Dunia Commercial Diver





Aku sempat berada atas kapal selama seminggu dan dapat juga aku buat 3 dive.Aku seronok jugak dapat diving dalam job ini sebabnya dah hampir setahun aku tak menyelam walaupun aku naik job tapi kebanyakkan job yang aku naik untuk tahun 2012 ini aku tak berpeluang menyelam kerana kebanyakkannya yang menyelam dalam projek yang aku terlibat tahun ini adalah Sat diver yang menyelam diair yang dalam.Manakala aku terlibat didalam pasukan sokongan bagi mereka.Ada juga job lain yang tidak perlukan sat.diver tapi kebetulan masa time aku naik job tu selama 60 hari belum tiba bahagian yang perlu menyelam,selepas aku balik kerana kontrak 60 hari tamat barulah mereka mula menyelam hmm rezeki aku lah tu...

Selepas Seminggu berada atas kapal kemudian pada satu hari itu aku baru selesai menyelam menyiapkan tugasan dibawah air kami dimaklumkan yang 4 orang diver perlu pulang lebih awal atas sebab yang tak jelas.Masing-masing berasa tak berapa seronok kerana  masih terlalu awal kalau nak balik sebab duit tak cukup lagi.Lalu aku volunteer untuk pulang sebab nak beri peluang pada rakan-rakan diver yang lain terus berada disini.

kami dihantar kedarat Dengan crew boat yang mengambil masa pelayaran selama 2 jam. Apabila sampai didarat hari sudah lewat malam Sesampai dipelabuhan kami dapati agen yang sepatutnya menjemput kami tiada disitu,lalu kami terpaksa menumpang agen syarikat lain untuk kehotel kerana waktu itu sudah hampir jam 1 pagi.Oleh kerana Tiada agen yang menunggu kami maknanya agen mungkin tak tahu yang kami akan naik kedarat jadi hotel juga tidak ditempah untuk kami.Kami dihantar oleh agen syarikat lain yang kami tumpang itu kehotel yang biasa kami tinggal.Sebagai upah kerana menghantar kami dari pelabuhan kehotel agen tersebut minta tambang RM50.Kami Tak kisah pun beri padanya jumlah itu kerana kalau kami tak tumpang vannya mungkin kami terpaksa menunggu agen kami diPelabuhan sampai pagi agaknya.

Sampai dihotel Riverfront Inn kami bernasib baik kerana masih ada bilik kosong.Pada mulanya kami agak risau kalau-kalau hotel penuh kerana ramai orang yang sedang bertumpu dan datang keBintulu bagi sambutan Hari Malaysia yang yang diadakan di Bintulu dimana Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dijangka datang bagi merasmikan majlis sambutan disini.Kami terpaksa mendahulukan bayaran untuk hotel menggunakan duit poket kami dahulu.Tak mengapalah kerana nanti kami boleh klim semula dari agen.Yang penting untuk malam ni kami dah ada tempat untuk tido.

Nasi Lalapan Bintulu yang menjadi santapan ku setiap tengahari sewaktu didarat selama seminggu.Ikan Bawal yg panas,nasi putih yg panas dan sambal belacan yang menyengat memang power sampai berair hidung.
Pagi itu hari jumaat aku sudah berkira-kira untuk menghantar emel dengan segera  atau menghubungi mana-mana diving contractor yang lain nak beritahu yang aku available dan bersedia untuk digerakkan kemana-mana segera.Tapi rakan aku terlebih dahulu menghubungi opis bertanyakan status kami dan tiket flight kami.Tapi berita yang kami terima dari opis ialah mereka suruh kami duduk diam-diam dihotel itu dan s/by sahaja disitu dan kami juga dibayar gaji hari penuh sehingga diberitahu kelak apa perkembangan seterusnya.ALHAMDULILLAH.......Rupa-rupanya Allah telah mengatur sesuatu yang lebih baik untuk aku dan rakanku yang lagi 3 orang tu yang sanggup berkorban untuk orang lain.Kami dapat duduk didarat makan,tido,berehat-rehat dan bersiar-siar diBintulu dengan dibayar gaji penuh yang mana biasanya kalau dengan company sekarang ni kalau didarat biasanya mereka bayar  `s/by  rate’ iaitu separuh dari gaji sehari kami.

