Dunia Commercial Diver



Akibat kesibukan melampau dan beberapa masaalah teknikal yang tidak dapat dielakan menyebabkan aku tidak dapat mengupdate Blog melayu menyelam untuk hidup ini selama beberapa minggu,Sejuta kemaafan dipohonkan kepada follower2 yang setia menanti dan sesekali mengskodeng ke blog aku untuk meninjau sama ada aku dah update atau belum.
Demi mengisi kekosongan ruang yang ada aku cuba untuk menulis juga....

Kali ini aku tak nak cerita kisah menyelam...setiap entri dah citer pasal menyelam,kali ini aku nak citer pasal aktiviti-aktiviti yang kulakukan dimasa lapang jika aku tidak berada dilaut...

Pertama sekali aku pasti akan meluangkan lebih banyak masa dengan keluarga ku kerana keluarga adalah sumber inspirasi.

PhotobucketGambar hiasan....


Oleh kerana aku ni jenis manusia yang tak reti duk diam jadi aku sentiasa merancang dan buat aktiviti `yang mengembirakan bagi aku',kalau orang lain tu aku tak pasti pulak mereka gembira ke tidak buat aktiviti-aktiviti yang aku buat sebab tu aku guna ayat "yang mengembirakan bagi aku".

PhotobucketSewaktu acara Abseiling turun dari Menara Kuala Lumpur sempena Larian Menara KL awal 2009


PhotobucketSewaktu acara Abseiling turun dari Menara Kuala Lumpur sempena Larian Menara KL awal 2009 perjalanan turun ini mengambil masa lebih kurang 10 ke 15 minit,banyak syookk ooo


Setiap minggu aktiviti ku berubah-ubah.Pada hari ahad aku akan buat aktiviti rock climbing bersama rakan-rakan atau kadang-kadang disertai ahli keluargaku.

Photobucket
Diatas tebing batu diKg.Wira Damai Gombak.

rock climbSedang berehat dipertengahan batu sebelum sampai keatas


Photobucket"Layan Tali....."


PhotobucketMelatih anak yang masih kecil dengan aktiviti lasak bapanya supaya bila besar tak suka membuang masa dengan melepak sahaja


Pada hari sabtu atau ahad diminggu yang lain aku akan masuk hutan dengan Motor Scrambler ku
PhotobucketBerehat sekejap dalam hutan di Kajang semasa aktiviti motorsikal lasakk


PhotobucketMy Favourite


Acara kayuh lasak adalah acara tradisi

PhotobucketBerkayuh basikal aktiviti rutin setiap hari sama ada pagi atau petang


PhotobucketIni tolak basikal bukan kayuh basikal," Tak tau istilah kayuh ke Bro?"



Sesekali main paintball (rec.ball) didalam hutan.
PhotobucketPaintball Team,Gambar hiasan


Photobucket Dengan perang paintball cukup untuk mencetuskan Adrenalin dan teringat masa zaman muda-muda dulu berperang betul-betul punya.


Sesekali aku ikut aktiviti 4x4 dan berkhemah dalam hutan juga bersama rakan-rakan yang punya hobi dan minat yang sama...

4x4Kereta Power


khemah dlm hutanRilek....tapi yang duduk tu bukan aku dan pakaian yang tersidai tu pun bukan gua punya ye...nak tunjukkan khemah tu je...


Tapi macam mana pun sesekali aku akan terlibat juga dengan aktiviti diving riadah atau diving amal bersama rakan-rakan dari NGO yang terlibat dalam dalam kerja-kerja pemuliharaan alam seperti `CORAL MALAYSIA' yang menumpukan kepada aktiviti pemuliharaan batu karang dan hidupan laut di Malaysia.

Photobucket
suka sangatlah tu duk dalam air...

Photobucket
Buat apa pulak tu....tak habis-habis dengan aktiviti menyelam...

Itulah sebahagian dari aktiviti-aktiviti dan urusan-urusan dunia yang aku nikmati.Manakala urusan-urusan akhirat tak perlulahlah aku ceritakan kerana itu biarlah menjadi rahsiaku kerana itu urusan aku dengan ALLAH SWT.

Pendek kata aku benar-benar menikmati hidup ini dan gembira dengan kehidupan ku.

PhotobucketBuatlah apa sahaja perkara baik yang anda suka dalm hidup ini dan nikmati kehidupan yang baik dalam dalam hayat ini kerana hidup ini amat singkat .


PEACE BRADER PEACE.......

Harap Maaf buat pertama kalinya blog ini tidak dapat diupdate buat sementara waktu atas sebab-sebab teknikal yg tidak dapat dielakkan,kesulitan dan penantian amat dikesali....

Photobucket

Sepanjang tahun 2009 aku hanya bekerja untuk Sapura Crest Petroleum sahaja dan hanya di Enterprise 3 sahaja.Trip pertama aku naik pada bulan April dan terus kerja selama 3 bulan sehingga bulan julai.kemudian aku bercuti sebulan dan naik semula pada bulan September.

kerja2 menyelenggara peralatan selamkerja-kerja menyelenggara alat selam sedang dilakukan sambil kapal belayar menuju kelokasi yang baru


Dalam trip yang kedua ni job sudah masuk bab teruk kerana tugas semakin sukar,tiada lagi kerja senang sepertimana semasa job pipe lay tempohari,kerana biasanya selepas `pipelay’ tugas seterusnya adalah `underwater construction task’ ia adalah kesinambungan dari `pipelay’ itu. Ditambah pula dengan kehadiran bulan Ramadhan.Dalam keadaan berpuasa buat pula kerja-kerja construction di deck dan dalam air fuuhh....mencabar minda ooo memang benar-benar menguji kesabaran dan keimanan sesiapa sahaja.

