mulai tahun 2003.
Misi latihan dilautnya bermula dari November 2005 dan selesai pada Julai 2009.

Pada 10 Oktober 2011 kapal selam ini meninggalkan perancis untuk dibawa ke Melaka dengan kapal pengangkut MV Fairpartner dan ia tiba diperairan Melaka pada 13 November 2011.

SMD Quesant sewaktu baru tiba diperairan Melaka dan diangkat untuk diletakkan diatas barge bagi dibawa ketapak muzium
Pada 17 November kapal selam ini diangkat keatas barge dan dibawa ketapak ia berada sekarang dipantai Klebang.
SMD Quesant tiba di tapak muzium dipantai Klebang Melaka
Kerajaan Negeri Melaka membeli Kapal selam ini bagi dijadikan Muzium Kapal Selam sejak tahun 2011 dan ia mula dibuka kepada orang ramai pada Januari tahun 2012 pada masa itu lawatan hanya dibahagian luar Kapal sahaja.Dan pada Disember 2012 ia mula dibuka untuk lawatan dibahagian dalam kapal pula.

Kapal Selam ini beratnya l/kurang 1.230 Tan,panjang 67 meter,kelajuan 20.5knot mampu beroperasi sejauh 10.000 batu nautika,jarak kedalaman menyelam boleh mencapai sehingga 350 meter,kapasiti 5 orang pegawai dan 36 krew dan membawa peluru berpandu jenis Exocet dan torpedo 550mm.

Bersambung akan datang lawatan kebahagian dalam kapal selam pula.

Next Entri - 15/10/2013

3 comments:

saya pernah perrrrgi dulu..tahun lepas kot. time tu tengok dari jauh ja tak bole p dekat dekat.kaunter tiket pun takda.

Fatin pergilah lagi.
masuk dalam kapal pulak.pengalaman menarik

Selesai membaca semua entry... Hari ni akan ada new entry kan... Waiting for the new entry...(^_^)

Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan