Dunia Commercial Diver



Ogos 2008
Sapura 3000
Projek Jacket Installation

Aku mula bercuti selama 1 bulan bagi menghabiskan baki cuti yang ada sebelum meletakkan jawatan. Sebelum mula bercuti aku sudah siapkan notis perletakan jawatan ku yang akan berkuat kuasa mulai 1/9/08 dan aku juga telah sediakan wang tunai sejumlah sebulan gaji sebagai gantirugi kepada kepada kerajaan Malaysia.Jadi tarikh hari Kebangsaan Malaysia pada tahun ini mencatat sejarah peribadi bagiku kerana itulah hari terakhir aku sebagai anggota polis. Aku membuat keputusan nekad meninggalkan PDRM yang aku sayangi ini kerana bagi ku sudah tiba masanya aku beralih kebidang karier yang lebih menjamin masa depan ku dan keluarga.





PhotobucketTeman-teman seperjuangan


Sepanjang 19 tahun aku didalam PDRM berbagai suka dan duka sudah kulalui aku sudah tidak tahan dan kecewa dengan berbagai tohmahan yang dilemparkan kepada PDRM kerana ada segelintir `black sheep’ yang mencemarkan nama baik PDRM. Aku rasa aku dan rakan seperjuangan yang lain sudah bekerja dan berusaha bersungguh-sungguh dalam menjaga keselamatan negara tapi penat lelah kami seolah-olah tidak dihargai jadi lebih baik aku mengundur diri..Lagipun selain dari cita-cita hendak menjadi anggota polis suatu ketika dulu aku juga bercita-cita hendak menjadi penyelam professional.

Kira-kira lagi 2 minggu sebelum aku mula bercuti aku sudah mula menghubungi rakan-rakan `diver’ yang lain bertanyakan tentang perkembangan semasa didalam industri dan mereka memberi respon positif bila aku beritahu yang aku akan kembali menyertai mereka mulai bulan ogos nanti.Selain dari menghubungi rakan-rakan diver aku juga menghubungi kontraktor-kontraktor menyelam yang aku pernah bekerja dengan mereka sebelum ini mereka juga mengalu-alukan aku kembali kedalam industri. Ada 2 perkara yang aku paling ambil perhatian semasa menghubungi rakan-rakan diver iaitu peluang pekerjaan dan kadar gaji diver yang terbaru.Aku mendapat maklumat positif iaitu peluang pekerjaan untuk diver sangat banyak sekarang (sekitar 2007-2008) tetapi diver di Malaysia masih tidak cukup untuk menampung kekosongan yang ada jadi dengan itu secara tidak langsung kadar gaji untuk diver sekarang juga turut naik sekitar USD...... sehari.

Setelah 2 minggu berehat dirumah aku dihubungi oleh Cik Norshila (sekarang dah jadi Puan Norshila dah) dari syarikat Sapura Crest Petroleum ,beliau bertanya adakah aku bersedia untuk digerakan ke offshore beberapa hari lagi.Aku diminta datang ke pejabat Sapura Crest yang terletak di Au 2 Keramat untuk menandatangani kontrak.Kebiasaannya kontrak selama 60 hari, selepas itu kami dikehendaki naik kedarat tetapi terpulang kepada kami sama ada hendak bercuti lama ataupun terus naik semula selepas 2 hari di darat dan sambung tugas semula dengan kontrak yang baru untuk tempoh 60 hari lagi kerana sudah menjadi prosedur setiap orang mesti berada di offshore tidak lebih 60 hari tapi jika hendak kerja lama mesti naik kedarat dulu.

17 Sept.2008 dengan penerbangan pagi aku terbang ke Labuan,rupa-rupanya turut bersama dalam penerbangan ialah rakan sekelas ku semasa di Australia dulu iaitu Rashid Samiran.Sampai di Labuan kami dijemput oleh wakil syarikat yang sedia menanti dan dihantar kehotel.Sampai dihotel kami bertemu dengan 6 orang diver lagi dan 2 orang `dive technician’ dari Indonesia.Semua sekali ada 8 orang diver yang akan terlibat dengan projek ini.