Dalam trip kedua ni aku terlibat dengan projek pasang `riser clamp’ dan memasang `riser guard’ pada platform.Selain dari terlibat sebagai pasukan sokongan untuk team Sat.Diver (sat support) aku juga kena buat tugas menyelam jika tugas yang akan dijalankan melibatkan kedalaman yang didalam lingkungan kelayakan `air diver’ iaitu tak melebihi 50 meter.

riser guardInilah riser guard (yang ade merah putih) yang kami pasang.Setengah mati juga nak menyiapkannya.oleh kerana kedalamannya hanya beberapa meter sahaja jadi setiap orang akan diving 3 hingga 4 jam,dah dekat nak sama dengan sat diver dah.


launching the bellSedang menurunkan bell ke air dimana Sat.Diver berada didalamnya untuk melakukan kerja-kerja `construction' dibawah air.


Ada masanya kadang-kadang aku hanya solat menghormati waktu didalam air sahaja dan apabila naik ke permukaan aku akan buat solat sempurna.Kerana kadang-kadang satu dive akan memakan masa 3-4 jam jika kena depth tak dalam.Ada masa-masanya juga tak sempat bersahur kerana bila habis dive hari pun sudah cerah.Jadi semasa sebelum selesai waktu subuh itu semasa berada dibawah air aku akan berhenti sebentar untuk buat solat menghormati waktu dulu dan apabila selesai diving kemudiannya barulah aku kerjakan semula solat subuh tadi dengan sempurna.Bagi aku dalam apa keadaan sekalipun solat tetap dikerjakan tidak boleh ditinggalkan.Tidak ada urusan dunia yang lebih penting daripada urusan menyembah Allah SWT. Siang hari pula berpuasa dan bekerja berat didalam cuaca yang sangat panas. Dalam bulan Ramadhan ini oleh kerana terlalu penat yang amat sangat ada beberapa kali selepas habis shif dan solat Zohor yang diJamakkan dengan Asar aku terus tertidur dan hanya tersedar pukul 10.00 malam jadi aku berbuka puasa juga pukul 10 malam.Bayangkan betapa penatnya.Bangun dari tidur pun masih lesu lagi,lepas makan terus masuk kerja lagi sambung lagi kerja berat.begitulah setiap hari selama 60 hari.

before diveSebelum dive,aku dibantu oleh diver Jeffri yang pernah bersama-sama aku bertugas di Bukit Aman dulu.Masa di Bukit Aman dulu kami juga didalam Team Selam Tempur,sekarang juga satu team selam kommersial.


Bila badan dah penat dan tersangat letih otak dan perasaan akan jadi sensitif.Beberapa kali juga aku berselisih pendapat dan melawan supervisor dan supritendant mat saleh.Lebih-lebih lagi bila mereka mempersendakan amalan berpuasa oleh umat islam seluruh dunia.Bila ada orang asing yang mempersendakan agama ku maka aku akan lawan walaupun aku tak pandai sangat Bahasa Inggeris tapi biasanya bila dalam keadaan marah, secara automatik akan jadi pandai dan lancar je bila berhujah.Allah bantu tu.Lama-kelamaan mereka tidak sentuh lagi bab agama dan lebih bertimbang rasa bila tiba bab solat,sahur dan puasa.
Akhirnya lagi 5 hari sebelum ketibaan Aidilfitri 2009 aku keluar dari Enterprise 3 untuk pulang berhari raya bersama keluarga.Lega rasanya.

balik cuti rayaPulang untuk bercuti hari raya dari Enterprise3,naik kapal terbang kecil di airport Bintulu


Sebenarnya banyak yang aku nak ceritakan tentang pengalaman-pengalaman semasa di Enterprise 3 tapi idea keringlah,tak tau nak olah citer macam mana.Ada masa-masanya otak jadi jem pulak.Jadi setakat ini dululah yang dapat aku ceritakan tentang pengalaman di Enterprise3.

sambil kerja sempat lg menjemur sotong keringSambil bekerja sempat lagi mereka menjemur sotong kering


sunsetsunset di offshore

Sambungan dari entri `kesan krisis ekonomi dunia'


pipe lay bargeGambaran kasar rupa bentuk barge yang digunakan untuk job pipe lay



Semasa proses ini berjalan selang beberapa jam diver akan turun menyelam untuk memeriksa adakah `stinger’ berada ditahap kedalaman tertentu yang telah ditetapkan agar paip yang diturunkan kedasar berada dalam tahap kelenturan yang stabil kerana jika tahap lentur paip lari dari kiraan asal mengikut yang telah dikira oleh Engineer dikhuatiri boleh merosakan saluran paip tersebut.Biasanya dalam satu shif hanya 2 kali sahaja diver akan turun menyelam dan setiap selaman mengambil masa hanya 15 minit sahaja,selaman ini dipanggil `stinger check’.Sebelum diver turun menyelam remote operated vehicle (ROV) akan dihantar turun dulu untuk membuat selaman dan direkodkan data-data yang diambil melalui kameranya.


Photobucket
Bergambar kenangan dengan ROV yang ada diatas barge Enterprise 3



PhotobucketAntara tugasan diver semasa stinger check.




Aku sangat suka job `pipe lay’ dan stinger check ini kerana banyak rehat.Diantara jangka waktu antara 2 selaman itu kami diver akan buat urusan sendiri sama ada melayari internet,menonton video atau apa-apa sahaja yang sewaktu dengannya.kadang-kadang kami akan buat kerja-kerja menyelenggara peralatan menyelam sama ada yang kecil atau yang besar.Satu lagi kegemaranku di E3 ini bila setiap kali habis shif jam 2300hrs ialah aku akan mandi cepat-cepat kemudian segera bergegas ke bilik menonton dan akan lepaskan penat dengan berkaraoke sebelum orang lain datang untuk menonton video. Dapatlah aku `mensumbangkan’ 5 buah lagu pop yeh yeh setiap malam untuk menghiburkan diriku sendiri....jika ada orang lain terhibur itu kira bonus la untuk diriku.selepas itu aku akan berinternet dan buat video call kerumah menggunakan `skype’ dan ianya free je walaupun sembang berjam-jam.Skype adalah keperluan bagi pekerja-pekerja offshore kerana dengan skype kami boleh berhubung dengan pengguna skype yang lain dengan lebih mudah lagi,dan sesama pengguna skype ini boleh berhubung dengan video call selama mana yang disukai dan tidak perlu bayaran seperti mana menggunakan Yahoo messenger tetapi menggunakan skype adalah lebih mudah.

