December
2012 aku terima emel dari company Australia bertanya adakah aku available untuk
naik job lalu dengan pantasnya aku segera reply beritahu yang aku tersangat
available waktu ini dan sedia untuk digerakkan bila-bila masa sahaja dan kemana
sahaja.Tapi aku dikehendaki untuk hadir kursus `Lost Prevention System’ (LPS) yang mana ianya adalah mengikut kehendak dan standard yang ditetapkan oleh client iaitu Exxon Mobil.Kalau naik job dengan Exxon Mobil
mesti kena hadir kursus LPS dulu baru boleh naik job atau masuk ke Oil field
mereka.
Sehari
selepas terima emel pertama tu aku terus terbang keKuantan dan menginap di
Hotel Legend resort Cherating.Sungguh Professional sekali jika berurusan dengan Company besar dari luar negara. Aku sampai di Cherating hari sabtu lalu keesokkan harinya aku hadir kursus LPS di Terengganu Safety training Center (TSTC ) di Kemaman.Kursus pun dibayar oleh
Company.Aku dijangka akan naik krew bot untuk ke offshore pada hari selasa.Jadi
Sementara tu aku hanya s/by sahaja di hotel.Turut bersama-sama dengan aku ada seorang
Saturation Dive Supervisor namanya Nicholas Byrom dia diterbangkan terus dari
UK dan dijadualkan untuk naik job yang sama juga.Kami menanti arahan dari ofis
bila nak mula belayar tapi sehingga hari selasa masih juga tiada arahan yang
diterima.Dari maklumat-maklumat yang diterima krew boat tak boleh keluar ke offshore
kerana cuaca buruk.Selepas itu aku bertemu dengan 2 orang lagi diver yang telah
sampai lebih awal dariku.Mereka beritahu yang mereka sudah 2 kali naik krew
boat nak menuju ke lokasi tapi terpaksa berpatah balik kerana gelombang terlalu
kuat.Dalam cubaan Kali pertama mereka telah belayar selama 6 jam dan terpaksa
berpatah balik ke Pelabuhan manakala cubaan kali kedua pula juga berpatah balik
selepas 5 jam pelayaran dan selepas semua orang muntah hijau,muntah biru,muntah unggu dan muntah merah jambu..pendek kata semua kaler muntah ade..
Jadual
krew bot adalah pada hari selasa dan hari sabtu sahaja bagaimana pun dalam
keadaan tertentu ia boleh diatur semula untuk keluar pada hari yang lain yang
dirasakan selamat.Aku dan rakan-rakan lain terus s/by dihotel sahaja,nak merayap
kemana-mana susah jugak takut-takut kalau tiba-tiba ada arahan terkini.Jadi
sepanjang masa aku hanya duduk dalam bilik mengadap laptop memantau emel-emel
yang masuk dan komen-komen di FB (FB tu hanya sampingan sahaja).Sesekali bila kebosanan melanda aku
akan berenang di swimming pool.Tapi kebanyakkan masa aku habiskan dengan hobiku
iaitu menulis.Tapi menulis ni kalau feel tak datang atau idea tak datang hmm
buat macam mana pun tak jadi,puaslah merenung monitor tu nak start tulis tapi
tak dapat mula dan tak tau apa yang dicurahkan.Tapi kalau time idea datang atau `feel’ yang mantap memang susah nak
berhenti menulis walaupun perut sedang melagukan lagu Keroncong untuk Ana,namun jari jemari terus laju menari diatas papan kekunci seolah-olah tidak mahu berhenti menari ia.
Sesekali aku turun berenang disini bila kebosanan melanda. |
Hotel
Legend Resort Cherating ni agak menarik jugak tempatnya,ada berbagai aktiviti
yang boleh dilakukan jika bosan.Kolam renangnya pun ada tiga dan ianya dibahagikan untuk
kanak-kanak dan orang dewasa.Kolam Untuk orang dewasa agak luas dan dalam jugak serta selesa untuk berenang.Tapi aku tidak ada rasa nak beraktiviti pun.Aku lebih
menumpukan perhatian untuk menulis sahaja kerana kalau dirumah memang aku tak dapat focus untuk
menulis sebab banyak gangguan.Cuma yang tak bestnya di Hotel ni kalau nak surf
internet wifinya hanya didapati dilobi sahaja apa punya servislah macam
ni..dorang tak tau ke zaman dah majulah,Charge Internet lebih murah dari charge
telefon itupun pun mau kedekut.Aku paling tak gemar kalau mana-mana pihak yang
ada buat keuntungan tapi kedekut bab internet.
Antara aktiviti yang mereka sediakan |
ATV untuk kanak-kanak jugak disediakan,kalau yang datang dengan family eloklah beraktiviti sekali sekala |
Selepas
6 hari aku s/by dihotel dengan
ditanggung sepenuhnya makan,minum dan dibayar gaji penuh lalu aku dapat emel
dari ofis di Australia yang memaklumkan kerja-kerja
dikapal sudah hampir siap,mereka ambil keputusan menghantar aku dan
Sat.Supervisor pulang kerumah.Dalam masa
sama juga mereka beritahu yang nama aku akan diutamakan untuk job selepas ini .