Semasa aku keluar berjalan-jalan disekitar bandar Bintulu lalu terjumpa Papan tanda yang unik ini ada kat pasar Tamu Bintulu,Takde kat Pasar Borong selayang 
Selama 8 hari kami duduk dihotel,aku banyak menghabiskan masa didalam bilik dengan menulis sahaja.Didalam bilik kami ada Television tapi tak pernah sekalipun kami buka TV tu.Sedang aku sibuk dengan berkarya rakan sebilikku pula sibuk melayan Youtube dengan Samsung Tabletnya yang baru dibeli.Setiap hari dia layan You Tube Ustaz Azhar Idris,aku pun tumpang sekaki mendengar dan sesekali tergelak besar dengan karenah lawak Ustaz Azhar tu.Tidak jadi masaalah bagiku untuk faham bahasa Terengganu yang Ustaz Azhar gunakan kerana aku memang sangat faham dengan Bahasa Terengganu sebab lama tinggal di Marang Dulu.Cuma sekarang aku dah tak berapa fasih berbahasa Terengganu seperti dulu.Sewaktu aku masih bertugas diMarang dulu memang aku fasih berbahasa Terengganu kerana banyak bergaul dan bercampur dengan orang Terengganu dari berbagai daerah termasuk daerah yang agak hulu.
Bila tgh sedap menulis dan idea mencurah-curah perut lapar pun malas nak keluar,hanya cake indulgence sebagai pengalas perut. 

Apabila perut lapar baru kami keluar dari bilik untuk mencari makanan.Selepas beberapa hari berkurung dalam bilik barulah aku rasa perlu keluar berjalan-jalan bagi menyegarkan minda dan mendapatkan idea-idea serta bahan cerita untuk hasil karya ku.
Kebetulan seorang rakan yang sama-sama bertugas diUnit Khas B.Aman dulu sekarang sudah bertugas di Bintulu jadi beliau sering datang ambil aku dihotel untuk bawa pergi makan atau minum-minum sambil bersembang kisah-kisah lama,kebetulan dulu kami berada dalam satu tim penyelam tempur.Beliau telah mendapatkan aku sebuah motosikal untuk aku gunakan sepanjang berada diBintulu ni dapatlah aku merempit disekitar Bintulu.Dalam masa setengah hari sahaja sudah habis aku jelajah seluruh Bandar Bintulu.Seronok juga merempit kat tempat baru ni.


Sempat jugak aku merempit dan naik bot tambang ni menyeberang  sungai dan menjelajah kekawasan yg lebih jauh lagi.
Bertambah menarik lagi ialah kehadiran hampir 30 orang rakan-rakan setugas dari Bukit Aman diBintulu bagi tugas khas sempena sambutan Hari Malaysia yang diadakan disini pada 16 September.Mereka agak terkejut dengan kehadiran aku sedangkan aku lebih awal tahu tentang kehadiran mereka disini.Sempat juga aku ikut mereka buat tinjauan awal kekawasan tugas mereka,buat aku teringat kenangan silam pula.Selepas mereka selesai buat tugas reccee kawasan yang mana aku juga turut serta lalu aku bawa mereka semua pergi makan.Aku tak berkesempatan nak jemput mereka datang open house kat rumah aku jadi aku rasa seronok dapat menjamu mereka disini.Tambahan pula masih dalam bulan syawal so kira macam buat open house la jugak Cuma kali ni dipanggil open table.Keseronokkan dan gembira bertemu rakan-rakan lama itu adalah satu rezeki berganda dari Allah buat ku.
Sesungguhnya nikmat Allah buat hambanya tidak terhitung.


