Dunia Commercial Diver



Pertama kali melihat kapal ini aku sangat terkejut kerana ia sangat besar.Kapal ini adalah jenis `DP Vessel’ DP ialah singkatan untuk `Dynamic Position’ yang mana ianya boleh berada statik disatu tempat tanpa beralih dan tanpa perlu melabuhkan sauh,kerana ia mempunyai 7 `thruster’ atau kipas yang dikawal secara otomatik oleh computer,`Global Positioning System’(GPS) dan satelit.Aku difahamkan kapal ini adalah antara yang tercanggih di Asia Tenggara.Ia mempunyai 9 tingkat.Kemudian kami dipindahkan keatas kapal dengan menggunakan bakul atau dipanggil `personal basket’ yang diangkat menggunakan kren dan setiap penghantaran hanya 4 orang sahaja dibenarkan berserta dengan beg masing-masing.`Basket’ ini adalah jaring yang berbentuk seperti kon kami akan berdiri diluar sambil memeluk jaring dan beg akan diletakan disebelah dalam kon.Setelah sampai diatas kapal bagi yang pertama kali naik kapal ini akan diberikan taklimat keselamatan dan dibawa melawat sepintas lalu tempat-tempat penting disini seperti cafe,tempat dobi,bilik menonton,surau,telefon awam dan `cyber cafe’.


PhotobucketDipindahkan dari `crew boat' keatas kapal menggunakan personal basket




PhotobucketHospital ataupun `sick bay' Diatas kapal


Kapal ini ada lebih kurang 200 buah pelbagai bilik termasuk hospital dan untuk projek ini ada lebih kurang 200 orang (personal on board ) diatas kapal ini.Didalam setiap kabin penginapan pula disediakan television 32 inci skrin rata.Yang menariknya walaupun jauh ditengah lautan atau dalam pelayaran rancangan T.V (Astro) sedikit pun tidak terganggu malah kami boleh menonton TV 24 jam.Setiap hari dapat menonton Buletin utama jadi tidaklah bosan sangat dan dapat juga mengetahui perkembangan dunia luar,tidaklah ketinggalan.


Photobucketcafetaria




PhotobucketBilik Laundry di Sapura 3000


Keesokan harinya kapal mula belayar perlahan-lahan kelokasi projek. Manakala diver-diver bermesyuarat dengan `diving supritendant’ untuk taklimat awal dan pembahagian shif.4 diver di shif siang dan 4 lagi di shif malam manakala 2 `dive technician’ di shif siang.Aku termasuk dalam shif siang iaitu akan bermula dari jam 12 tengahari hingga jam 12 tengah malam.Oleh kerana aktiviti diving belum tiba jadi kami hanya buat persiapan-persiapan dan menyediakan keperluan-keperluan untuk diving seperti menyediakan system LARS atau `launch and recovery system’ `air bank’ untuk system `surface supply’,`industrial oxygen’ untuk kerja-kerja pemotongan bawah air menggunakan broco (thermal heat cutting) Dan lain-lain peralatan yg diperlukan.Oleh kerana kami mempunyai banyak masa jadi semua kerja-kerja tersebut dibuat sedikit-sedikit dan tidak terburu jadi kami lebih rileks dan tidak penat.



Photobucket
Spy Leman bersama seorang lagi diver sedang diturunkan ke air menggunakan `Launch & recovery system' (LARS)


Disebelah malam jika tidak banyak kerja yang dibuat kami akan melakukan aktiviti senaman dan berjosgging di bilik gymnasium yang terdapat di tingkat 3 kapal ataupun menonton wayang di bilik video.Ada juga yang melepak di cafe atau melayari internet.Bagi yang gemar berjogging sambil menghirup udara segar akan naik ke tingkat atas sekali dan berjogging mengeliling helipad.Aku pula dengan kegemaran utama ku sama ada bertenet atau berkaraoke.



Diperingkat awal semua orang masih belum terlalu sibuk kerana banyak peralatan projek yang masih belum sampai begitu juga `jacket’ yang hendak dipasang masih belum sampai kelokasi.Sebahagian dari peralatan yang masih belum sampai akan dihantar ke lokasi dengan `crew boat’ atau `supply boat’ begitu juga jika ada apa-apa barang yang hendak dihantar kedarat juga akan menggunakan bot-bot berkenaan.


Photobucketsampah-sampah dan peralatan yang tidak diperlukan akan dihantar kedarat dengan krew bot,jarak lokasi dan darat lebih kurang 6 jam pelayaran



Apabila `jacket’ sampai kelokasi barulah para pekerja sibuk dengan bahagian masing-masing terutama para engineer,rigger dan welder.Terutama sekali apabila `jacket’ mula diturunkan ke air dan dipasang dilokasinya.


Photobucket
Jacket sedang ditegakan


Selepas jacket ditegakkan tepat dilokasi yang dikehendaki besi cerucuk akan dimasukan dan ditanam beberapa meter kedasar laut.Kemudian diver akan diturunkan bagi membuka beberapa peralatan yang tidak diperlukan.


Photobucket
Diver sedang diturunkan ke air menggunakan kren





Photobucket
Selepas ditegakkan besi cerucuk akan ditanam



Bersambung akan datang.......bahagian kerja diver.....

7 comments:

Two thumbs up!!!

anonymous Two thumbs up kembali dgn ucapan terima kasih.

lengkap seperti novel... cayalah bro
dah rilex kt rumah ke? byk masa nampak.....

Aa.. I like this post very much.. Very informative and gave us the VERY insight task and real thing about being a commercial diver. Keep it up..

Ibnu dinar-dapatlah rehat kat rumah 5 hari lepas ni terus kelaut semula.Alhamdulillah rezeki dari Allah....

Stella-terima kasih..keep on layan K...

Salam En Spy, tq for the entry. Sgt berguna. Nak tanya coverage hp ada tak kat crew boat ke? Sorry kalau soalan sy ni agak pelik. Org rumah dah ambik bosiet ke apa nak kena hantar vessel sapura mana tah. Just wonder communication via phone possible ke?

Anonymous Anonymous said...

Salam En Spy, tq for the entry. Sgt berguna. Nak tanya coverage hp ada tak kat crew boat ke? Sorry kalau soalan sy ni agak pelik. Org rumah dah ambik bosiet ke apa nak kena hantar vessel sapura mana tah. Just wonder communication via phone possible ke?

Jawapan saya-

Coverage HP bergantung kepada dimana lapangan minyak atau kapal dimana kita bekerja.sesetngah lapangan minyak atau platform ade coverage phone yg sampai manakala sesetngahnya takde.

Tetapi ada sesetngah kapal yg besar2 ada sediakan public phone dan ia gunakan I talk kad untuk buat panggilan.

Tetapi kebanyakan kapal takde ape2 pun,Telefon takde,Internet pun takde.

Tapi kalau kapal Sapura biasanya ade Telefon & Internet public yg boleh digunakan tapi terhad dan terpaksa menunggu giliran sbb ramai yg beratur nak gunakannya.

Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan

Top Commentators

Get this widget here