Perjalanan
untuk pulang kerumah juga telah berlaku kejadian yang agak melucukan bagi
aku.Dimana Ofis telah menghantar Tiket dari Kuantan ke KL dan terus keMiri.Aku
seronok jugakla rupanya ofis hantar aku naik job lain di Miri bukan pulang
kerumah,Waah ada can buat duit lagi ni bisik hatiku girang .Jam 0430hrs agen
dah sampai hotel untuk pick up aku dan Nick
ke airport.Flightnya awal pagi iaitu jam 0645hrs dah terbang dr Kuantan dan
sampai di KLIA jam 0730hrs lepas tu terus naik Flight jam 0830hrs keMiri.Apabila
sampai diMiri aku pun terus mencari-cari agen yang biasanya akan menunggu krew
yang baru sampai.Cari punya cari,tunggu punya tunggu 2 jam pun berlalu aku mula
rasakan ada yang tak kena...lalu aku pun kontrol macho dan tarik nafas dalam-dalam, rilek.... cooll...Jangan panik brader jangan panik...bisik hatiku.Aku mula rasa yang
kemungkinan ofis ingat aku orang Sarawak kot sebab tak mungkin company ni gagal
memaklumkan pada agen tentang kehadiranku.Kat emel pun takde pulak sebut nama mana-mana hotel sebab e mel sebelum ni ade
sebut yang aku akan chek in kat Legend Resort Cherating haa....aku syak memang
dorang ingat kampong aku kat Sarawak ni..
Aku
pun telefon isteri aku beritahu yang aku dah sampai Miri dan ceritakan juga apa
yang berlaku dan apa yang aku syak,lepas tu isteriku pun ape lagi bukan main
seronok dia gelakkan aku. Walaupun aku tengah terkandas disini tapi
sekurang-kurang aku Berjaya membuat isteriku ketawa sungguh-sungguh dengan
nasib yang menimpa aku ni.Takpelah biarkan dia ketawa puas-puas hilang sikit
stressnya dan penatnya menguruskan rumahtangga yang tak bertangga tu....
Lepas
tu aku pun segera buka Laptop (maklumlah aku ni kategori old school sikit takde telefon pintar) terus aku hantar
emel bertanyakan situasi sebenar dan confirmkan semula yang mana jika benar
mereka nak hantar aku pulang maka destinasi aku adalah kuala Lumpur bukan
Miri.2 jam kemudian emel dari Australia masuk memohon maaf atas sebarang
kesilapan,memang confirm mereka tersalah hantar aku balik keSarawak ha ha ha ha gelak besar aku....ini macam
punya kes pun ada ka..5 minit kemudian mereka hantar e ticket yang baru untuk
aku pulang ke Kuala Lupur semula...Alhamdulillah sekurang-kurangnya tak
payahlah aku keluarkan duit sendiri untuk beli tiket dahla duit tak berapa nak
ada time-time monsoon ni.
Petang
itu 21.12.2012 (cantiknya tarikh) jam 1815 hrs aku terbang semula pulang ke K.L.dan sampai di KL jam
2130hrs Jadi hari itu masa dan usia aku banyak dihabiskan di dalam Kapal terbang dan
di Airport Miri.
Sampai
saja dirumah Isteri aku pun terus ketawa bila tengok aku muncul...lalu aku pun
bernyanyi lagu yang pernah dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza,antara liriknya berbunyi ha ha ha ha 2x
ketawalah lagi ha ha ha ha2x ketawalah lagi...(klik pada pautan ini untuk mendengar lagu tersebut..http://www.youtube.com/watch?v=r3VIb839MNk )
Begitulah
kisah dibulan December 2012.
Nota kaki-
Tak lama kemudian mereka bayar gaji aku penuh walaupun aku hanya datang duduk hotel makan dan tidur sahaja bukan buat kerja.Semua rezeki datang dari Allah SWT dan aku bersyukur untuk itu.
Sangat berbeza dengan sesetengah company tempatan,walaupun berhempas pulas aku kerja 2 bulan pun mereka tak bayar gaji sampai sekarang...so pikirlah sendiri...dimana tahap mentaliti mereka.
Nota kaki-
Tak lama kemudian mereka bayar gaji aku penuh walaupun aku hanya datang duduk hotel makan dan tidur sahaja bukan buat kerja.Semua rezeki datang dari Allah SWT dan aku bersyukur untuk itu.
Sangat berbeza dengan sesetengah company tempatan,walaupun berhempas pulas aku kerja 2 bulan pun mereka tak bayar gaji sampai sekarang...so pikirlah sendiri...dimana tahap mentaliti mereka.
Next Entry - 14.03.2013