Aku dapat tahu projek ini ialah memasang pelantar minyak yang baru ataupun dipanggil `jacket installation’.`Jacket’ ialah istilah yang digunakan terhadap kaki pelantar.Lokasi projek ini adalah satu lapangan minyak yang baru ditemui jauh ditengah laut kira-kira 6 jam pelayaran dari miri.Berita baik bagi diver jika terlibat dengan projek `jacket installation’ ialah diver Cuma banyak stand by, sangat kurang aktiviti diving ataupun kadang-kadang tiada langsung menyelam selama tempoh projek itu berjalan.Dalam diam-diam diver akan bersorak riang dalam hati.

Setelah 3 hari duduk dihotel hanya makan dan tidur sahaja pada hari keempat baru kami dapat arahan untuk bersiap kerana kami akan naik kekapal.Sebelum naik kapal semua orang yang terlibat dengan projek ini dikehendaki menjalani ujian D & A iaitu `drug & alcohol test’ Pihak `client’ iaitu Petronas Carigali sangat tegas dalam isu D & A ini jika ada sesiapa yang gagal dalam ujian D & A ini tidak akan dibenarkan naik kekapal dan akan dihantar pulang.Selepas ujian kami semua dihantar kekapal dengan menggunakan `crew boat’ kerana kapal yang kami akan naik itu sangat besar dan hanya berlabuh (anchorage) diluar Pelabuhan Labuan ini.Setelah sejam pelayaran dengan `crew boat’ kami pun sampai kekapal Sapura 3000.





Photobucket Inilah kapal Sapura 3000 yang bagiku bertaraf 5 bintang


bersambung.....


Di Kuala Lumpur selain menyiapkan sijil menyelam mereka aku mengusahakan agar rakan-rakan ku yang selesai kursus menyelam mendapat elaun menyelam sebanyak RM..... sebulan,walaupun tidaklah besar mana tetapi cukuplah..daripada tiada langsung...Maka sebagai jurulatih mereka aku telah mengadap pegawai bahagian elaun dan menerangkan pada beliau dengan jelas berkaitan silibus latihan dan kemampuan anggota-anggota yang telah aku latih itu.Aku juga diminta menjelaskan kenapa mereka layak mendapat elaun menyelam sedangkan mereka tidak mendapat latihan menyelam di TLDM Lumut Perak seperti penyelam-penyelam lain didalam Unit Khas ini.Alhamdulillah pegawai tersebut berpuas hati dengan penerangan dan penjelasan dariku.




Photobucket
peserta-peserta kursus juga rakan-rakanku

Beberapa bulan kemudian peserta-peserta kursus menyelam anjuranku menerima elaun menyelam mereka bersama tunggakannya.Tetapi semasa mereka menghubungiku memberitahu yang mereka sudah dapat elaun menyelam tersebut waktu itu aku sudah pun meninggalkan PDRM yang aku sayangi....Satu kepuasan tak terhingga bagiku kerana rakan-rakanku itu bukan sahaja mendapat ilmu menyelam tetapi menerima elaun pula setiap bulan.


Aku tidak boleh beri mereka wang setiap bulan tapi Allah telah beri aku ilmu yang dapat dikongsi dengan mereka yang mana dengan ilmu itu mereka dapat wang.Seperti kisah pengail ikan,daripada kita beri ikan pada seseorang setiap hari adalah lebih baik kita berinya joran dan ajar padanya bagaimana hendak menangkap ikan supaya mereka boleh berdikari sendiri.Aku ikhlas melakukan untuk mereka kerana ALLAH..


Sebenarnya aku masih ingin meneruskan khidmatku dalam PDRM walaupun aku tau dengan kemahiranku aku boleh mendapat pendapatan yang lumayan dalam bidang minyak dan gas,tetapi atas beberapa sebab yang aku tidak dapat ceritakan disini yang buat aku tidak berapa selesa dengannya maka aku mengambil keputusan nekad.Aku sangat kecewa sebenarnya.Tetapi siapa tau mungkin Allah telah menjanjikan sesuatu yang lebih baik untukku diluar sana...
('Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.' - Surah Al-Baqarah ayat 216)


Selepas genap setahun aku kembali ke B.Aman akhirnya dengan berat hati aku ambil keputusan meletak jawatan serta merta dengan membayar sebulan gaji.Aku juga kehilangan hak mendapat pencen (wang pencen) dan lain-lain hak sebagai pesara kerajaan.Aku sangat sedih sebenarnya kerana meninggalkan PDRM dan teman-teman seperjuanganku tetapi prinsipku “apabila sesuatu perkara atau pekerjaan yang kita sayangi itu sudah menyusahkan kita atau memberi tekanan yang berat pada kita maka lepaskanlah ia...”.

