Dunia Commercial Diver



December 2012 aku terima emel dari company Australia bertanya adakah aku available untuk naik job lalu dengan pantasnya aku segera reply beritahu yang aku tersangat available waktu ini dan sedia untuk digerakkan bila-bila masa sahaja dan kemana sahaja.Tapi aku dikehendaki untuk hadir kursus `Lost Prevention System’  (LPS) yang mana ianya adalah mengikut kehendak dan standard yang ditetapkan oleh client iaitu Exxon Mobil.Kalau naik job dengan Exxon Mobil mesti kena hadir kursus LPS dulu baru boleh naik job atau masuk ke Oil field mereka.

Sehari selepas terima emel pertama tu aku terus terbang keKuantan dan menginap di Hotel Legend resort Cherating.Sungguh Professional sekali jika berurusan dengan Company besar dari luar negara. Aku sampai di Cherating hari sabtu lalu keesokkan harinya aku hadir kursus LPS di Terengganu Safety training Center (TSTC ) di Kemaman.Kursus pun dibayar oleh Company.Aku dijangka akan naik krew bot untuk ke offshore pada hari selasa.Jadi Sementara tu aku hanya s/by sahaja di hotel.Turut bersama-sama dengan aku ada seorang Saturation Dive Supervisor namanya Nicholas Byrom dia diterbangkan terus dari UK dan dijadualkan untuk naik job yang sama juga.Kami menanti arahan dari ofis bila nak mula belayar tapi sehingga hari selasa masih juga tiada arahan yang diterima.Dari maklumat-maklumat yang diterima krew boat tak boleh keluar ke offshore kerana cuaca buruk.Selepas itu aku bertemu dengan 2 orang lagi diver yang telah sampai lebih awal dariku.Mereka beritahu yang mereka sudah 2 kali  naik krew boat nak menuju ke lokasi tapi terpaksa berpatah balik kerana gelombang terlalu kuat.Dalam cubaan Kali pertama mereka telah belayar selama 6 jam dan terpaksa berpatah balik ke Pelabuhan manakala cubaan kali kedua pula juga berpatah balik selepas 5 jam pelayaran dan selepas semua orang muntah hijau,muntah biru,muntah unggu dan muntah merah jambu..pendek kata semua kaler muntah ade..

Jadual krew bot adalah pada hari selasa dan hari sabtu sahaja bagaimana pun dalam keadaan tertentu ia boleh diatur semula untuk keluar pada hari yang lain yang dirasakan selamat.Aku dan rakan-rakan lain terus s/by dihotel sahaja,nak merayap kemana-mana susah jugak takut-takut kalau tiba-tiba ada arahan terkini.Jadi sepanjang masa aku hanya duduk dalam bilik mengadap laptop memantau emel-emel yang masuk dan komen-komen di FB (FB tu hanya sampingan sahaja).Sesekali bila kebosanan melanda aku akan berenang di swimming pool.Tapi kebanyakkan masa aku habiskan dengan hobiku iaitu menulis.Tapi menulis ni kalau feel tak datang atau idea tak datang hmm buat macam mana pun tak jadi,puaslah merenung monitor tu nak start tulis tapi tak dapat mula dan tak tau apa yang dicurahkan.Tapi kalau time idea datang atau `feel’ yang mantap   memang susah nak berhenti menulis walaupun perut sedang melagukan lagu Keroncong untuk Ana,namun  jari jemari terus laju menari diatas papan kekunci seolah-olah tidak mahu berhenti menari ia.

Sesekali aku turun berenang disini bila kebosanan melanda.
Hotel Legend Resort Cherating ni agak menarik jugak tempatnya,ada berbagai aktiviti yang boleh dilakukan jika bosan.Kolam renangnya pun ada tiga dan ianya dibahagikan untuk kanak-kanak dan orang dewasa.Kolam Untuk orang dewasa agak luas dan dalam jugak serta selesa untuk berenang.Tapi aku tidak ada rasa nak beraktiviti pun.Aku lebih menumpukan perhatian untuk menulis sahaja  kerana kalau dirumah memang aku tak dapat focus untuk menulis sebab banyak gangguan.Cuma yang tak bestnya di Hotel ni kalau nak surf internet wifinya hanya didapati dilobi sahaja apa punya servislah macam ni..dorang tak tau ke zaman dah majulah,Charge Internet lebih murah dari charge telefon itupun pun mau kedekut.Aku paling tak gemar kalau mana-mana pihak yang ada buat keuntungan tapi kedekut bab internet.
Antara aktiviti yang mereka sediakan
ATV untuk kanak-kanak jugak disediakan,kalau yang datang dengan family eloklah beraktiviti sekali sekala