Rakan-rakan dari Bukit Aman Sedang berbincang tentang penugasan di Lokasi acara sambutan

Selepas 8 hari didarat kami diarahkan untuk naik kapal semula...aduuh...malas rasanya nak naik kapal semula.Alangkah seronoknya kalau terus duduk kat hotel ni je makan gaji buta.Tapi apakan daya company ni bukan aku punya.Lagipun tempoh 8 hari duduk bercuti didarat dengan dibayar gaji penuh itupun sudah satu rahmat yang besar yang Allah kurniakan.Segala Puji Bagi Allah atas segala nikmat dan rahmatnya.
  






Didalam job ini seramai 18 orang diver terlibat dan 2 orang diving supervisor.Iaitu 9 orang 1 shift.Ini kerana bila menyelam diair yang agak dalam maka jangkamasa berada dibawah air bagi seseorang diver adalah singkat, . Kadangkala satu tugasan kecil pun memerlukan lebih dari seorang diver untuk menyiapkannya.Maka tambahan dari segi bilangan diver adalah perlu dalam projek ini.

Untuk Job ini skop tugas kami sama seperti yang telah aku tulis dalam entri no  `77-Syawal ke10 naik job semula' yang lepas yang mana tugas kami ialah pasang hos dan buka valve bagi membolehkan proses seterusnya untuk tugas ujian tekanan ketas pipeline dasar laut dapat dijalankan.kalau Sat diver yang turun dalam masa tak sampai 6 jam kerja-kerja memasang hos air dan buka valve tu boleh diselesaikan sekejap sahaja tapi oleh kerana kami `air diver’ jadi kerja tu menjadi panjang kerana proses menghantar diver dan bawa naik diver sahaja sudah memakan masa yang panjang sedangkan waktu untuk diver buat kerja hanya boleh dilakukan lebih kurang dalam 30 minit sahaja.Selepas itu kena pulak buat hentian lebih dari 30 minit.

Kadang-kadang apabila seseorang diver diarahkan melakukan sesuatu tugasan singkat tetapi tugasan tersebut boleh menjadi panjang atas beberapa sebab,antaranya masaalah teknikal dan masaalah cuaca atau keadaan `seabed’ yang berlumpur dan berkeladak yang menghadkan pandangan diver.Ada juga berlaku keadaan yang mudah dijangka seperti pipeline sudah tertanam didalam lumpur,jika ini berlaku maka penggalian menggunakan `air lift’ perlu dilakukan bagi membolehkan pipeline tersebut boleh dilihat dan kerja yang berkaitan atasnya dapat dilakukan.Pada asalnya hanya nak pasang hose sahaja tapi sekarang skop kerja dah bertambah iaitu penggalian (air lift),mengangkat sedikit pipeline (menggunakan lif bag) agar ia tinggi sedikit dari seabed berlumpur bagi memudahkan kerja-kerja seperti memasang hos dan sebagainya.Keadaan-keadaan seperti ini yang membuatkan sesetengah projek yang dijangka boleh disiapkan dalam tempoh tertentu menjadi lebih lama dari yang dirancang.Kerja yang pada asalnya dijangka siap dalam masa sebulan pun boleh jadi 2 bulan baru dapat disiapkan.

Pada suatu hari semasa kami sedang sibuk dengan operasi menyelam dan kren sedang mengangkat hos air sebesar 4 inci yang sebelum itu kami turunkan keair bagi dipasang dipipeline yg terletak diseabed telah berlaku kejadian yang mengejutkan dimana wire kepada block kecil pada kren tersebut telah terputus dengan tiba-tiba menyebabkan block tersebut telah jatuh keatas deck dimana dibawahnya kami semua sedang bekerja menarik dan menyusun atur hos air.Sebelum itu Aku yang waktu itu berada disebelah belakang kren  telah mendengar bunyi yang kuat dari atas kren dan dapat melihat wire tersebut putus,telah dapat menjangkakan  sesuatu yang buruk bakal berlaku lalu aku telah menjerit pada semua krew yang tidak menyedari keadaan itu supaya semua orang beredar dari bawah kren dengan segera.