Aku sudah cukup puas hati dan berbangga kerana pernah menjadi warga Bukit Aman selama 14 tahun dan sepanjang tempoh itu berbagai pengalaman sudah kutempoh,suka-duka,pahit-manis,yang terindah,yang terburuk,yang terluka dan yang terhebat yang tidak mungkin boleh didapati ditempat lain...semua ada...dan pengalaman bertugas disana juga telah membawa aku menjelajah banyak negara lain didunia yang mana tidak pernah terfikir oleh ku sebelum ini.Sesungguhnya kenangan diBukit Aman akan tetap dihati dan diingatan selamanya,percayalah, kerana bertugas disana cukup mematangkan aku dan membuat jiwa semakin kental.




Photobucket
Teman-teman seperjuangan

Jikalau ada individu dalam PDRM tidak mengiktiraf dan memandang rendah pada kemahiranku tetapi Petronas,Shell dan lain-lain Syarikat-syarikat minyak antarabangsa mengiktiraf kemahiranku,maka dalam industri minyak dan gas lah penghijrahan kerjayaku seterusnya......


Meminjam kata-kata seorang rakan (jayden)
Know your station in life.. but every station is accessible now. ..along the way, to your journey to the next station, dont just sit and stare, observe and think and never forget the first station where you first stationed at....




Photobucket




Photobucket




Photobucket


I`VE SERVED MY COUNTRY,NOW IS MY TIME...........

Pertama kali melihat kapal ini aku sangat terkejut kerana ia sangat besar.Kapal ini adalah jenis `DP Vessel’ DP ialah singkatan untuk `Dynamic Position’ yang mana ianya boleh berada statik disatu tempat tanpa beralih dan tanpa perlu melabuhkan sauh,kerana ia mempunyai 7 `thruster’ atau kipas yang dikawal secara otomatik oleh computer,`Global Positioning System’(GPS) dan satelit.Aku difahamkan kapal ini adalah antara yang tercanggih di Asia Tenggara.Ia mempunyai 9 tingkat.Kemudian kami dipindahkan keatas kapal dengan menggunakan bakul atau dipanggil `personal basket’ yang diangkat menggunakan kren dan setiap penghantaran hanya 4 orang sahaja dibenarkan berserta dengan beg masing-masing.`Basket’ ini adalah jaring yang berbentuk seperti kon kami akan berdiri diluar sambil memeluk jaring dan beg akan diletakan disebelah dalam kon.Setelah sampai diatas kapal bagi yang pertama kali naik kapal ini akan diberikan taklimat keselamatan dan dibawa melawat sepintas lalu tempat-tempat penting disini seperti cafe,tempat dobi,bilik menonton,surau,telefon awam dan `cyber cafe’.


PhotobucketDipindahkan dari `crew boat' keatas kapal menggunakan personal basket




PhotobucketHospital ataupun `sick bay' Diatas kapal


Kapal ini ada lebih kurang 200 buah pelbagai bilik termasuk hospital dan untuk projek ini ada lebih kurang 200 orang (personal on board ) diatas kapal ini.Didalam setiap kabin penginapan pula disediakan television 32 inci skrin rata.Yang menariknya walaupun jauh ditengah lautan atau dalam pelayaran rancangan T.V (Astro) sedikit pun tidak terganggu malah kami boleh menonton TV 24 jam.Setiap hari dapat menonton Buletin utama jadi tidaklah bosan sangat dan dapat juga mengetahui perkembangan dunia luar,tidaklah ketinggalan.