Chicken Chop yang terdapat disni,rupanya tak cantik,rasanya tak sedap harganya mahal.Kesimpulannya Alhamdulillah...makan sajelah free..company bayar.Tapi kalau ade yang berangan nak makan kat hotel ni dengan duit sendiri baik pergi makan kat luar jelah lagi puas hati.
Suasana waktu petang yang menyamankan


Sedang aku melilau-lilau kat hotel tu pada hari terakhir tu terserempak pulak dengan skandal lama ni  yang kebetulan ada program team building kat situ he he he  (bole caya ke?).Sebenarnya aweks ni salah sorang anak angkat ku yang masa zaman beliau belajar kat UIA dulu selalu lepak kat rumahku dengan beberapa orang lagi rakannya dan anak saudara isteriku.sekarang dia dah jadi Engineer kat Petronas.kebetulan terjumpa kat sini pulak.Nyaris-nyaris aku terperasan syok sendiri bila ade awek renung-renung tenung-tenung dan pandang-pandang ,jeling-jeling pada ku, rupa-rupanya kenal hmm....

Selepas 6 hari  aku s/by dihotel dengan ditanggung sepenuhnya makan,minum dan dibayar gaji penuh lalu aku dapat emel dari ofis di Australia yang memaklumkan kerja-kerja dikapal sudah hampir siap,mereka ambil keputusan menghantar aku dan Sat.Supervisor  pulang kerumah.Dalam masa sama juga mereka beritahu yang nama aku akan diutamakan untuk job selepas ini .

Perjalanan untuk pulang kerumah juga telah berlaku kejadian yang agak melucukan bagi aku.Dimana Ofis telah menghantar Tiket dari Kuantan ke KL dan terus keMiri.Aku seronok jugakla rupanya ofis hantar aku naik job lain di Miri bukan pulang kerumah,Waah ada can buat duit lagi ni bisik hatiku girang .Jam 0430hrs agen dah sampai hotel untuk pick up aku dan Nick  ke airport.Flightnya awal pagi iaitu jam 0645hrs dah terbang dr Kuantan dan sampai di KLIA jam 0730hrs lepas tu terus naik Flight jam 0830hrs keMiri.Apabila sampai diMiri aku pun terus mencari-cari agen yang biasanya akan menunggu krew yang baru sampai.Cari punya cari,tunggu punya tunggu 2 jam pun berlalu aku mula rasakan ada yang tak kena...lalu aku pun kontrol macho dan tarik nafas dalam-dalam, rilek.... cooll...Jangan panik  brader jangan panik...bisik hatiku.Aku mula rasa yang kemungkinan ofis ingat aku orang Sarawak kot sebab tak mungkin company ni gagal memaklumkan pada agen tentang kehadiranku.Kat emel pun takde pulak sebut nama  mana-mana hotel sebab e mel sebelum ni ade sebut yang aku akan chek in kat Legend Resort Cherating haa....aku syak memang dorang ingat kampong aku kat Sarawak ni..

Aku pun telefon isteri aku beritahu yang aku dah sampai Miri dan ceritakan juga apa yang berlaku dan apa yang aku syak,lepas tu isteriku pun ape lagi bukan main seronok dia gelakkan aku. Walaupun aku tengah terkandas disini tapi sekurang-kurang aku Berjaya membuat isteriku ketawa sungguh-sungguh dengan nasib yang menimpa aku ni.Takpelah biarkan dia ketawa puas-puas hilang sikit stressnya dan penatnya menguruskan rumahtangga yang tak bertangga tu....

Lepas tu aku pun segera buka Laptop (maklumlah aku ni kategori old school sikit takde telefon pintar) terus aku hantar emel bertanyakan situasi sebenar dan confirmkan semula yang mana jika benar mereka nak hantar aku pulang maka destinasi aku adalah kuala Lumpur bukan Miri.2 jam kemudian emel dari Australia masuk memohon maaf atas sebarang kesilapan,memang confirm mereka tersalah hantar aku balik keSarawak  ha ha ha ha gelak besar aku....ini macam punya kes pun ada ka..5 minit kemudian mereka hantar e ticket yang baru untuk aku pulang ke Kuala Lupur semula...Alhamdulillah sekurang-kurangnya tak payahlah aku keluarkan duit sendiri untuk beli tiket dahla duit tak berapa nak ada time-time monsoon ni.