DiEnterprise 3 ini selalu juga ada Engineer wanita dari Petronas Carigali,mereka ini kebanyakan muda-muda dan biasanya masih dalam proses belajar lagi tentang offshore tapi ada juga yang memang dihantar dari ibu pejabat Petronas di KLCC untuk memantau perkembangan sesuatu projek.


PhotobucketEngineer wanita dari Petronas sempat berposing dengan diving helmet semasa buat lawatan disekitar barge E3 dan singgah di dive station.



Apabila cukup 60 hari aku akan keluar dari barge dan naik kedarat kemudian bermalam di hotel dengan dibayar sepenuhnya oleh syarikat dan gaji masih berjalan.satu atau 2 malam didarat kemudian masuk semula kebarge.Proses ini dipanggil `u turn’,ini peraturan biasa.kepada sesiapa yang hendak tinggal atau bekerja lebih dari 60 hari.sesudah melalui proses `u turn’ ini maka aku boleh bekerja lagi untuk tempoh 60 hari lagi.Aku sebenanrnya tak suka sangat proses `u turn’ ini kerana leceh nak turun naik kapal.Tapi sesetengah orang suka kerana dapat naik darat untuk melihat dunia luar selain dari laut dan untuk menyegarkan badan.Aku lebih suka berada terus diatas kapal dan turun darat untuk pulang kerumah sahaja.

Jika kerja yang dibuat tak berapa teruk,team diver yang menyeronokan,supervisor atau supritendant yang menyenangkan maka aku boleh kerja terus dilaut berterusan selama 4 bulan,lebih lama dilaut lebih menyenangkan lagi,jiwa pun lebih tenang,iman pun lebih mantap kerana bila dilaut ni tahap muhasabah diri tu lebih tinggi berbanding didarat yang banyak elemen-elemen yang melalaikan.......

Seperkara lagi yang buat kami seronok jika lebih lama berada dilaut ialah lebih banyak hari kami berada dilaut maka bertambah banyaklah yang kami dapat,seperti yang selalu disebut oleh diver dalam bahasa inggeris iaitu `Another day another dollar ‘.

31 Ogos 2010
Genap 2 tahun aku bersara dari kerajaan setelah berkhidmat selama 18 tahun dengan 14 tahun darinya berkhidmat di Bukit Aman.Setiap kali tibanya hari ulang tahun kemerdekaan Negara ini yang pastinya aku pasti akan ingat kerana itulah tarikh terakhir aku berkhidmat dibawah panji-panji Sang Saka Biru sebagai seorang pejuang kemanan.

`Sekali bergelar pejuang selamanya jiwa ini tetap berjiwa pejuang.Aku hanya berhenti menjadi pejuang tetapi aku tidak pernah meninggalkan perjuangan itu’ .
Semangat patriotik dalam jiwa ini masih tebal.kerana memahami betapa sukarnya mengisi kemerdekaan dan mengekalkan keamanan.Mana mungkin dalam 2 tahun boleh melupakan begitu sahaja semua kenangan-kenangan dan pengalaman sepanjang berkhidmat sebagai pejuang.

Photobucket


Beberapa kali terlibat secara langsung dalam peristiwa-peristiwa besar dan bersejarah dalam Negara dan kerap kali terlibat dengan suasana genting , kritikal dan mencemaskan menyebabkan aku lebih menghargai kedamaian dan keamanan dalam Negara ku.

Telah sering kali melihat kesusahan orang lain dinegara asing lebih menginsafkan aku dan mensyukuri nikmat kemakmuran dan limpahan kemewahan yang dikecapi dibumi Negaraku.

Aku pernah berada `DiSitu’ ketika Negara ini hampir-hampir dijajah dalam bentuk baru.

Aku Pernah berada `Disitu’ ketika `kekalutan’ itu bermula dan masih belum tamat hingga hari ini walau sudah sedekad berlalu.

Aku juga pernah berada `disitu’ dimana `fitnah-fitnah’ itu bermula dan berterusan hingga ke hari ini.

Jauh disudut hati ini berterima kasih dan sangat memahami serta terharu dengan perjuangan orang-orang terdahulu hingga membolehkan negaraku ini MERDEKA.

Jauh disudut hati ini sangat menghargai kemerdekaan itu.

Jauh disudut hati ini sangat menghargai kebebasan beragama disini.

Jauh disudut hati ini sangat menghargai keamanan,kedamaian dan kemakmuran yang dikecapi.

bukit kepongWira-wira Bukit Kepong


Jauh disudut hati ku ini sangat BENCI kepada warga Negara ini yang tidak menghargai semua yang ku hargai itu kerana itu menunjukkan mereka tidak menghargai dan berterima kasih atas pengorbanan yang dilakukan oleh para pejuang kemerdekaan terdahulu hingga sekarang.
Jauh disudut hati ini merasa sedih dengan kesombongan,keangkuhan dan kehancuran generasi muda pasca merdeka ini.

Jauh disudut hatiku sering berkata..kalaulah mereka tau susahnya mengekalkan kemerdekaan dan keamanan ini tentu mereka akan lebih menghargai semua yang dikecapi.

Jauh disudut hatiku sering berkata kalaulah mereka tau seksanya hidup tanpa damai dan tiada merdeka itu..mungkin mereka akan lebih menghargai semua yang dikecapi.