Dalam masa beberapa saat selepas itu block tersebut yang mampu mengangkat beban seberat 5 tan telah jatuh dengan laju dari atas terus keatas deck bersama dengan sebahagian dari wire nya yang agak panjang juga.Memang ia jatuh benar-benar dekat dengan tempat kami berada sebelum itu.Dan nyaris-nyaris ia menimpa keatas Remote Operated Vehicle (ROV) yang berada  kurang dari 1 meter tempat ia jatuh.Lalu dengan serta merta semua kerja-kerja dihentikan dahulu bagi siasatan awal dilakukan oleh pihak kapal dan client bersama dengan safety officer kerana ia dikategorikan sebagai `near miss’ iaitu hampir mnyebabkan kemalangan keatas manusia (pekerja) dan nyaris menyebabkan kerosakan harta benda syarikat.
Kabel wire yang putus yang menyebabkan block kren jatuh atas deck
Krew sedang memeriksa block kren yang jatuh atas deck kapal.5 Ton itu bermaksud ia boleh mengangkat beban tidak lebih 5 Ton.

Oleh kerana aku yang pertama melihat kejadian itu dan Berjaya mengarahkan krew lain beredar ketempat agak selamat maka tak pasal-pasal aku dan seorang lagi diver yang berada ditempat kejadian kena buat lapuran bertulis untuk dimasukan dalam rekod siasatan.Tapi sebelum itu Kapten kapal bersalam dengan kami sambil mengucapkan terima kasih kerana peka dengan persekitaran dan bertindak pantas memberi amaran awal kepada krew yang lain.Kalau mereka masih berada dibawah kren semasa block tersebut jatuh mungkin ada yang cedera parah atau boleh mengakibatkan kemalangan jiwa.Kalau itu berlaku maka kemungkinan besar projek ini akan tertangguh lama atau company akan mendapat masaalah besar begitu juga dengan kapten kapal dan krewnya.

Sekurang-kurangnya aku Berjaya menyumbang sesuatu kepada Company dan yang penting rakan-rakan sekerja aku yang lain selamat dan dapat pulang bertemu anak isteri mereka semula.Aku tak dapat bayangkan andainya ada yang cedera parah atau terbunuh dalam kejadian itu sedangkan aku lambat atau tidak  berbuat apa-apa,alangkah sedihnya ahli keluarga mereka yang menanti dirumah.

Alhamdulillah segalanya selamat,tiada yang cedera,siasatan awal selesai,block yang jatuh telah dibaiki dan dipasang semula dan kerja-kerja pun diteruskan semula.
Supervisor pun menjerit semula..`Ok guys...!! kerja,kerja,kerja,...!!! dive,dive,dive ...!! jangan makan gaji buta......you.. f#@*!+g Lazy !!! (acah je...Supervisor kami baik...aku saje tambah2 citer....)



Aidilfitri itu aku gembira kerana dapat beraya bersama-sama dengan ahli keluarga yang lain berkumpul dirumah bondaku diPaya Jaras Sungai Buloh.Pada Syawal ketiga aku pulang kekampung isteri ku diTerengganu pula.Isteri dan anak-anak semua happy je.Semasa dikampung ini pada hari raya keempat tu dapat panggilan adakah aku boleh untuk naik job pada 31 ogos nanti.Aku terus setuju je Alhamdulillah...rezeki dimurahkan.

Selepas kontrak dipersetujui dan ditandatangi maka Pada 31 Ogos itu aku pun terbang ke Bintulu dengan penerbangan awal pagi.Best Friend aku yang tinggal berjiran dengan aku yang juga commercial diver lah yang jadi mangsa jadi driver aku ke LCCT awal pagi itu.Jam 3 pagi kami keluar dari rumah sengaja kami keluar awal supaya dapat meluangkan masa sambil berbual dan tidak terkejar-kejar atau kelam kabut kalau keluar lewat.Kebetulan beliau masih belum naik job lagi.Padan muka dia sape suruh dia `racun’ aku supaya beli rumah dekat dengan rumah dia...kan dah jadi mangsaku.

kebetulan  Kali ni aku naik job dengan company yang aku tak pernah kerja dengan mereka sebelum ini.Aku rasa sudah tiba masanya aku berhijrah kot.Walaupun sebelum ini aku tak berapa gemar dengan company ini tapi mungkin ada hikmahnya..mungkin ada sesuatu yang boleh buat aku gembira bila bekerja dengan mereka nanti so apa salahnya aku cuba. Aku yakin Allah telah mengatur segalanya untuk aku dan aku yakin ianya pastilah yang terbaik untuk aku walaupun aku tak tau apa bendanya tapi keyakinan kepada Allah mengatasi segalanya.