Petang itu 21.12.2012 (cantiknya tarikh) jam 1815 hrs aku terbang semula pulang ke K.L.dan sampai di KL jam 2130hrs Jadi hari itu masa dan usia aku banyak dihabiskan di dalam Kapal terbang dan di Airport Miri.
Sampai saja dirumah Isteri aku pun terus ketawa bila tengok aku muncul...lalu aku pun bernyanyi lagu yang pernah dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza,antara liriknya berbunyi ha ha ha ha 2x ketawalah lagi ha ha ha ha2x ketawalah lagi...(klik pada pautan ini untuk mendengar lagu tersebut..http://www.youtube.com/watch?v=r3VIb839MNk )

Begitulah kisah dibulan December 2012.

Nota kaki-
Tak lama kemudian mereka bayar gaji aku penuh  walaupun aku hanya datang duduk hotel makan dan tidur sahaja bukan buat kerja.Semua rezeki datang dari Allah SWT dan aku bersyukur untuk itu.
Sangat berbeza dengan sesetengah  company tempatan,walaupun berhempas pulas aku kerja 2 bulan pun mereka tak bayar gaji sampai sekarang...so pikirlah sendiri...dimana tahap mentaliti mereka.


Next Entry - 14.03.2013
   


12 comments:

salam
cuma nak tumpang tanya, untuk kerja offshore ni kena buat lesen dulu ya?

kalu nak amek lesen untuk welding dalam laut, apa kriteria yang perlu ada? maksud saya kelulusan/apa2 saja?

memang dia tengok betul2 fit ka?maksud saya tak rabun/apa2 saja ? apa rasia kamu untuk kekal sihat?

maaf sangat banyak plak tanya hehe..

Poseidon Shield said... February 26, 2013 at 8:46 PM  

EM ??? Ni nak kena tanya kakak.. dia pun keje sana dh almost 8 years. skandal ???

fatin qurratuaini

Salam.
Untuk kerja di offshore ni mesti kena ada kemahiran tertentu dan ia bergantung kepada bidang apa yang kita nak buat.kalau nak terlibat di bahagian Engineering kena ada background Engineer,kalau nak kerja bhg eletrik mestilah ada kemahiran dlm eletrik begitu juga dgn kerja menyelam perlu ada lesen menyelam yang diiktiraf oleh badan Antarabangsa.

Kalau nak buat kerja welding dalam laut yang pertama sekali perlu ada lesen menyelam komersial kemudian perlu ambik lesen atau sijil wet welding yang diktiraf juga.bukan sijil welding biasa.

Setiap penyelam komersial perlu menjalani pemeriksaan perubatan penuh setiap tahun bagi memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan yang baik untuk melakukan kerja2 dibawah air.
Pemeriksaan perubatan untuk penyelam pula hanya boleh dibuat atau dijalankan oleh doktor pakar perubatan selam juga bkn oleh doktor biasa.
Rahsia sihat saya adalah didalam urusan Allah semata2.Alhamdulillah skrg ni saya masih dikurniakan dgn kesihatan yg baik dgn izin Nya.
Amalkan cara hidup sihat je.jaga makan,jaga iman & jaga amal..In shaa Allah sihat dan fit..: )


semoga berpuas hati..

Poseidon Shield

ayat skandal tu hanya sebagai kiasan shj..takde ape2 pun..

Cun betul awek skandal tu ek..huhuhuhu....

Cik Anonymous @ Cik Skandal

bukan setakat Cun je tapi Cun melecun ,meletop,hot,panas sume ade...he he..

salam..nk tanye mcm mana flow nk keje offshore(welding)..kt mana boleh ambik sijil wet welding tu

Izin atau sertifikat ape saje yg di perlukan buat kerje inspection underwater tu ?

Anonymous 1-
nak ambik certificate wet welding boleh klik disini.

http://www.twitraining.com/home/course-schedule/mma-wet-welding-to-aws-d3.6-codings

Dan kalau nak tau flow kerja offshore bahagai welding sy tak tau nak citer sbb welding bukan kepakaran saya.


Anonymous 2-

Sertifikat bagi mengizinkan seseorg diver melakukan kerja2 u/water inspection adalah
CSWIP 3.1U
CSWIP 3.2U
CSWIP 3.4U
Untuk penjelasan lebih lanjut Mas boleh cari di google tentang apa itu CSWIP

bdk baru blajaq said... October 30, 2013 at 5:20 PM  

salam. kalau underwater welder mmg x leh rbun er?? facilities maintainence engineering ngn instrumentation & control engineering...antra dua 2 mne ag ok? salary ntok freshie brpe agaknye?

Boleh dapat ambil commercial diving (CIDB cert) dan wet welding (international cert) di UWEC IDA kemaman. Boleh dapat more info di www.uwec.com.my.

Saya lepasan Akedemi Binaan Malaysia (blasting&paintin).. Ada jod tlg eh?

Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan

Top Commentators

Get this widget here