Hanya Doa yang mampu kupanjatkan semoga ALLAH S.W.T terus memelihara bumi Malaysia ku ini.


selam merdeka
Aku kini terus berjuang tapi dengan cara ku sendiri...

Bangga dan menghargai apa yang kukecapi kini kerana aku pernah berada secara langsung didalam sejarah moden Malaysia pasca merdeka

SELAMAT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN YANG KE 53 MALAYSIA KU...

2009.
Ekonomi dunia bergolak,harga minyak naik melambung dan kadang-kadang turun.kos pengeluaran lebih tinggi dari keuntungan jualan.Banyak syarikat-syarikat besar menghentikan sementara operasi pengeluaran terutama syarikat-syarikat dan kontraktor-kontraktor yang beroperasi diLaut Utara (North Sea) yang mana kos operasinya sememangnya sudah tinggi.Ramai golongan pekerja seluruh dunia terjejas,begitu juga didalam industri minyak dan gas turut terkena tempiasnya.

Kemelesetan ekonomi dunia sebelum-sebelum ini langsung tidak memberi kesan terhadap industri minyak dan gas tetapi krisis ekonomi dunia pada 2008/2009 berbeza sama sekali.Operasi dan pengeluaran menjadi perlahan,banyak syarikat-syarikat mencatat kerugian dan ditutup.

Syarikat-syarikat kontraktor menyelam juga kurang mendapat kontrak.Sekaligus menyebabkan diver juga tiada kerja.Diver-diver `mat saleh’ dari luar Negara mula berpusu-pusu masuk dan mencari kerja dikawasan Asia kerana industri menyelam di sebelah Asia masih berjalan walaupun perlahan sedikit.Kebanjiran diver-diver dari luar ini turut menyumbang kepada meningkatnya pengangguran dikalangan diver tempatan terutamanya bagi diver-diver baru.Aku juga turut terjejas sedikit.Ada diver yang mula buat kerja-kerja lain selain dari diving.Ada yang berniaga makanan,meniaga di pasar malam,jadi pemandu teksi dan apa sahaja pekerjaan halal asalkan anak-anak dirumah dapat makan.Nasib baik kami para-para diver ini adalah dari golongan bawahan atau buruh kasar yang sudah biasa hidup susah jadi tidak menjadi masaalah untuk melakukan pekerjaan yang setara dengan kedudukan `susah’ kami.

Manakala sepanjang 5 bulan tidak bekerja aku ada juga buat kerja-kerja part time yang sesuai dengan kemahiranku didalam bidang keselamatan atau sebagai pengiring rapat menjaga keselamatan orang tertentu.kadang-kadang aku juga beri khidmat nasihat dalam bidang keselamatan atau dalam bidang teknikal melibatkan bidang selam atau chamber dan juga keselamatan menyelam apabila diminta oleh rakan atau kenalan.Tapi yang kelakarnya walaupun aku dipanggil untuk beri nasihat teknikal atau apa-apa kerja yang berkaitan dengan kemahiranku tapi aku tidak pernah minta bayaran kerana kepala otak aku ni bukannya `bussines minded' tetapi lebih kepada `helping friend minded'.walaupun aku tidak meminta sebarang bayaran dan menolak untuk dibayar tetapi rezeki tetap ada dan dari sumber yang tak disangka,syukur kepada Allah yang memberi rezeki.Bagi aku lebih baik tiada wang tapi ramai kawan daripada banyak wang tapi tiada kawan....

Aku mula keluar job pertama pada tahun 2009 ini pada bulan April iaitu selepas cuti monsoon,sedangkan semasa zaman ekonomi baik dulu aku masih ada job walaupun dalam musim monsoon.Ini terbukti ketika tahun 2006 dulu ketika aku mula-mula dapat job dulu waktu itu hampir tarikh hari krismas dan dalam musim monsoon.

April 2009 ini aku mula naik `Barge’ Enterprise 3.Aku naik job ini kerana Supritendant yang bersama dengan aku semasa di barge Sapura 3000 dulu mahu aku berada didalam pasukannya disini. Alhamdulillah kerana aku masih dapat job dikala diver lain ramai lagi yang tiada kerja.



enterprise 3
Inilah barge Enterprise 3


Di Enterprise 3 (E3) jadual ku ialah 2 bulan kerja dan 1 bulan cuti.Disini kerjanya lebih kepada `construction job’ yang mana bila sebut construction job itu sudah semestinya kerja-kerja yang dilakukan didalam air itu memang kerja berat,memasang struktur besar dan berat,menggunakan tools yang berat-berat dan melakukannya didalam air seorang diri dengan bantuan dan sokongan dari pasukan sokongan yang berada atas platform atau atas barge.Barge adalah tongkang yang mempunyai kemudahan sama seperti kapal Cuma bezanya kapal ada enjin tapi barge tiada enjin untuk belayar.Barge akan ditunda oleh bot penunda untuk bergerak dari satu lokasi kelokasi yang lain.


April hingga Jun aku berada di E3 berterusan selama 3 bulan.Diperingkat awal kami buat projek `pipe lay’ yang mana saluran paip minyak atau paip gas yang baru akan diturunkan kedasar laut dari atas barge.Saluran paip ini akan menyalurkan bekalan gas atau minyak dari pelantar yg terletak ditengah laut hingga ke tanah besar yang mana jaraknya biasanya beberapa ratus kilometer.



welder
Welder sedang melakukan kerja-kerja memateri dan menyambung dua saluran paip


welder E3
Welder sedang melakukan kerja-kerja memateri dan menyambung dua saluran paip

Mula-mula para `welder’ akan memateri dan menyambungkan bahagian paip tersebut selepas itu bahagian yang diwelding tadi akan akan diperiksa dengan ujian kualiti yang ketat termasuk ujian x ray.jika lulus ia kemudian diturunkan melalui belakang barge yang dipanggil `stinger’.Dalam masa yang sama barge ini akan bergerak kehadapan perlahan-lahan.Proses ini berjalan berterusan 24 jam sehari siang dan malam berganti shif dan 7 hari seminggu.


stinger..Saluran paip keluar perlahan-lahan dari bahagian belakang Barge dan melalui stinger sebelum turun kedasar laut.