Photobucketcafetaria




PhotobucketBilik Laundry di Sapura 3000


Keesokan harinya kapal mula belayar perlahan-lahan kelokasi projek. Manakala diver-diver bermesyuarat dengan `diving supritendant’ untuk taklimat awal dan pembahagian shif.4 diver di shif siang dan 4 lagi di shif malam manakala 2 `dive technician’ di shif siang.Aku termasuk dalam shif siang iaitu akan bermula dari jam 12 tengahari hingga jam 12 tengah malam.Oleh kerana aktiviti diving belum tiba jadi kami hanya buat persiapan-persiapan dan menyediakan keperluan-keperluan untuk diving seperti menyediakan system LARS atau `launch and recovery system’ `air bank’ untuk system `surface supply’,`industrial oxygen’ untuk kerja-kerja pemotongan bawah air menggunakan broco (thermal heat cutting) Dan lain-lain peralatan yg diperlukan.Oleh kerana kami mempunyai banyak masa jadi semua kerja-kerja tersebut dibuat sedikit-sedikit dan tidak terburu jadi kami lebih rileks dan tidak penat.



Photobucket
Spy Leman bersama seorang lagi diver sedang diturunkan ke air menggunakan `Launch & recovery system' (LARS)


Disebelah malam jika tidak banyak kerja yang dibuat kami akan melakukan aktiviti senaman dan berjosgging di bilik gymnasium yang terdapat di tingkat 3 kapal ataupun menonton wayang di bilik video.Ada juga yang melepak di cafe atau melayari internet.Bagi yang gemar berjogging sambil menghirup udara segar akan naik ke tingkat atas sekali dan berjogging mengeliling helipad.Aku pula dengan kegemaran utama ku sama ada bertenet atau berkaraoke.



Diperingkat awal semua orang masih belum terlalu sibuk kerana banyak peralatan projek yang masih belum sampai begitu juga `jacket’ yang hendak dipasang masih belum sampai kelokasi.Sebahagian dari peralatan yang masih belum sampai akan dihantar ke lokasi dengan `crew boat’ atau `supply boat’ begitu juga jika ada apa-apa barang yang hendak dihantar kedarat juga akan menggunakan bot-bot berkenaan.


Photobucketsampah-sampah dan peralatan yang tidak diperlukan akan dihantar kedarat dengan krew bot,jarak lokasi dan darat lebih kurang 6 jam pelayaran



Apabila `jacket’ sampai kelokasi barulah para pekerja sibuk dengan bahagian masing-masing terutama para engineer,rigger dan welder.Terutama sekali apabila `jacket’ mula diturunkan ke air dan dipasang dilokasinya.


Photobucket
Jacket sedang ditegakan


Selepas jacket ditegakkan tepat dilokasi yang dikehendaki besi cerucuk akan dimasukan dan ditanam beberapa meter kedasar laut.Kemudian diver akan diturunkan bagi membuka beberapa peralatan yang tidak diperlukan.


Photobucket
Diver sedang diturunkan ke air menggunakan kren





Photobucket
Selepas ditegakkan besi cerucuk akan ditanam



Bersambung akan datang.......bahagian kerja diver.....

April 2008

Kursus menyelam bermula.Kelas Teori dan latihan peringkat `confined water’ diadakan selama seminggu di kolam renang Pulapol.jumlah peserta kursus 33 orang.1 minggu aku melatih 8 orang dengan dibantu seorang anggota under water medic juga sebagai pembantu jurulatih.Silibus latihan adalah melebihi dari yang ada didalam kursus asas menyelam mana-mana badan atau persatuan menyelam kerana aku mengabungkan atau menambahkan beberapa bahagian yang aku pernah belajar semasa dengan PADI,TLDM dan semasa berkursus di Australia.

Walaupun peserta-peserta kursus ini hanya akan menerima lesen `Open Water Diver’ tetapi pengisian didalam sabjek-sabjek yang aku ajarkan adalah melebihi dari yang sepatutnya ada dalam peringkat ini kerana aku mahu mereka mempunyai kualiti tersendiri.Selama 4 minggu masa diambil untuk melatih 33 peserta dalam teori dan praktikal `confined water’.

Selesai peringkat `confined water’ aku mula buat perancangan dan persiapan untuk latihan peringkat laut terbuka di Pulau Kapas.Pulau Kapas dipilih kerana disitu adalah `playground’ ku sejak tahun 1991 lagi dan aku ramai kawan disana dan ini akan memudahkan urusan-urusanku sepanjang kursus nanti.


