Dunia Commercial Diver



April 2008

Kursus menyelam bermula.Kelas Teori dan latihan peringkat `confined water’ diadakan selama seminggu di kolam renang Pulapol.jumlah peserta kursus 33 orang.1 minggu aku melatih 8 orang dengan dibantu seorang anggota under water medic juga sebagai pembantu jurulatih.Silibus latihan adalah melebihi dari yang ada didalam kursus asas menyelam mana-mana badan atau persatuan menyelam kerana aku mengabungkan atau menambahkan beberapa bahagian yang aku pernah belajar semasa dengan PADI,TLDM dan semasa berkursus di Australia.

Walaupun peserta-peserta kursus ini hanya akan menerima lesen `Open Water Diver’ tetapi pengisian didalam sabjek-sabjek yang aku ajarkan adalah melebihi dari yang sepatutnya ada dalam peringkat ini kerana aku mahu mereka mempunyai kualiti tersendiri.Selama 4 minggu masa diambil untuk melatih 33 peserta dalam teori dan praktikal `confined water’.

Selesai peringkat `confined water’ aku mula buat perancangan dan persiapan untuk latihan peringkat laut terbuka di Pulau Kapas.Pulau Kapas dipilih kerana disitu adalah `playground’ ku sejak tahun 1991 lagi dan aku ramai kawan disana dan ini akan memudahkan urusan-urusanku sepanjang kursus nanti.


PhotobucketCamp Site kami dengan pasir pantai yang putih bersih dan lembut


Apabila kursus bermula di Pulau Kapas keseronokan bermula dan cabaran mengajar itu sendiri adalah satu keseronokan bagiku.Sebenarnya tidak susah untuk mengajar anggota-anggota senior ini kerana mereka adalah dari kalangan yang `well trained’ jadi tidaklah susah sangat seperti mengajar orang awam.Walaupun mereka semua adalah rakan-rakan ku tapi kadang-kadang mulutku yang dah memang laser ni terlepas juga kata-kata yang tak sedap telinga mendengarnya tapi lepas tu menyesal la.


Photobucketmenuju ke dive site


Didalam kursus ini trdapat juga 4 orang anggota wanita sebagai penyeri kursus.Selama 4 minggu aku dan 5 lagi (Pembantu Jurulatih Che Naz ,Medic Don lai,Medic Wak Baha,hairi Bullet & Jeff iban.T.kasih geng u all sentiasa diingatan) berkampung di Pulau Kapas manakala peserta kursus bersilih ganti setiap minggu.Aku dapat lihat keseronokan tergambar diwajah setiap peserta kerana selain berkursus disini aku anggapkan yang aku sedang bawa mereka bercuti disini agar mereka dapat rehat seketika dari tugas-tugas diibu pejabat di B.aman yang bertindan-tindan.


Photobucket
sebahagian dari peserta kursus lelaki dan wanita

Disini latihan bermula dari subuh hari hingga dinihari.Namun bagiku setiap hari adalah menyeronokan,ada acara menyelam,snorkling,jungle trekking dan bola tampar pantai.Ujian teori juga dalam suasana santai dan ceria.Aku benar gembira kerana dapat berkongsi ilmu yang ada dengan rakan-rakanku.Sepanjang kursus ini juga semua peserta menunjukan kesungguhan dan memberikan kerjasama yang sangat baik dan kerja berpasukan yang sangat tinggi.Sepanjang latihan dilaut terbuka ini juga Syukur kepada Allah SWT kerana tiada sebarang perkara tidak diingini berlaku.Segala urusan kami juga dipermudahkan oleh`Nya’.


Setelah bekerja keras dari peringkat perancangan hingga perlaksanaan maka pada mei 2008 tamatlah Kursus Asas Menyelam Unit khas (bukan nama sebenar), kami semua pun berkemas untuk pulang ke Kuala Lumpur.Yang seronoknya rakan-rakan berbagai bangsa termasuk Mat Saleh, pengusaha pelancongan dan pengusaha Chalet di sini turut membantu kami berkemas dan memunggah peralatan-peralatan kami kedalam Kapal Polis Marin untuk dibawa ke Tanah besar.Terima Kasih Banyak aku ucapkan buat rakan-rakan di Pulau Kapas terutama En Zainal Azam Aqua Sport Dan Cik Salina kerana terlalu banyak membantu.Seronok dan Gembira kerana misi hampir berjaya.....

Bersambung akan datang....Hari-hari terakhir di B.Aman....

4 comments:

Nice post.. looking for more

t.kasih...nantikan sambungannya ye...lg 10 hr dr skrg jika tiada halangan....

salam geng,
tahniah akhirnya cabaran saya bersambut jua ... nice story ang mus tambah nice picture key ... saya amat berbangga anak kampung yang x pandai ... pernah jadi yang terbaik ... pernah dive yang terdalam ... kini melembutkan tangan dalam arena tulisan media ... keep it up geng ... - cougar 'it/ba'

Halo boss....
lama tak jumpa ek...
Terima kasih banyakla bg komen at least i know that kawan2 lama masih ingat pd hamba yg tak seberapa ni...
t.kasihla.. krn sudi layan blog cap ayam hamba ni ye...budak baru belajar....boss...kalau salah tolong tunjukan ye.....
sekadar berkongsi kisah lama....
semoga tak jemu membacanya ye....

Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan

Top Commentators

Get this widget here