Dalam satu hari biasanya sebanyak 80 ke 100 batang paip disambungkan dan diturunkan kedasar laut.tetapi jika projek seperti ini melibatkan paip yang lebih kecil maka lebih banyak bahagian yang boleh disambung setiap hari,kerana lebih besar paip yang hendak dikerjakan maka lebih tinggi tahap kesukarannya.


Bersambung.....
(untuk makluman bog diupdate semasa dalam pelayaran pulang selama 7 jam dengan `crew boat' Hatta Empat dari lokasi oil field Tangga Barat ke Kemaman Supply Base).

Selepas balik dari berkursus Diving Medical Technician (DMT) tempohari aku sedaya upaya cuba selalu mempraktikan ilmu yang dipelajari dengan selalu mengulang kaji pelajaran secara sendiri dan mempraktikannya apabila ada ahli keluarga yang memerlukan.

2 bulan selepas balik aku mula naik job ke offshore semula dan sejak itu aku sering tidak pernah miss dari dilantik sebagai DMT on site.jika di Offshore setiap team diver memerlukan 2 DMT iaitu 1 bertugas untuk shif siang dan 1 lagi untuk shif malam.Jika buat job untuk `client’ Shell pula mereka mahu 4 DMT untuk 2 shif tersebut. Elaun DMT dibayar tak banyak sikit je lebih kurang USD 20.00 sehari.Tetapi jika DMT tersebut pernah bertindak merawat pesakit dan mempraktikan ilmunya dengan baik dan dimasukan kedalam rekod maka untuk `next job’nya elaunnya akan dinaikan kalau tak silap aku sehingga USD50.00 sehari. Jadi kiralah sendiri kalau sebulan dapat berapa selepas di `convert’kan ke Ringgit Malaysia.

perlantikan DMT
Contoh Surat perlantikan sebagai Diving Medical Technician DMT diOffshore,kalau ada surat seperti perlantikan ini barulah dapat elaun DMT



Dulu kursus DMT ini hanya boleh diambil di Australia atau mana-mana Negara lain.dan yang paling hampir atau paling murah hanya di Singapura.Tetapi beberapa bulan selepas aku habis kursus sudah ada doctor pakar selam yang buat kursus DMT ini di kliniknya di Ipoh dan bayarannya lebih murah sedikit dari di Singapura.Selepas aku dapat sijil DMT aku maka semakin ramai pula yang ada sijil DMT tapi tak ramai yang dilantik jadi DMT di offshore kerana sudah ada DMT yang lebih senior dilantik oleh `company’.Mungkin mereka akan dilantik jika DMT yang ada sudah dihantar bertugas kemana-mana dan company masih perlukan diver yang ada sijil DMT untuk job ditempat lain pula.

Setahun selepas aku tamat kursus DMT semasa aku bertugas untuk satu job (tak boleh bagitaulah dimana job tu) di Offshore ada seorang rakan diver ku telah datang ke offshore dengan kecederaan ditangan dan badan kerana terlibat dengan kemalangan motosikal pada hari beliau hendak datang ke offshore tetapi beliau datang juga kerana tidak mahu menyusahkan kakitangan di pejabat yang telah menyediakan segala dokumen dan tiket atas nama beliau untuk datang ke offshore jika beliau membatalkannya.Untuk tidak mahu menyusahkan sesiapa maka beliau datang juga kerja lagipun kalau datang kerja dapat USD,kalau tak datang tak dapat USD....

Semasa di Offshore aku telah dapat tahu tentang kecederaanya,di bahagian pelipat tangan kanannya terdapat cedera yang agak teruk juga dan berjahit besar dan dibahunya juga terdapat kecederaan luka gesel.dari penilaianku beliau memang tidak boleh menyelam dengan keadaanya begitu.Jika supervisor atau supritendant dapat tahu mungkin beliau akan marah pada rakan ku ini kerana datang ke offshore dengan keadaan begitu.Lalu aku dan rakan-rakan diver lain yang satu shif dengan ku pun `berpakat jahat jenayah’ (istilah dalam buku undang-undang merujuk kepada bersubahat) iaitu tidak akan beritahu pada supervisor atau supritendant.Kerana kami juga tidak mahu jika rakan kami tadi dihantar balik kerana dikhuatiri tidak boleh buat tugas menyelam.Dan kami berjanji akan membantu rakan kami yang cedera tadi.

Photobucket
Kecederaan ditangan yang dialami rakan ku.


Lalu mulai hari itu kami pun dengan memandai-mandainya (pandai-pandai sendiri) buat rawatan secara haram keatas rakan kami itu.Setiap hari aku akan buat dressing pada luka ditangan dan dibadannya.Tempat kami buat rawatan pula berubah-rubah sama ada ditempat tersembunyi di `dive station kami atau didalam kabin penginapanku.Nasib baik aku mendapat kerjasama dan tunjuk ajar yang sangat baik dari seorang rakan yang bertugas sebagai doktor atas kapal tersebut yang aku gelarkanya `doctor pakar’.Beliau jugalah yang membekalkan aku dengan peralatan-peralatan perubatan yang aku perlukan.Beliau memang best gilerlah...(A+++++ orang kata.....)

aktiviti rawatan haramAktiviti `rawatan haram’ sedang dilakukan...