PhotobucketCamp Site kami dengan pasir pantai yang putih bersih dan lembut


Apabila kursus bermula di Pulau Kapas keseronokan bermula dan cabaran mengajar itu sendiri adalah satu keseronokan bagiku.Sebenarnya tidak susah untuk mengajar anggota-anggota senior ini kerana mereka adalah dari kalangan yang `well trained’ jadi tidaklah susah sangat seperti mengajar orang awam.Walaupun mereka semua adalah rakan-rakan ku tapi kadang-kadang mulutku yang dah memang laser ni terlepas juga kata-kata yang tak sedap telinga mendengarnya tapi lepas tu menyesal la.


Photobucketmenuju ke dive site


Didalam kursus ini trdapat juga 4 orang anggota wanita sebagai penyeri kursus.Selama 4 minggu aku dan 5 lagi (Pembantu Jurulatih Che Naz ,Medic Don lai,Medic Wak Baha,hairi Bullet & Jeff iban.T.kasih geng u all sentiasa diingatan) berkampung di Pulau Kapas manakala peserta kursus bersilih ganti setiap minggu.Aku dapat lihat keseronokan tergambar diwajah setiap peserta kerana selain berkursus disini aku anggapkan yang aku sedang bawa mereka bercuti disini agar mereka dapat rehat seketika dari tugas-tugas diibu pejabat di B.aman yang bertindan-tindan.


Photobucket
sebahagian dari peserta kursus lelaki dan wanita

Disini latihan bermula dari subuh hari hingga dinihari.Namun bagiku setiap hari adalah menyeronokan,ada acara menyelam,snorkling,jungle trekking dan bola tampar pantai.Ujian teori juga dalam suasana santai dan ceria.Aku benar gembira kerana dapat berkongsi ilmu yang ada dengan rakan-rakanku.Sepanjang kursus ini juga semua peserta menunjukan kesungguhan dan memberikan kerjasama yang sangat baik dan kerja berpasukan yang sangat tinggi.Sepanjang latihan dilaut terbuka ini juga Syukur kepada Allah SWT kerana tiada sebarang perkara tidak diingini berlaku.Segala urusan kami juga dipermudahkan oleh`Nya’.


Setelah bekerja keras dari peringkat perancangan hingga perlaksanaan maka pada mei 2008 tamatlah Kursus Asas Menyelam Unit khas (bukan nama sebenar), kami semua pun berkemas untuk pulang ke Kuala Lumpur.Yang seronoknya rakan-rakan berbagai bangsa termasuk Mat Saleh, pengusaha pelancongan dan pengusaha Chalet di sini turut membantu kami berkemas dan memunggah peralatan-peralatan kami kedalam Kapal Polis Marin untuk dibawa ke Tanah besar.Terima Kasih Banyak aku ucapkan buat rakan-rakan di Pulau Kapas terutama En Zainal Azam Aqua Sport Dan Cik Salina kerana terlalu banyak membantu.Seronok dan Gembira kerana misi hampir berjaya.....

Bersambung akan datang....Hari-hari terakhir di B.Aman....

OGOS 2007
Selepas Job terakhir dengan Offshore Subsea Works di `Kikeh Field’ pada Julai 2007,2 minggu kemudian aku melapur diri semula di Unit Khas B.Aman (bukan nama sbnr) yang sudah setahun aku tinggalkan.Gembira sangat aku dapat bersama semula dengan teman-teman seperjuangan yang lain.

Seperti mana setahun yang lalu sebelum aku meninggalkan Bukit Aman aku Mengadap pegawai Pemerintah Unit mohon kebenaran untuk pergi berkursus,setelah pulang ini sekali lagi aku mengadap beliau melapur diri semula dan juga untuk mengucapkan jutaan terima kasih atas segala sokongan dan bantuan kewangan yang telah beliau berikan selama ini.Segala bantuan dan sokongan yang beliau berikan sangat-sangat aku hargai dan tidak mungkin aku lupakan.Beliau hanya harap agar aku dapat terus menabur bakti pada PDRM dan berkongsi pengetahuan dan pengalaman yang aku timba diluar Negara dan di offshore.Memang itulah niatku iaitu berkongsi ilmu yang ada dengan rakan-rakan lain dalam Unit khas ini.

