Dunia Commercial Diver





Pelayaran dari Kemaman menuju ke Bintulu mengambil masa 6 hari kerana barge yang kami naik ni bukan belayar sendiri  tapi ditunda oleh bot penunda dan kelajuannya hanya 4knot sahaja macam mana tak lambat.Sepanjang pelayaran tu setiap hari waktu berbuka akan berubah-ubah iaitu berbeza 7 minit lebih awal dari hari sebelumnya kerana semakin menghampiri Malaysia Timur maka semakin cepat terbenamnya matahari.Setiap hari kami akan memerhatikan matahari terbenam bagi memastikan gelincirnya matahari dan sudah masuk waktu berbuka dikawasan yang kami sedang lalui itu.
Sahabatku saudara Kadok sedang memerhatikan gelincirnya matahari bagi memastikan telah masuknya waktu berbuka puasa bagi kawasan yang sedang kami lalui waktu itu.

Selepas 6 hari belayar lalu pada 6hb Ogos kami pun sampai diperairan Bintulu.Sampai dibintulu kerja-kerja memasang kaki pelantar  (biasanya dipanggil jacket)  yang baru pun bermula.Kerja-kerja memasang kaki Pelantar yang baru ini dijadualkan dapat disiapkan sebelum hari raya Aidilfitri ini.Jika siap mengikut jadual maka welder-welder atau lain-lain krew yang terlibat dengan projek ini akan dapat pulang sebelum Hari Raya.Kerana apabila krew bagi projek pasang pelantar pulang maka krew untuk pasang saluran paip baru pulak akan naik.Tapi bagi department diving masih tetap krew yang sama selagi masih belum cukup 60 hari atas kapal.

Bagi projek pasang jacket ini department diving tidak banyak terlibat,kami hanya standby sahaja kalau-kalau berlaku sesuatu keadaan diluar jangka yang memerlukan kerja-kerja menyelam barulah kami akan menyelam.Walaupun standby sahaja tapi kami tetap sibuk dengan kerja-kerja menyelenggara peralatan-perlatan menyelam yang banyak diatas kapal ni kerana bagi projek diBintulu ini kami sudah bertukar ke Client yang baru iaitu Murphy Oil sebelum ini diTerengganu client kami ialah Petrofac.

Apabila nak buat sesuatu projek yang baru maka peralatan menyelam mesti dalam keadaan baik dan diselenggara mengikut jadual.Bagi memastikan segala dokumentasi dan peralatan dalam `up to date’ pihak ketiga (third Party) yang bertindak sebagai auditor akan datang untuk buat audit.Maka supritendant akan kelam kabut bagi memastikan semuanya dalam keadaan yang up to date.Dalam kes kami kali ini auditor jumpa banyak kesalahan atau dokumen serta peralatan yang tak `up to date’ jadi kami para diver juga turut kelam kabut dan bersusah payah membantu diving technician menyelenggara peralatan-peralatan menyelam dan melengkapkan dokumen-dokumen seperti yang dikehendaki oleh client mengikut standard garis panduan yang dikeluarkan oleh badan antarabangsa.Sebelum tibanya tarikh aku balik banyak juga perkara yang Berjaya kami `update’ kan.

Kemudian pada 14 Ogos aku pun belayar keluar dari QP2000 kerana jumlah hari aku berada atas kapal ini dah mencapai 65 hari.Client dah bising,Client tak mau ada krew yang berada atas kapal ni lebih dari 60 hari.Walaupun Spritendant diving berat nak lepaskan aku balik sebab kuota diver atas kapal ni tak cukup .Sepatutnya untuk projek pasang jacket dan saluran paip perlu ada 4 orang diver untuk setiap shif tapi sekarang Cuma ada 3 orang sahaja setiap shif.Ofis diKL pula masih tak dapat cari diver untuk dihantar kekapal ni bagi menggantikan diver yang balik sebelum ini dan juga bagi menggantikan aku yang dah cukup hari.

Aku berkeras nak balik juga pada 14 Ogos tu kerana aku dah terlebih hari berada atas kapal ni lagipun kalau lambat keluar dari sini aku khuatir tiket flight untuk balik KL akan habis.Lalu pada 14 Ogos itu aku dan ramai lagi krew termasuk para welder yang terlibat dengan projek pasang jacket pun belayar keBintulu dengan `crew boat’.Pelayaran hanya mengambil masa 2 jam sahaja dan ianya sangat melegakan aku kerana tak suka dengan pelayaran yang terlalu lama seperti masa mula-mula datang nak menuju ke  Chendor Field sebelum ni.Sampai di Bintulu dapat berita yang pasport kami masih sangkut di imigresen dan tiket pula belum dapat sebab dari bintulu ke KL dah Fully Book.Halamak...tapi entah kenapa aku tak panic mana pun walaupun harapan untuk dapat balik sebelum raya macam samar-samar je.