Pada sebelah tengahari atau petang aku akan cuci lukanya sehingga bersih dan sehingga meraung-raung kawanku itu hi hi hi kesian pun ada syok pun ada tenyeh luka orang.ada juga rakanku yang lain yang turut membantu proses ini berkata aku medic kejam kerana cuci luka kawan aku tu kuat-kuat,nak buat macam mana...aku nak bagi luka kawan aku tu baik cepat terpaksalah buat macam tu.lagipun aku `combat medic’ memanglah sedikit kasar.Aktiviti rawatan haram ini sering dilakukan sambil menikmati sunset.

Photobucket
Sambil menikmati sunset....


Sebelah malam pula aku masukan kawan aku tadi kedalam chamber lalu aku pressurised beliau dikedalam 10 kaki dan beri dia sedut 100% oksigen.satu line oksigen disedut manakala satu line lagi ditekapkan dilukanya.Selama beberapa hari aku buat rawatan chamber ini pada rakanku itu dan setiap sesi berlangsung selama 40 minit.Dalam masa 4 hari sahaja luka ditangannya sudah menampakan hasil yang sangat positif,mengecil dan kering.

Tujuan aku beri rawatan cahmber dan 100% oksigen ini supaya sel-sel mati yang dilukanya cepat kering dan sel-sel yang baru boleh tumbuh dengan cepat apabila di support dengan 100% oksigen.manakala tujuan aku hantar beliau di kedalaman 10 kaki supaya buih-buih oksigen itu dapat meresap kedalam salur darah dan sel-sel dalam badan dan otaknya dengan lebih cepat lagi berbanding jika tidak di`presurised’kan.Sepatutnya jika hendak lebih cepat baik lagi aku perlu `pressurised' beliau lebih dalam lagi sehingga 40 kaki tetapi aku tidak mahu sebarang risiko sebab itu aku hanya `pressurised' beliau hanya dikedalam 10 kaki sahaja.

Photobucket
Didalam chamber dan bernafas 100% oksigen.Satu line disedut dan satu line lagi ditekapkan ditangannya.


Setiap hari tanpa jemu aku mengulang proses `rawatan haram’ ini sehingga kawanku itu merasa bersalah seolah-olah beliau dah menyusahkan aku.Tapi sebenarnya aku sangat seronok melakukannya kerana aku memang minat melakukannya,tak dapat jadi doctor betul,jadi doctor tipu pun jadilah....Lagipun sudah tanggungjawab aku sebagai seorang ahli paramedik menolong orang yang memerlukan bantuan tak kiralah pendekatannya betul atau salah yang penting niatnya baik.

Selepas 15 hari diberi rawatan yang special akhirnya kawanku itu sembuh sepenuhnya....Aku puas hati kerana dapat membantu dengan ilmu yang dipelajari dan dapat mempraktikannya disamping dapat belajar lagi beberapa tip yang diajarkan oleh rakanku `doctor pakar’ tadi.Rakanku yang `doctor pakar’ tu memang cekap dengan kerjanya sebagai `doctor pakar' kerana berpengalaman luas semasa berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan dulu lagipun di darat beliau mempunyai kliniknya sendiri yang kendalikan oleh isterinya yang juga seorang doctor dan beliau juga tidak lokek ilmu dan tidak lokek peralatan.memang aku bangga dapat belajar dan bekerjasama dengannya.

Photobucket
Doktor Pakar sedang membantu


Semasa beliau belum sembuh sepenuhnya ada juga aktiviti menyelam tetapi sebagai `lead diver’ dan juga DMT bertugas aku Berusaha mengatur tugas dan giliran menyelam dengan baik dimana giliran rakan yang cedera itu di`cover’ oleh kami sehingga tiada yang menyedari salah seorang dari kami sebenarnya cedera dan tidak boleh menyelam sementara.

Segalanya berakhir dengan baik,tiada sesiapa yang dihantar balik,tiada supritendant dan supervisor yang marah-marah.Yang cedera pun dah sembuh dan sudah menyelam seperti biasa.Dan kami semua kembali dapat menikmati sunset dengan santai selepas penat bekerja.....

Photobucketmenikmati sunset dgn santai....sambil kena Ali Cafe Power Root.....ermmmm.....

Selepas job aku di Barge Sapura 3000 berakhir pada hujung 2008 aku banyak berehat dirumah sehingga January 2009.Kemudian pada January 2009 itu aku bersama 3 lagi rakanku yang sama-sama terlibat dengan job diSapura 3000 dulu menghadiri kursus `Diving Medical Technician’ (DMT) atau juga dikenali sebagai `diver medic' di Singapura.Nasib baik naik job lama di Sapura 3000 tempohari dapatlah modal sikit untuk pegi kursus.

Semasa Job Jacket Istallation di Sapura 3000 dulu akses internet agak terhad dimana di `recreation room’ hanya disediakan 1 sahaja `desktop’dan terpaksa berkongsi beramai-ramai dan dihadkan hanya 30 minit sahaja seorang.Oleh kerana tak dapat melayari internet dengan sepuasnya maka aku pun menjalankan `misi sulit’ menjelajah setiap ruang kapal itu mencari dimana adanya `port’ internet yang ada connection tapi tidak digunakan.Akhirnya pencarianku berhasil dimana aku jumpa satu bilik yang agak tersembunyi yang aku rasa `port’ ini orang tak tau yang disitu ada internet.Maka setiap hari aku berkampung disitu melayari internet sepuasnya.Oleh kerana job kali ini agak rilek maka banyaklah masa aku habiskan dengan melayari internet.

bilik rahsia aku
Disinilah aku jumpa satu port internet yang tidak digunakan oleh orang lain kecuali aku seorang


Disitu juga aku mengambil kesempatan menguruskan pendaftaran dan tempahan untuk menduduki kursus `Diving Medical Technician’ dengan bantuan seorang rakan yang berada didunia luar (daratan).Rakanku ini sejak beberapa tahun lalu memang banyak membantu aku dalam urusan berkaitan urusan-urusan luar Negara dan urusan-urusan didalam talian begini.pada asalnya aku bercadang nak ambik kursus ni seorang diri dengan tidak beritahu rakan-rakan ku yang ada disini tapi akhirnya mereka tahu juga akhirnya 3 orang lagi rakanku pun nak ikut juga.

