Pada satu ketika dalam tahun 2012 ini aku
naik Job dengan satu company tempatan.Kapal yang digunakan untuk job kali ni kalau tak silap aku
milik company itu sendiri.Kapalnya tak besar mana pun,kecik je tapi tinggi
bertingkat-tingkat jugakla,krewnya pun tak ramai mana pun hanya beberapa orang saje
tak termasuk dengan diving crewlah.
Kecil-kecil cili api tapi makanannya berapi...
Tapi apa yang aku nak citerkan disni ialah
makanannya tersangatlah sedapnya.Sebelum aku naik kapal ni ada juga beberapa
orang kawan ku bagitau yang kapal ni makanannya atau masakkannya sedap-sedap tapi aku tak berapa beri
perhatian sangat sebab bagi aku alah kalau dah kat kapal tu sedap mana
sangatlah.Tapi bila aku duduk atas kapal ni dan setiap hari makan disini hmm sejujurnya aku akui semenjak aku kerja offshore ,inilah kapal yang makanannya
memang sedap-sedap.Paling sodap.Sebelum ini pernah jugak aku naik kapal Toisa
Paladin yang pernah aku ceritakan pasal makanannya yang sodap-sodap tapi tetap
tak boleh lawan makanan kat kapal ni.Tapi kalau kat Toisa Paladin tu desertnya boleh kalahkan desert kat kapal yang ni.
Beriani dan Ayam masak merah yang marvellous sekali...
Setiap hari makanan yang dimasak
memang sedap dan menyelerakan.Cooknya mmg pandai masak. Aku rasa cook dikapal ni masak
dengan ikhlas atau masak dengan kaseh sayangla..sebab tu sayang je nak
tinggalkan kapal ni bila dah habis Job. Setiap hari waktu makan tak dapat mengelak
dari ter`paksa’ makan dengan penuh selera kadang-kadang tambah 2-3 pinggan walaupun
sebelum itu hanya nak jenguk-jenguk dan intai-intai je makanan ape yang dimasak
hari ni.Kadang-kadang mulut berkata hari ni taknak makanlah nak diet sbb rasa
dah gemuk lengan pun dah besar tapi bila sampai kat galley dan tengok
makanannya aje hmm diet tinggal diet je….makan dululah makanan hari tu esok
diet plan lain he he he.(rupanya hari esok pun sama jugak).Dari cakap-cakap
yang aku dengar cooknya sebelum ini adalah tukang masak diIstana Sultan Brunei hmm
patutla... Bagi aku masakkannya memang kelas raja-rajalah.
Nampak lauknya macam biasa je tapi hmm marvellous oo...
Galley/mess room terletak bersebelahan dengan
surau biasanya bila keluar dari surau lepas solat subuh atau zohor pasti menjenguk kat galley pastu bila dah jenguk
tak keluar dah sebelum makan 2 pinggan.
Diver Zamri dari Jenagor Terengganu,Orang Lama dalam bidang commercial diving. |
Galley / Mess Room yang bersebelahan dengan surau.Diver Zaki Sulaiman (tiada rambut)yang berasal dari Kg.Bukit Gasing Marang Terengganu sedang mengambil makanan sambil berposing.
Bertambah seronok bagi aku bila
didalam job ini turut bersama-sama denganku ialah 2 orang rakanku yang pernah bertugas bersama-sama di Bukit
Aman dulu.Haa Ape lagi tiap harilah kami bergelak ketawa bila bercerita
kisah-kisah silam yang menggelikan hati.Lepas bergelak ketawa pergi makan pulak sama-sama rasa macam zaman kerja kat B.Aman dulu je asik minum dan makan je.
Surau juga agak hidup dengan amalan solat
berjemaah dan bacaan Taklim walaupun suraunya kecil dan sempit tapi ok.Bersebelahan
dengan surau pulak stor makanan kering disimpan.Jadi bila solat tu memang
bercampurlah bau minyak atar dengan bau beras,tepung atau makanan kering yang
lain.
Suraunya yang sempit tapi inipun dah seribu rahmat kerana masih ade
disediakan ruang untuk bersolat
Inilah stok makanan kering yang ruangnya dibahagi dua dengan surau.
Entah bila agaknya dapat naik lagi
kapal ni maklumlah aku ni kerja melompat-lompat company jadi tak tau lagi bila
aku akan melompat masuk ke company Tuan punya kapal ni lagi.In shaa Allah kalau
ada rezeki akan bertemu lagi kapal ni dan dapat menikmati makanan sedapnya lagi.
Buat Crew terutamanya Camp Boss,Chef dan catering crew yg lain tak lupa juga buat Kaptennya Tahniah...kalian telah Berjaya menambat hati hamba dengan masakkan yang penuh kaseh sayang dan layanan yang mesra.
Sehingga kita berjumpa lagi.
Next Entry - 14.02.2013
15 comments:
Salam,
Asyik tengok gambar DSV je... bila la agaknya saya dapat naik untuk merasai pengalaman hidup di offshore..
Brader Amir punya impian tu sy tak dapat nak penuhilah buat masa ni sbb belum ade kapal lagi...
Mana tau satu hari nnt saya ada DSV sendiri saya bawak brader amir naik jalan2 pusing sampai muntah ye...
syok blogger bro ni..nak panggil abang cam brutal he...haha
seronok baca kisah hidup tuan yang penuh dengan warna-warni dan suka duka kehidupan...
menarik sangat
Anonymous & admin org yg sama
terima kasih kerana berasa syok.
kalau syok tu teruskan mengikutinya sampai dah tak rasa syok ye.
t.kasih
Telah membaca satu komen dr saudara Hamizan @ admin yg panjang lebar.tidak dpt di publishkan disini atas permintaannya.
Terima kasih atas komen beliau dan kesudian singgah dan mengikuti blog cap ayam ini.
kalau baca betul2 kat bahagian tepi blog ini dibawah ada cara untuk berhubung dgn spy Leman
T.kasih
Salam.....bro keje dgn company Asian Devise dkt bukit kuang ke....
saya tak pernah kerja dgn Asian Diver kerana mereka tak mahu ambil sy kerja.
mgkn pasal sy baru lagi dan tak pandai kerja barangkali
mesti buka 'kedai kopi' bila dh jumpa geng2 lama tu kan,,, :)
Poseidon Shield-Bukan setakat kedai kopi je buka.iap buka Kopitiam,Coffee Bean,Restoran sume buka : )
Yeke masakan kat ACQ. Paling sedap..wow..good to know
:-)
Yzzi
as salam sedara,
x perasaan yg mane stu sedara ni, pernah naik ACQ tu, terfikir2 gak. pkai nama spy leman lak tu, ermmmm??????? sape eehhh sedara ni?
trime kasih atas penghargaan yg di beri tu, saya terharu smpai masuk blog.
Campboss bai
tq atas pujian sedara
campboss bai acq 2012
Anonymous diatas kalau lelaki panggilah Bro kalau pompuan je panggil Abang
Tuan baizurin mahmud memang betul makanan kat ACQ adalah yg paling sedap sy pernah mkn sepanjang sy kerja offshore,Ini betul betul..bukan Chobaan....
Yang bagus kita puji yg tak bagus kita tegur jadi apa salahnya kisah makanan yg sedap tu kita kasi tau ramai org melalui blog cap ayam ni,bkn ramai pun org baca blog ni.
boss AME pun bkn baca blog ni hehehe
Tuan BN-now u know ye...
Post a Comment