Minggu pertama setelah lapur diri semula di B.Aman aku jadi semacam kena kejutan budaya dengan persekitaran disini yang sedikit berubah dalam masa setahun ini,suasana kerja sudah tak `mesra alam’ seperti beberapa tahun lepas.Aku rasa seperti orang baru pula disini.


Aku pernah merancang hendak menganjurkan kursus menyelam dan melatih anggota-anggota senior hingga mereka mendapat lesen menyelam.Apabila sudah kembali semula ke Unit Khas ini maka rutin hidupku kembali sibuk dengan penugasan yang tak pernah habis dan semuanya melibatkan atau ada kaitan dengan keselamatan Negara.Ada masa-masa tertentu aku jadi rimas dan tertekan dengan karenah birokrasi dan kesibukan melampau yang aku hadapi disini maklumlah sudah setahun bercuti dan tidak menghadapi keadaan tekanan disini.Walaupun sudah hampir 14 tahun aku didalam Unit ini dan boleh dikatakan sudah masak dengan keadaan disini tapi kadang-kadang tak tahan juga jiwaku ini menanggungnya.



Photobucket

sewaktu assignment di Timur Tengah 2 bulan selepas melapur diri semula

Walaupun dalam kesibukan namun secara beransur-ansur aku mula mengusahakan rancangan awal dalam projek kursus menyelam yang aku rancangkan.Dengan sokongan dari pegawai Pemerintah unitku dan sokongan dari beberapa rakan-rakan didalam Tim Selam tempur,aku memulakan perlaksanaan peringkat awal program,seperti menyediakan kertas kerja,merangka silibus,mencari tempat latihan dan persiapan logistik.Banyak kerja yang terpaksa dilakukan dari persiapan hingga perlaksanaan kerana aku harus melakukan semuanya sendirian kerana kekurangan tenaga kerja dan juga faktor-faktor halangan yang lain.

Untuk mendapatkan peserta kursus tiada masaalah langsung kerana cadangan berkaitan projek ku ini mendapat sambutan menggalakan dari anggota-anggota senior yang masih tiada lesen menyelam.Terlalu banyak cabaran dan rintangan yang aku hadapi dalam menjayakan projek ini.Namun demi niat ikhlasku dan demi janji ku pada rakan-rakan serta pada Pegawai Pemerintah Unit maka aku gagahkan jua hadapi semuanya.


Photobucket
Sebahagian dari tugas ku disini,adrenalin...adrenalin..(gambar hiasan)


Ini adalah pertama kali Unit ku khususnya Tim selam tempur menganjurkan kursus menyelam secara Professional yang mana peserta kursus bakal menerima sijil menyelam khas dari Unit khas dan lesen menyelam dari badan menyelam Antarabangsa serta menerima elaun menyelam setiap bulan.


Photobucket

bersama rakan-rakan dari US Special Forces
.

Sebelum ini Unit kami akan menghantar anggota menjalani kursus menyelam hanya di Pengkalan TLDM Lumut Perak untuk kursus selama 2 bulan seperti yang aku pernah ceritakan dalam entri pertama dulu.(Al kisah bermulanya stori part 1)

bersambung akan datang mula mengajar....

Lagi kisah Saturation Diver.

Kali ini aku nak ceritakan sikit lagi tentang `saturation diver’ atau kami panggil sat.diver sahaja.Dibahagian sebelum ini ada juga aku sentuh serba sedikit tentang sat.diver ni tapi kali ni aku akan terangkan lebih lanjut lagi. Mula-mula aku nak cerita pasal gaji sat.diver.gaji asas mereka USD 550 sehari tapi bila mereka masuk chamber sahaja mereka akan diberi bonus lagi USD 35.00 bagi setiap jam.Jadi gaji mereka sehari.550 + 840 = 1390.Jika dikira tukaran asing sebanyak 3.4 maka bersamaan dengan RM 4726 sehari jadi jika mereka bekerja 30 hari pendapatan mereka adalah RM 141.780.00 sebulan fuuh banyaknyaa...Yang menariknya jumlah tersebut diterima bersih dan mereka tidak perlu membayar cukai pendapatan kerana mereka bukan pekerja tetap tetapi pekerja bebas.Lebih-lebih lagi jika mereka bekerja dengan kontraktor luar negara dan ia dikategorikan sebagai menjana ekonomi Negara dengan membawa wang luar masuk.