Kursus ini dijalankan selama 2 minggu di KB Associate yang terletak dekat kawasan Changi,tak jauh sangatlah dari Airport Changi. Untuk kursus ini kami perlu membayar lebih kurang S$2500.(tukaran asing 2.4) jadinya duit Malaysia lebih kurang dalam RM6000 lah itu belum masuk dengan sewa hotel lagi untuk tempoh 12 hari..Kami tinggal di Hotel Cap ayam je..walaupun cap ayam tapi sewa bilik mahal jugak lebih kurang S$80.00 sehari tak padan dengan rupa hotel tu.Total semua sekali aku keluarkan belanja sebanyak RM 10.000 untuk kursus ini sahaja belum termasuk dengan duit shopping lagi tu(Shopping nye bajet tak yah taulah,sikit je).Hotelnya lebih kurang macam rumah mewah zaman 60an.Walaupun cap ayam dan mahal tapi itu sahaja pilihan terbaik kerana dekat dengan tempat kursus kami.Tapi kalau nak cari makanan halal agak susah sikit sebab terpaksa berjalan kaki agak jauh juga (berpeluh ketiak jugalah) lepas tu masa nak pergi cari makanan tu lapar bila lepas makan kena jalan kaki balik ke hotel semula bila dah sampai hotel jadi lapar semula.Selama 3 hari kami pergi kesekolah naik teksi dan balik pula naik MRT lepas tu baru kami tau yang pihak sekolah boleh mengambil kami dihotel pada waktu pagi dan menghantar kami balik hotel semula selepas kelas kerana hotel kami tidak jauh.Maka selepas itu mudahlah urusan pergi dan balik kami,dapatlah berjimat kerana bajet untuk transport dah save.Syukur pada Allah yang memudahkan urusan kami.

Disekolah ini nasib baik kami dapat cikgu Melayu,Muhamad Al Mudin Aman namanya.Oleh kerana dalam kelas kami hanya ada 4 orang sahaja yang hadir dan semunya Melayu maka cikgu kami tu pun berbesar hati untuk mengajar kami dalam Bahasa Malaysia.Sepatutnya ada juga Mat Saleh tapi disaat akhir mereka tak dapat hadir maka tinggallah kami 4 orang melayu dari Semenanjung.Menurut cikgu Muhamad ini pertama kali dalam kelas DMT semuanya Melayu dari Semenanjung.

cikgu muhamad tgh mengajarCikgu Muhamad sedang mengajar


Didalam kursus ini dalam minggu pertama selain dari diajar perkara-perkara asas berkaitan perubatan kami juga diajar berkaitan anatomi dan fisiologi,fungsi-fungsi organ dalam badan,tugas-tugas paramedic,jenis-jenis kecederaan dan beberapa penyakit penting.Kami diajar dan dilatih bagaimana menjadi seorang ahli paramedic,bagaimana menghadapi dan menangani sesuatu kemalangan dan kecederaan.Aku memang minat dengan bidang ni sebab tu sejak sekolah aku dah jadi ahli persatuan Bulan Sabit Merah.Kalaulah dulu aku belajar rajin-rajin macam sekarang entah-entah dah jadi doctor betul agaknya.Aku memang beri tumpuan penuh semasa cikgu mengajar.Kami juga diajar beri suntikan,menjahit luka kecederaan,memasang IV fluid atau memasukan air kedalam badan pesakit.memasukan tiub kesaluran kencing pesakit atau dipanggil `Catheterisation’,menangani pesakit yang menghadapi serangan jantung,memasukan tiub kedalam saluran pernafasan pesakit dengan kaedah-kaedah tertentu dan menebuk lubang pada dada pesakit yang menghadapi kecederaan dalam paru-paru.Tapi kami cuma buat praktikal pada patung getah je,menjahit tangan palsu yg dibuat dari getah dan mencucuk IV fluid untuk memasukan air pun pada tangan getah.Kalau buat pada orang betul mungkin kami dah kena tumbuk agaknya sebab asyik salah cucuk je..sampai berlubang-lubang tangan getah tu sebab salah cucuk.Aku seronok atau pun best giler dengan semua mata pelajaran yang diajarkan.Setiap hari cikgu akan beri kerja rumah dan tajuk-tajuk sabjek yang perlu dibaca selepas kelas untuk disemak keesokan harinya.maka setiap malam kami akan duduk dan berbincang tentang pelajaran.Walaupun susah tapi kerana minat maka aku tidak merasakan tekanan.

Lat.Praktikal
Latihan Praktikal menghadapi mangsa kemalangan.


Diminggu kedua pula kami banyak diajar berkaitan dengan penyakit-penyakit penyelam yang melibatkan tekanan (Barotrauma) yang mana sebahagian darinya adalah ulangan dari apa yang pernah aku belajar dulu semasa di Australia manakala sebahagiannya lagi ada juga yang aku tak pernah belajar.Berkaitan dengan penyakit penyelam ini sebahagian dari sabjeknya diajar sendiri oleh seorang `diving doktor'(doctor yang pakar tentang penyakit-penyakit penyelam). Kami diajar tentang Penyakit-penyakit ini dengan lebih mendalam lagi.Sebagai seorang DMT kami harus tau simtom-simtom,tanda-tanda dan semua yang berkaitan penyakit penyelam serta tau bagaimana untuk menangani dan mengendalikan penyelam sakit.Kami juga mesti cekap menilai keadaan pesakit dan membuat pemerikasaan.