Aku tak tau entah berapa lama agaknya aku akan bertahan dengan company baru ni.Sebenarnya yang buat aku setuju untuk bekerja dengan company ini ialah kerana aku dibawa masuk oleh Agen `manpower supply’, gaji aku bukan dibayar secara direct oleh company diving contractor  tapi gaji aku dibayar oleh company `manpower supply’ ni dan aku tak kena potong tax tapi aku juga tak mencarum KWSP.Jadi aku bakal menerima gaji penuh setiap bulan.Jika sebelum ini aku menerima `day rate’ yang sama dengan `dayrate’ yang aku terima sekarang tetapi selepas ditolak tax pada LHDN dan KWSP gaji aku short sebanyak RM xx.xxx tapi dengan tiadanya potongan tax pada LHDN dan KWSP ni aku akan menerima gaji penuh,Alhamdulillah.Cuma aku kena mencarum sendirilah kat KWSP tu.Sekurang-kurangnya dengan jumlah lebihan sebanyak itu bolehla aku bayar hutang-hutangku yang berlambak kat bank tu dengan lebih cepat lagi.Sebelum ni aku tak berapa bersungguh-sungguh nak menyertai company ni kerana gaji yang ditawarkan sangat tidak menarik perhatianku.Buat permulaan ni aku mendapat kadar `day rate’ yang sama dengan company yang aku bekerja sebelum ni.

Sampai diBintulu seperti biasa aku dijemput oleh agen dan dihantar menginap dihotel dahulu kerana kata agen kapal yang sepatutnya aku naik itu masih belum sampai diBintulu dan masih berada diLabuan.

Aku menginap di Riverfront Inn Bintulu.Berbanding dengan company lama dahulu dari segi welfare kepada divernya lebih baik sedikit dari company sekarang.Biarlah aku namakan company yang aku kerja sekarang ni sebagai company `A’.Dan company lama sebagai company `S’.Jika dengan company `S’ hotel yang disediakan satu orang 1 bilik,makan hanya sign dan tulis no bilik,segala urusan tuntutan bayaran perjalanan atau atau sebarang bayaran yang kami dahulukan agak mudah prosesnya dan cepat sekali.Tetapi dengan company `A’ ini bilik hotel dikongsi,elaun makan dijanjikan tetapi kami mesti bayar dahulu dan klim kemudian,sebarang klim-klim yang hendak dibuat agak leceh dan lambat atau kadang-kadang tak dapat,itu menurut rakan-rakan yang dah lama bekerja dengan company inilah.Oleh kerana proses membuat klim agak melecehkan jadi tak ramai diver yang buat klim. Apa-apa hal pun aku tetap bersyukur kerana masih dapat job.setiap company ade kelbihan dan kekurangan masing-masing begitu juga dengan diver-diver,setiap diver ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.Ada diver yang kerja bagus dalam air tapi tak pandai bahasa inggeris.Ada diver yang pandai bahasa Inggeris tapi dalam air pulak kurang cekap.Ada diver yang Pandai kerja dalam air atau pandai bahasa Inggeris tapi cakap besar,malas atau perangai tak menyenangkan orang lain pulak pendek kata macam-macam perangai ada.Aku ni dalam senarai diver yang tak pandai kerja dalam air & bahasa Inggeris pun tak bagus so diam jelah.  