Buat sementara aku dihantar menginap diHotel Riverfront di Pekan lama Bintulu sehingga semuanya diuruskan oleh agen.Selama 3 hari juga aku terkandas dihotel ni.Masa yang ada aku penuhi dengan menulis dan malam hari meneruskan amalan sama seperti ketika diatas kapal tempohari.Entah kenapa aku sedikitpun tak berasa gusar atau bimbang andai terpaksa beraya sorang-sorang kat bilik hotel ni.Aku pun tak tau kenapa jadi macam takde perasaan tapi aku rasa aku menjadi pasrah atau redha dan terima apa sahaja yang telah Allah SWT aturkan untukku.Aku rasa ini kesan dari amalan dan ikhlas hati yang aku amalkan sepanjang 2 bulan dilaut ni.Aku tak rasa sedih,tak risau,tak rindu dan tak bersungguh pun nak beraya yang aku sedihkan ialah Ramadhan yang penuh berkat ini akan meninggalkan aku lagi dalam persoalan adakah amalan ku tahun ini diberkati dan diterima olehNYA.


Bazar Ramadhan di Pekan Bintulu lama,adalah dalam 6 gerai je yang meniaga...kesian dia..
Semasa aku berjalan-jalan ambil angin ditepi sungai dihadapan hotel Riverfront tu aku terjumpa dengan Hamba Allah berseluar kuning tu. Beliau khusyuk membaca Al Quran tanpa hiraukan keadaan disekelilingnya walaupun sambil berdiri dihadapan dihadapan bot tambang itu.Aku kagum dengannya.


Petang Jumaat 17 Ogos itu agen datang jemput aku diHotel bersama dengan passport ku dan tiket flight untuk aku balik KL Alhamdulillah....lega rasanya Nampaknya masih ada cahaya dihujung jalan.Sebelum meninggalkan hotel sempat juga aku bertemu dengan beberapa orang lagi krew yang sama-sama naik kedarat dengan aku dari kapal yang sama dan mereka masih terkandas diBintulu kerana tiada tiket dan passport mereka masih sangkut lagi di pejabat imigresen.Selain dari mereka sebahagian besar lagi krew sudah sampai ke Bintulu dari seluruh Negara tapi masih terkandas kerana masih belum dapat kebenaran untuk naik kekapal lagi kerana terdapat masaalah berkaitan dengan dokumentasi.Bila mengenangkan yang Hari Raya Aidilfitri akan menjelma lagi  2 hari lalu aku jadi simpati pada rakan-rakan krew yang lain yang terkandas itu.


Sahabat-sahabat senyum je layan lagu raya dalam van dalam perjalanan menuju ke Airport Bintulu.
Dari hotel menuju keairport driver tu pasang pulak lagu`Balik Kampung’ Nyanyian sudirman perghhh....seronok giler kawan-kawan aku yang lain.Aku cool je lah macam biasa tak mau terlalu seronok kerana mengenangkan orang lain yang tidak dapat pulang beraya atau terkandas dimana-mana.

Aku sampai diK.L dan terus pulang kerumah bonda di Paya Jaras kerana semua ahli keluarga sedang berkumpul untuk berbuka puasa bersama-sama ahli keluarga yang lain.Hanya isteriku seorang sahaja yang tahu aku akan pulang hari ini.Aku memang selalu buat kejutan begitu,maklumlah bekas Unit Khas..memang selalu buat kejutan .Aku sampai dirumah bondaku waktu ahli keluarga semua baru sahaja selesai solat Terawih bersama-sama.Mereka semua terkejut dengan kepulanganku yang secara tiba-tiba kerana disangka kan yang aku tidak dapat pulang untuk beraya,riuh rendah dan meriah sungguh waktu itu semua orang menyambut kepulanganku malam itu.Kepulangan yang paling indah sekali bagiku sepanjang bergelar perantau.Aku rasa sungguh bahagia. 

Syukur aku keHadrat Allah SWT kerana sepanjang trip kali ini rezeki ku agak murah dan beberapa urusan ku dipermudahkan.Tapi yang paling penting dan best sekali bagi aku ialah aku dapat rasakan satu `feel’ yang lain yang sangat indah dan sangat manis hadir dalam jiwa dan hatiku dan aku tau dari mana datangnya....: ).Terima Kasih ALLAH atas segala nikmatmu.

Nota kaki-Sepanjang 2 bulan diatas kapal ni sekali pun aku tak menyelam sebab tu lah 3 bahagian entri aku tak citer pasal menyelam pun,sori ye pembaca sekelian
        

Kenangan raya. Tahun 2006 aku beraya didalam lautan di Australia
Tahun 2007 aku beraya di Bukit Aman (Kerja la Beb)
Tahun 2008 aku beraya diatas Kapal Sapura 3000,
Tahun 2009 aku lupa beraya dimana.
Tahun 2010 aku beraya diatas kapal QP2000,(naik kekapal lg 4 hari nak raya)
Tahun 2011 aku balik darat lagi 5 hari sebelum raya dari Job diSabah.
Tahun 2012  aku pulang kerumah lagi 2 hari sebelum Hari Raya. (balik dari Bintulu)








5 comments:

Tgh2 baca boleh lak fikir Bintulu mi kt mano.. Elok2 kt Sarawak, terus jadi Terengganu... Habis Geografi.

Nasib baik bkn tgh exam...
Kalau tak dah lama kira fail dah ni..

eaa itu tal salah sufian safety kn ???

Salam bro..
Saya rasa mcm pernah jumpa awk di atas barge

Nabil-

Ye betul tu sufian safety.
Pernah jumpa? mgkn ye mgkn tidak Wallahualam..

Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan

Top Commentators

Get this widget here