Jika di `dive site’ DMT akan menjalankan tugas sebagai paramedic sebelum ketibaan `diving doktor’ dan sekiranya `diving doctor’ ada ditempat kejadian maka DMT akan bertindak selaku pembantu kepada doctor.sekiranya doctor berada jauh dari tempat kejadian tetapi dapat dihubungi maka DMT akan melapurkan simtom-simtom atau tanda-tanda yang ada pada pesakit kemudian akan menjalankan rawatan mengikut arahan dari doctor.Begitu juga jika penyelam sakit berada didalam chamber dan doctor pula berada diluar chamber maka DMT akan memberikan rawatan kepada pesakit mengikut arahan dari doctor yang memantau dari luar chamber. Pesakit yang menghidap penyakit penyelam atau sakit berkaitan tekanan (Barotrauma) hanya boleh dirawat oleh `diving doctor’ (doctor yang mahir tentang penyakit penyelam) sahaja bukan oleh doctor biasa.

Didalam kursus ini juga kami dikehendaki buat praktikal di Hospital.Kami dihantar praktikal di Hospita Alexandria selama beberapa hari,aku pun dah tak ingat hospital ini dikawasan mana.Dihari terakhir kursus kami menghadapi ujian bertulis yang boleh tahan juga susahnya.Selesai ujian bertulis ada pulak ujian praktikal.Pegawai penguji ialah seorang `sister’ jururawat wanita (mengikut maklumat yang diterima ,belum kahwin lagi) dari salah sebuah hospital di Singapura,muda lagi orangnya,lebih kurang dalam usia 30an.Tidak terlalu serius dan tidak terlalu baik,tapi agak berdiplomasi jadi tidaklah kami `nervous’ sangat masa ujian praktikal tu.Setiap seorang akan diberi satu scenario kemalangan dimana mangsanya sama ada melibatkan `diver’ atau `non diver’.Pegawai penilai akan menilai kelancaran kami dalam menangani situasi kecemasan atau kemalangan tersebut.Kami juga diuji secara praktikal dalam kemahiran menjahit luka,memasukan `IV fluid’ dan semua latihan praktikal yang telah diajar sebelum ini.Untuk ujian praktikal ini ada juga yang berpeluh-peluh walaupun aircond sangat sejuk masa tu.Bagi yang dapat menangani scenario yang diberi dengan lancar maka hanya mengambil masa sekejap sahaja tapi ada juga yang mengambil masa yang panjang.

Selepas berhempas pulas dalam ujian praktikal dan ujian bertulis apabila keputusan diumumkan semua pelajar lulus ujian praktikal tapi ada juga rakan ku yang gagal dalam ujian bertulis dan terpaksa mengulang semula.Apabila rakanku yang gagal tadi selesai mengulang semula dan diumumkan lulus lalu maka kami sangat gembira kerana rasa tak happy pulak bila datang kursus sama-sama tapi tiba-tiba ada pulak yang gagal.Kami diberi sijil dan satu kad pengenalan yang menandakan kami adalah seorang `Diving Medical Technician’ atau `diver medic’.

sijil DMT
sijil Diving Medical Technician (DMT)


Bagi aku ilmu yang dipelajari disini sebagai ahli Paramedik adalah sangat berguna kerana aku boleh praktikan untuk membantu orang lain ataupun ahli keluarga sendiri kerana ramai orang yang tidak tahu apa tindakan yang perlu diambil jika berlaku sesuatu kecemasan dihadapan mata,lebih malang lagi jika kecemasan atau sesuatu kemalangan itu menimpa ahli keluarganya sendiri.Sekurang-kurangnya aku tau apa perlu dilakukan bagi mengelakan keadaan menjadi lebih parah.

Selepas pulang dari kursus tersebut aku melapurkan diri di ofis Sapura di Keramat dan declare yang aku sekarang adalah `diver medic’ supaya mereka dapat masukan kedalam database mereka supaya untuk job akan datang mereka sudah ada senarai nama anggota DMT yang boleh di `deploy’ kan. .Selain dari melapurkan diri ke ofis Sapura aku juga melapurkan diri di rumah kerana pesakit regular (isteri & anak-anak ) aku dan menunggu dengan aduan sakit kepala,demam dan macam-macam lagilah....ermm....macamlah aku ni pegi belajar jadi doctor betul.....padahal doctor yg belajar menjahit tangan getah je....layan jelah....(bila bagi souvenir dari Singapore sume baik sakit.....

Bersambung akan datang......mempraktikan ilmu DMT di Offshore....

Ini adalah entri skema yang terakhir....

TOPSIDE:
– Facilities are tailored to achieve weight and space saving
– Incorporates process and utility equipment
1 Drilling Rig
2 Injection Compressors
3 Gas Compressors
4 Gas Turbine Generators
5 Piping
6 HVAC
7 Instrumentation
8 Accommodation for operating personnel.
9 Crane for equipment handling
10 Helipad

top site


PLATFORM PARTS
1 MOORINGS & ANCHORS:
– Used to tie platform in place
– Material
2 Steel chain
3 Steel wire rope
– Catenary shape due to heavy weight.
– Length of rope is more
4 Synthetic fiber rope
– Taut shape due to substantial less weight than steel ropes.
– Less rope length required
– Corrosion free

platform 16


PLATFORM PARTS (RISER
– Pipes used for production, drilling, and export of Oil and Gas from Seabed.
– Riser system is a key component for offshore drilling or floating production projects.
– The cost and technical challenges of the riser system increase significantly with water depth.
– Design of riser system depends on filed layout, vessel interfaces, fluid properties and environmental condition

platform 17


platform 18


Semoga dengan sedikit maklumat yang diberikan didalam 3 bahagian entri berkaitan platform yang telah disiarkan memberi cukup kefahaman kepada pembaca berkaitan pelantar minyak dan bahagian-bahagiannya.

Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan

Top Commentators

Get this widget here