Kali ni aku terlibat dengan tugas Pre Commisioning atau kami panggil dengan istilah `pigging’ seperti yang telah aku ceritakan dalam entri no 65-Tugasku atas kapal baru Sapura sebelum ini.Cuma kali ni tugas seperti ini tidak dilakukan oleh saturation diver seperti sebelum ini.Kali ini kami `air diver’ sendiri yang yang akan melakukannya dan kedalaman air disini ialah 40 meter.Biasanya dengan kedalaman 40 meter seperti ini selalunya dilakukan oleh sat diver kerana ianya lebih mudah dan lebih cepat jika dibandingkan kalau dilakukan oleh `air diver’ kerana `air diver’ seperti kami tidak boleh berada terlalu lama dibawah air dengan kedalaman 40 meter itu kerana akan menghasilkan lebih banyak gas lengai dalam badan akibat dari tidakbalas kerana bernafas menggunakan udara mampat serta peraturan dan jadual menyelam telah menetapkan had-had dan jangkamasa tertentu berapa lama kami boleh berada dibawah air.Ianya bagi mengelakkan kami dari mendapat penyakit penyelam.
Tugas diver ialah menyambungkan kicker line atau flexible low pressure water hose kepada `pig launcher 'seperti yang dalam gambar grafik,kemudian diver akan buka valve satu persatu pada dalam jarak waktu yang tertentu bagi membolehkan tekanan air menolak `pig yg didalam saluran paip itu bergerak bagi menjalankan tugasnya.

Beberapa jenis `Pig' atau babi yang digunakan bagi membersihkan bahagian dalam saluran paip sepanjang beberapa Kilometer malah kadang-kadang sehingga beratus-ratus Kilometer.Ia diberi nama `Pig' kerana semasa operasi didalam saluran paip ia akan mengeluarkan bunyi yang sama seperti pig sebenar.


Tetapi bagi `sat.diver’ tidak menjadi masaalah bagi mereka kerana mereka boleh berada dibawah air berterusan selama 6 jam bagi sesuatu tugasan kerana mereka bernafas menggunakan gas campuran helium campur oksigen.

Bersambung akan datang...sabar sikit ye...kalau tulis panjang2 sgt nnt pembaca lost fokus he he he



Pelayaran dari Kemaman menuju ke Bintulu mengambil masa 6 hari kerana barge yang kami naik ni bukan belayar sendiri  tapi ditunda oleh bot penunda dan kelajuannya hanya 4knot sahaja macam mana tak lambat.Sepanjang pelayaran tu setiap hari waktu berbuka akan berubah-ubah iaitu berbeza 7 minit lebih awal dari hari sebelumnya kerana semakin menghampiri Malaysia Timur maka semakin cepat terbenamnya matahari.Setiap hari kami akan memerhatikan matahari terbenam bagi memastikan gelincirnya matahari dan sudah masuk waktu berbuka dikawasan yang kami sedang lalui itu.
Sahabatku saudara Kadok sedang memerhatikan gelincirnya matahari bagi memastikan telah masuknya waktu berbuka puasa bagi kawasan yang sedang kami lalui waktu itu.

Selepas 6 hari belayar lalu pada 6hb Ogos kami pun sampai diperairan Bintulu.Sampai dibintulu kerja-kerja memasang kaki pelantar  (biasanya dipanggil jacket)  yang baru pun bermula.Kerja-kerja memasang kaki Pelantar yang baru ini dijadualkan dapat disiapkan sebelum hari raya Aidilfitri ini.Jika siap mengikut jadual maka welder-welder atau lain-lain krew yang terlibat dengan projek ini akan dapat pulang sebelum Hari Raya.Kerana apabila krew bagi projek pasang pelantar pulang maka krew untuk pasang saluran paip baru pulak akan naik.Tapi bagi department diving masih tetap krew yang sama selagi masih belum cukup 60 hari atas kapal.

Bagi projek pasang jacket ini department diving tidak banyak terlibat,kami hanya standby sahaja kalau-kalau berlaku sesuatu keadaan diluar jangka yang memerlukan kerja-kerja menyelam barulah kami akan menyelam.Walaupun standby sahaja tapi kami tetap sibuk dengan kerja-kerja menyelenggara peralatan-perlatan menyelam yang banyak diatas kapal ni kerana bagi projek diBintulu ini kami sudah bertukar ke Client yang baru iaitu Murphy Oil sebelum ini diTerengganu client kami ialah Petrofac.