Jika `air diver’ seperti aku pemegang lesen ADAS Part 3,`Sat.diver’ pula lesen ADAS part 4.Mereka boleh menyelam hingga ke kedalaman 300 meter.Sat.diver bernafas menggunakan gas campuran helium + oksigen.Tetapi mereka mesti masuk kedalam chamber dan tekanan didalam chamber tersebut dibawa mengikut kedalaman tempat kerja sesuatu projek.Untuk pergi ketahap tekanan tersebut memakan masa beberapa minit sahaja.Dan ia dikawal dan dipantau oleh `Life support Supervisor’ (LSS) melalui bilik khas dan menggunakan panel khas.

Photobucket
Panel kawalan dibilik kawalan saturation yang mengawal tekanan dan bekalan gas kepada diver serta komunikasi dengan diver.


dlm chamber sat
Tempat tinggal sat.diver.


Diver didalam chamber dipantau 24 jam melaui cctv .Mereka akan tinggal didalam chamber tersebut selama beberapa hari tapi maksimum dibenarkan ialah 28 hari,kadang-kadang ada juga yang tinggal lebih lama dari itu.Segala makan dan minum mereka diuruskan oleh `Life Support Technician’ (LST).Makanan dan minuman atau lain-lain keperluan dihantar kepada diver melalui satu ruang khas dipanggil `medical lock’.pakaian diver juga diambil oleh `LST’ untuk dicuci.Didalam chamber mereka tidak boleh membawa sebarang peralatan eletrik kerana tindak balas tekanan,gas dan alat eletrik boleh mencetuskan satu malapetaka letupan yang dasyat.Jadi memang sangat membosankan tinggal dalam chamber,Tapi sekarang sudah ada laptop yang boleh dibawa masuk kedalam cahmber semasa tekanan.ada juga yang bawa game `psp' kedalam chamber.

Bagi melakukan tugas selaman diver akan masuk kedalam satu lagi chamber kecil yang boleh memuatkan 2 atau 3 orang .Ia dipanggil `Bell’ kemudian `bell’ ini akan diturunkan kedalam laut ketempat diver akan melakukan kerja-kerjanya(lebih kurang berfungsi sebagai lif).Apabila sampai di`jobsite’ seorang diver akan keluar dari `bell' manakala seorang lagi akan membantu menghulurkan `umbilical’ dari dalam bell.


Bell sedang diturunkan dan dibantu oleh `sat.support’


Photobucket
Sat.diver sedang bekerja dan kelihatan dalam gambar juga ialah `bell'


Diver didalam chamber dipantau 24 jam melaui cctv .Mereka akan tinggal didalam chamber tersebut selama beberapa hari tapi maksimum dibenarkan ialah 28 hari,kadang-kadang ada juga yang tinggal lebih lama dari itu.Segala makan dan minum mereka diuruskan oleh `Life Support Technician’ (LST).Makanan dan minuman atau lain-lain keperluan dihantar kepada diver melalui satu ruang khas dipanggil `medical lock’.pakaian diver juga diambil oleh `LST’ untuk dicuci.Didalam chamber mereka tidak boleh membawa sebarang peralatan eletrik kerana tindak balas tekanan,gas dan alat eletrik boleh mencetuskan satu malapetaka letupan yang dasyat.Jadi memang sangat membosankan tinggal dalam chamber.

Bagi melakukan tugas selaman diver akan masuk kedalam satu lagi chamber kecil yang boleh memuatkan 2 orang .Ia dipanggil `Bell’ kemudian `bell’ ini akan diturunkan kedalam laut ketempat diver akan melakukan kerja-kerjanya.Apabila sampai di`jobsite’ seorang diver akan keluar dari bell manakala seorang lagi akan membantu menghulurkan `umbilical’ dari dalam bell.

biasanya seorang diver akan melakukan kerja selama 4 jam kemudian akan digantikan oleh diver kedua yang berada didalam `bell’ tadi.

PhotobucketSat diver sedang bekerja memasang `clamp'pada riser (saluran gas/minyak)



Diver pertama tadi akan menjadi pembantu pula kepada diver kedua.Jadi mereka berdua berada didalam air selama 8 jam sebelum `bell’ tadi dibawa naik semula kepermukaan dan dicantumkan semula kepada chamber utama iaitu tempat tinggal mereka tadi.

