Pada satu ketika dalam tahun 2012 ini aku
naik Job dengan satu company tempatan.Kapal yang digunakan untuk job kali ni kalau tak silap aku
milik company itu sendiri.Kapalnya tak besar mana pun,kecik je tapi tinggi
bertingkat-tingkat jugakla,krewnya pun tak ramai mana pun hanya beberapa orang saje
tak termasuk dengan diving crewlah.
Kecil-kecil cili api tapi makanannya berapi...
Tapi apa yang aku nak citerkan disni ialah
makanannya tersangatlah sedapnya.Sebelum aku naik kapal ni ada juga beberapa
orang kawan ku bagitau yang kapal ni makanannya atau masakkannya sedap-sedap tapi aku tak berapa beri
perhatian sangat sebab bagi aku alah kalau dah kat kapal tu sedap mana
sangatlah.Tapi bila aku duduk atas kapal ni dan setiap hari makan disini hmm sejujurnya aku akui semenjak aku kerja offshore ,inilah kapal yang makanannya
memang sedap-sedap.Paling sodap.Sebelum ini pernah jugak aku naik kapal Toisa
Paladin yang pernah aku ceritakan pasal makanannya yang sodap-sodap tapi tetap
tak boleh lawan makanan kat kapal ni.Tapi kalau kat Toisa Paladin tu desertnya boleh kalahkan desert kat kapal yang ni.
Beriani dan Ayam masak merah yang marvellous sekali...
Setiap hari makanan yang dimasak
memang sedap dan menyelerakan.Cooknya mmg pandai masak. Aku rasa cook dikapal ni masak
dengan ikhlas atau masak dengan kaseh sayangla..sebab tu sayang je nak
tinggalkan kapal ni bila dah habis Job. Setiap hari waktu makan tak dapat mengelak
dari ter`paksa’ makan dengan penuh selera kadang-kadang tambah 2-3 pinggan walaupun
sebelum itu hanya nak jenguk-jenguk dan intai-intai je makanan ape yang dimasak
hari ni.Kadang-kadang mulut berkata hari ni taknak makanlah nak diet sbb rasa
dah gemuk lengan pun dah besar tapi bila sampai kat galley dan tengok
makanannya aje hmm diet tinggal diet je….makan dululah makanan hari tu esok
diet plan lain he he he.(rupanya hari esok pun sama jugak).Dari cakap-cakap
yang aku dengar cooknya sebelum ini adalah tukang masak diIstana Sultan Brunei hmm
patutla... Bagi aku masakkannya memang kelas raja-rajalah.
Nampak lauknya macam biasa je tapi hmm marvellous oo...
Galley/mess room terletak bersebelahan dengan
surau biasanya bila keluar dari surau lepas solat subuh atau zohor pasti menjenguk kat galley pastu bila dah jenguk
tak keluar dah sebelum makan 2 pinggan.
Diver Zamri dari Jenagor Terengganu,Orang Lama dalam bidang commercial diving. |
Galley / Mess Room yang bersebelahan dengan surau.Diver Zaki Sulaiman (tiada rambut)yang berasal dari Kg.Bukit Gasing Marang Terengganu sedang mengambil makanan sambil berposing.
Bertambah seronok bagi aku bila
didalam job ini turut bersama-sama denganku ialah 2 orang rakanku yang pernah bertugas bersama-sama di Bukit
Aman dulu.Haa Ape lagi tiap harilah kami bergelak ketawa bila bercerita
kisah-kisah silam yang menggelikan hati.Lepas bergelak ketawa pergi makan pulak sama-sama rasa macam zaman kerja kat B.Aman dulu je asik minum dan makan je.
Surau juga agak hidup dengan amalan solat
berjemaah dan bacaan Taklim walaupun suraunya kecil dan sempit tapi ok.Bersebelahan
dengan surau pulak stor makanan kering disimpan.Jadi bila solat tu memang
bercampurlah bau minyak atar dengan bau beras,tepung atau makanan kering yang
lain.
Suraunya yang sempit tapi inipun dah seribu rahmat kerana masih ade
disediakan ruang untuk bersolat
Inilah stok makanan kering yang ruangnya dibahagi dua dengan surau.
Entah bila agaknya dapat naik lagi
kapal ni maklumlah aku ni kerja melompat-lompat company jadi tak tau lagi bila
aku akan melompat masuk ke company Tuan punya kapal ni lagi.In shaa Allah kalau
ada rezeki akan bertemu lagi kapal ni dan dapat menikmati makanan sedapnya lagi.
Buat Crew terutamanya Camp Boss,Chef dan catering crew yg lain tak lupa juga buat Kaptennya Tahniah...kalian telah Berjaya menambat hati hamba dengan masakkan yang penuh kaseh sayang dan layanan yang mesra.
Sehingga kita berjumpa lagi.
Next Entry - 14.02.2013