Apabila nak buat sesuatu projek yang baru maka peralatan menyelam mesti dalam keadaan baik dan diselenggara mengikut jadual.Bagi memastikan segala dokumentasi dan peralatan dalam `up to date’ pihak ketiga (third Party) yang bertindak sebagai auditor akan datang untuk buat audit.Maka supritendant akan kelam kabut bagi memastikan semuanya dalam keadaan yang up to date.Dalam kes kami kali ini auditor jumpa banyak kesalahan atau dokumen serta peralatan yang tak `up to date’ jadi kami para diver juga turut kelam kabut dan bersusah payah membantu diving technician menyelenggara peralatan-peralatan menyelam dan melengkapkan dokumen-dokumen seperti yang dikehendaki oleh client mengikut standard garis panduan yang dikeluarkan oleh badan antarabangsa.Sebelum tibanya tarikh aku balik banyak juga perkara yang Berjaya kami `update’ kan.

Kemudian pada 14 Ogos aku pun belayar keluar dari QP2000 kerana jumlah hari aku berada atas kapal ini dah mencapai 65 hari.Client dah bising,Client tak mau ada krew yang berada atas kapal ni lebih dari 60 hari.Walaupun Spritendant diving berat nak lepaskan aku balik sebab kuota diver atas kapal ni tak cukup .Sepatutnya untuk projek pasang jacket dan saluran paip perlu ada 4 orang diver untuk setiap shif tapi sekarang Cuma ada 3 orang sahaja setiap shif.Ofis diKL pula masih tak dapat cari diver untuk dihantar kekapal ni bagi menggantikan diver yang balik sebelum ini dan juga bagi menggantikan aku yang dah cukup hari.

Aku berkeras nak balik juga pada 14 Ogos tu kerana aku dah terlebih hari berada atas kapal ni lagipun kalau lambat keluar dari sini aku khuatir tiket flight untuk balik KL akan habis.Lalu pada 14 Ogos itu aku dan ramai lagi krew termasuk para welder yang terlibat dengan projek pasang jacket pun belayar keBintulu dengan `crew boat’.Pelayaran hanya mengambil masa 2 jam sahaja dan ianya sangat melegakan aku kerana tak suka dengan pelayaran yang terlalu lama seperti masa mula-mula datang nak menuju ke  Chendor Field sebelum ni.Sampai di Bintulu dapat berita yang pasport kami masih sangkut di imigresen dan tiket pula belum dapat sebab dari bintulu ke KL dah Fully Book.Halamak...tapi entah kenapa aku tak panic mana pun walaupun harapan untuk dapat balik sebelum raya macam samar-samar je.

Buat sementara aku dihantar menginap diHotel Riverfront di Pekan lama Bintulu sehingga semuanya diuruskan oleh agen.Selama 3 hari juga aku terkandas dihotel ni.Masa yang ada aku penuhi dengan menulis dan malam hari meneruskan amalan sama seperti ketika diatas kapal tempohari.Entah kenapa aku sedikitpun tak berasa gusar atau bimbang andai terpaksa beraya sorang-sorang kat bilik hotel ni.Aku pun tak tau kenapa jadi macam takde perasaan tapi aku rasa aku menjadi pasrah atau redha dan terima apa sahaja yang telah Allah SWT aturkan untukku.Aku rasa ini kesan dari amalan dan ikhlas hati yang aku amalkan sepanjang 2 bulan dilaut ni.Aku tak rasa sedih,tak risau,tak rindu dan tak bersungguh pun nak beraya yang aku sedihkan ialah Ramadhan yang penuh berkat ini akan meninggalkan aku lagi dalam persoalan adakah amalan ku tahun ini diberkati dan diterima olehNYA.


Bazar Ramadhan di Pekan Bintulu lama,adalah dalam 6 gerai je yang meniaga...kesian dia..
Semasa aku berjalan-jalan ambil angin ditepi sungai dihadapan hotel Riverfront tu aku terjumpa dengan Hamba Allah berseluar kuning tu. Beliau khusyuk membaca Al Quran tanpa hiraukan keadaan disekelilingnya walaupun sambil berdiri dihadapan dihadapan bot tambang itu.Aku kagum dengannya.