Photobucket
Bell mula keluar dari air


Photobucket
`Bell’ dicantumkan semula ke chamber utama
Tempat tinggal diver
.


Kemudian dua orang lagi diver akan masuk kedalam `bell’ mengambil giliran untuk menyambung kerja-kerja diver sebelum ini dan begitulah seterusnya pusingan kerja mereka.Biasanya ada 8 orang diver didalam chamber.Kemudian apabila projek selesai mereka dibawa ke tekanan persekitaran seperti biasa secara perlahan-lahan dan berperingkat peringkat dipanggil `deco.stop’ dan ia bergantung kepada tahap kedalaman dan berapa lama mereka berada dalam persekitaran bertekanan sebelum ini.Biasanya `deco.stop’ ini mengambil masa 5 hingga 7 hari atau kadang-kadang lebih.
Kadang-kadang `sat.support’ sudah pulang kerumah tapi `sat.diver’ masih belum keluar dari chamber kerana belum selesai `deco.stop’.Kerana tugas `sat.support’ selesai apabila aktiviti diving selesai.Dan `sat.diver’ pulang kerumah senyum lebar kerana poket penuh........manakala `air diver’ senyum juga tapi tidak selebar senyuman `sat.diver’..........

DESCRIPTION:

Saturation diving is a diving technique that allows divers to remain at great depth for long periods of time.

"Saturation" refers to the fact that the diver's tissues have absorbed the maximum partial pressure of gas possible for that depth due to the diver being exposed to breathing gas at that pressure for prolonged periods. This is significant because once the tissues become saturated, the time to ascend from depth, to decompress safely, will not increase with further exposure.

Commonly, saturation diving allows professional divers to live and work at depths greater than 50 metres / 165 feet for days or weeks at a time. This type of diving allows for greater economy of work and enhanced safety for the divers. After working in the water, they rest and live in a dry pressurized habitat on or connected to a diving support vessel, oil platform or other floating work station, at the same pressure as the work depth. The diving team is only compressed to the working pressure once and decompressed to surface pressure once over the entire work period of days or weeks.

tmpt tido dlm sat
living compartment

The "Saturation System" typically comprises a living chamber, transfer chamber and submersible decompression chamber, which is commonly referred to in commercial diving and military diving as the diving bell, PTC, Personnel Transfer Capsule or SDC, Submersible Decompression Chamber. The system incorporates various sub-systems, such as hydraulics, pneumatics, electrics, electronics and other mechanical systems. The entire system is managed from a control room (van), where depth, chamber atmosphere and other system parameters are monitored and controlled. The diving bell is the elevator or lift that transfers divers from the system to the work site. Typically, it is mated to the system utilizing a removable clamp and is separated from the system tankage bulkhead by a trunking space, a kind of tunnel, through which the divers transfer to and from the bell. At the completion of work or a mission, the saturation diving team is decompressed gradually back to atmospheric pressure by the slow venting of system pressure, at an average of 30 metres/96 feet per day, travelling 20 hours per day and resting for 4 hours (schedules vary). Thus the process involves only one ascent, thereby mitigating the time-consuming and comparatively risky process of in-water, staged decompression normally associated with non-saturation ("bounce diving") operations.

The divers use surface supplied umbilical diving equipment, utilizing deep diving breathing gas, such as helium and oxygen mixtures, stored in large capacity, high pressure cylinders. The gas supplies are plumbed to the control room, where they are routed to supply the system components. The bell is fed via a large, multi-part umbilical that supplies breathing gas, electricity, communications and hot water. The bell also is fitted with exterior mounted breathing gas cylinders for emergency use.

Saturation diving (or more precisely, long term exposure to high pressure) can potentially cause aseptic bone necrosis, although it is not yet known if all divers are affected or only especially sensitive ones. The joints are most vulnerable to osteonecrosis. The connection between high-pressure exposure and osteonecrosis is not fully understood.

Increased use of underwater ROVs and AUVs for routine or planned tasks means that saturation dives are becoming less common, though complicated underwater tasks requiring complex manual actions remain the preserve of the deep-sea saturation diver.

Photobucket
Sat Diver during Russian Submarine kursk rescue mission few years ago
.

Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan

Top Commentators

Get this widget here