Dunia Commercial Diver



Ogos 2008
Sapura 3000
Projek Jacket Installation

Aku mula bercuti selama 1 bulan bagi menghabiskan baki cuti yang ada sebelum meletakkan jawatan. Sebelum mula bercuti aku sudah siapkan notis perletakan jawatan ku yang akan berkuat kuasa mulai 1/9/08 dan aku juga telah sediakan wang tunai sejumlah sebulan gaji sebagai gantirugi kepada kepada kerajaan Malaysia.Jadi tarikh hari Kebangsaan Malaysia pada tahun ini mencatat sejarah peribadi bagiku kerana itulah hari terakhir aku sebagai anggota polis. Aku membuat keputusan nekad meninggalkan PDRM yang aku sayangi ini kerana bagi ku sudah tiba masanya aku beralih kebidang karier yang lebih menjamin masa depan ku dan keluarga.





PhotobucketTeman-teman seperjuangan


Sepanjang 19 tahun aku didalam PDRM berbagai suka dan duka sudah kulalui aku sudah tidak tahan dan kecewa dengan berbagai tohmahan yang dilemparkan kepada PDRM kerana ada segelintir `black sheep’ yang mencemarkan nama baik PDRM. Aku rasa aku dan rakan seperjuangan yang lain sudah bekerja dan berusaha bersungguh-sungguh dalam menjaga keselamatan negara tapi penat lelah kami seolah-olah tidak dihargai jadi lebih baik aku mengundur diri..Lagipun selain dari cita-cita hendak menjadi anggota polis suatu ketika dulu aku juga bercita-cita hendak menjadi penyelam professional.

Kira-kira lagi 2 minggu sebelum aku mula bercuti aku sudah mula menghubungi rakan-rakan `diver’ yang lain bertanyakan tentang perkembangan semasa didalam industri dan mereka memberi respon positif bila aku beritahu yang aku akan kembali menyertai mereka mulai bulan ogos nanti.Selain dari menghubungi rakan-rakan diver aku juga menghubungi kontraktor-kontraktor menyelam yang aku pernah bekerja dengan mereka sebelum ini mereka juga mengalu-alukan aku kembali kedalam industri. Ada 2 perkara yang aku paling ambil perhatian semasa menghubungi rakan-rakan diver iaitu peluang pekerjaan dan kadar gaji diver yang terbaru.Aku mendapat maklumat positif iaitu peluang pekerjaan untuk diver sangat banyak sekarang (sekitar 2007-2008) tetapi diver di Malaysia masih tidak cukup untuk menampung kekosongan yang ada jadi dengan itu secara tidak langsung kadar gaji untuk diver sekarang juga turut naik sekitar USD...... sehari.

Setelah 2 minggu berehat dirumah aku dihubungi oleh Cik Norshila (sekarang dah jadi Puan Norshila dah) dari syarikat Sapura Crest Petroleum ,beliau bertanya adakah aku bersedia untuk digerakan ke offshore beberapa hari lagi.Aku diminta datang ke pejabat Sapura Crest yang terletak di Au 2 Keramat untuk menandatangani kontrak.Kebiasaannya kontrak selama 60 hari, selepas itu kami dikehendaki naik kedarat tetapi terpulang kepada kami sama ada hendak bercuti lama ataupun terus naik semula selepas 2 hari di darat dan sambung tugas semula dengan kontrak yang baru untuk tempoh 60 hari lagi kerana sudah menjadi prosedur setiap orang mesti berada di offshore tidak lebih 60 hari tapi jika hendak kerja lama mesti naik kedarat dulu.

17 Sept.2008 dengan penerbangan pagi aku terbang ke Labuan,rupa-rupanya turut bersama dalam penerbangan ialah rakan sekelas ku semasa di Australia dulu iaitu Rashid Samiran.Sampai di Labuan kami dijemput oleh wakil syarikat yang sedia menanti dan dihantar kehotel.Sampai dihotel kami bertemu dengan 6 orang diver lagi dan 2 orang `dive technician’ dari Indonesia.Semua sekali ada 8 orang diver yang akan terlibat dengan projek ini.

Aku dapat tahu projek ini ialah memasang pelantar minyak yang baru ataupun dipanggil `jacket installation’.`Jacket’ ialah istilah yang digunakan terhadap kaki pelantar.Lokasi projek ini adalah satu lapangan minyak yang baru ditemui jauh ditengah laut kira-kira 6 jam pelayaran dari miri.Berita baik bagi diver jika terlibat dengan projek `jacket installation’ ialah diver Cuma banyak stand by, sangat kurang aktiviti diving ataupun kadang-kadang tiada langsung menyelam selama tempoh projek itu berjalan.Dalam diam-diam diver akan bersorak riang dalam hati.

Setelah 3 hari duduk dihotel hanya makan dan tidur sahaja pada hari keempat baru kami dapat arahan untuk bersiap kerana kami akan naik kekapal.Sebelum naik kapal semua orang yang terlibat dengan projek ini dikehendaki menjalani ujian D & A iaitu `drug & alcohol test’ Pihak `client’ iaitu Petronas Carigali sangat tegas dalam isu D & A ini jika ada sesiapa yang gagal dalam ujian D & A ini tidak akan dibenarkan naik kekapal dan akan dihantar pulang.Selepas ujian kami semua dihantar kekapal dengan menggunakan `crew boat’ kerana kapal yang kami akan naik itu sangat besar dan hanya berlabuh (anchorage) diluar Pelabuhan Labuan ini.Setelah sejam pelayaran dengan `crew boat’ kami pun sampai kekapal Sapura 3000.





Photobucket Inilah kapal Sapura 3000 yang bagiku bertaraf 5 bintang


bersambung.....

8 comments:

Bro...i want more,more....

U want More...??
Chipsmore ke he he he ...jgn marah ha....
Sabarla....Cek......
stori ni mesti ade elemen2 yg menyaspenkan.....barulah menraik....barulah ade unsur2 penantian disitu....he he he....
sabaq na....nnt sy bg bonusla....
kalau line internet elok lg 5 hari saya masukan entri baru ok...
sedap hati ?

ukk..............jgn smbng lg aku sdih...........da 3 ari aku nangis ni......xbrnti

diam diam diver bersorak dalam hati eeaa? hehehe

Baiklah...i'll be a good sister and tunggu your next entry...if possible, buatlah min 5000 patah perkataan :)

ukk - jgn nangis lagi ye...nnt bengkak mata pastu jd kasim selamat...Cek mau kaa jadi lagu tu...
Cek ckp nangis dah 3 hari pun abg Ali tau dah sape cek ni....

Stella- serononya mcm org nak dpt motor baru..oopps...

anonymous- halamak 5000 tu banyak tu...kita ni blogger cap ayam je..otak beku idea lmbt cairla...
mcm mana pun akan cuba diusahakan...

humak ai ... bleh antar dbp wat buku ni .. hehheh ... kasi sambung lg dn lg dn la ...

boss..buat buku memang boleh tapi laku belum tentu he he he
silap2 kawan sume minta free hmm jem lah penulis baru ni....

Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan

Top Commentators

Get this widget here