Petang Jumaat 17 Ogos itu agen datang jemput aku diHotel bersama dengan passport ku dan tiket flight untuk aku balik KL Alhamdulillah....lega rasanya Nampaknya masih ada cahaya dihujung jalan.Sebelum meninggalkan hotel sempat juga aku bertemu dengan beberapa orang lagi krew yang sama-sama naik kedarat dengan aku dari kapal yang sama dan mereka masih terkandas diBintulu kerana tiada tiket dan passport mereka masih sangkut lagi di pejabat imigresen.Selain dari mereka sebahagian besar lagi krew sudah sampai ke Bintulu dari seluruh Negara tapi masih terkandas kerana masih belum dapat kebenaran untuk naik kekapal lagi kerana terdapat masaalah berkaitan dengan dokumentasi.Bila mengenangkan yang Hari Raya Aidilfitri akan menjelma lagi  2 hari lalu aku jadi simpati pada rakan-rakan krew yang lain yang terkandas itu.


Sahabat-sahabat senyum je layan lagu raya dalam van dalam perjalanan menuju ke Airport Bintulu.
Dari hotel menuju keairport driver tu pasang pulak lagu`Balik Kampung’ Nyanyian sudirman perghhh....seronok giler kawan-kawan aku yang lain.Aku cool je lah macam biasa tak mau terlalu seronok kerana mengenangkan orang lain yang tidak dapat pulang beraya atau terkandas dimana-mana.

Aku sampai diK.L dan terus pulang kerumah bonda di Paya Jaras kerana semua ahli keluarga sedang berkumpul untuk berbuka puasa bersama-sama ahli keluarga yang lain.Hanya isteriku seorang sahaja yang tahu aku akan pulang hari ini.Aku memang selalu buat kejutan begitu,maklumlah bekas Unit Khas..memang selalu buat kejutan .Aku sampai dirumah bondaku waktu ahli keluarga semua baru sahaja selesai solat Terawih bersama-sama.Mereka semua terkejut dengan kepulanganku yang secara tiba-tiba kerana disangka kan yang aku tidak dapat pulang untuk beraya,riuh rendah dan meriah sungguh waktu itu semua orang menyambut kepulanganku malam itu.Kepulangan yang paling indah sekali bagiku sepanjang bergelar perantau.Aku rasa sungguh bahagia. 

Syukur aku keHadrat Allah SWT kerana sepanjang trip kali ini rezeki ku agak murah dan beberapa urusan ku dipermudahkan.Tapi yang paling penting dan best sekali bagi aku ialah aku dapat rasakan satu `feel’ yang lain yang sangat indah dan sangat manis hadir dalam jiwa dan hatiku dan aku tau dari mana datangnya....: ).Terima Kasih ALLAH atas segala nikmatmu.

Nota kaki-Sepanjang 2 bulan diatas kapal ni sekali pun aku tak menyelam sebab tu lah 3 bahagian entri aku tak citer pasal menyelam pun,sori ye pembaca sekelian
        

Kenangan raya. Tahun 2006 aku beraya didalam lautan di Australia
Tahun 2007 aku beraya di Bukit Aman (Kerja la Beb)
Tahun 2008 aku beraya diatas Kapal Sapura 3000,
Tahun 2009 aku lupa beraya dimana.
Tahun 2010 aku beraya diatas kapal QP2000,(naik kekapal lg 4 hari nak raya)
Tahun 2011 aku balik darat lagi 5 hari sebelum raya dari Job diSabah.
Tahun 2012  aku pulang kerumah lagi 2 hari sebelum Hari Raya. (balik dari Bintulu)








Selepas sebulan dilaut Ramadhan pun  datang lagi...Aku rasa seronok sangat aku pun tak tau kenapa,tapi di pagi 1 Ramadhan tu aku rasa sayu & syahdu sangat semasa mengimamkan solat subuh pagi itu.Aku lihat pagi itu surau penuh sangat tak seperti hari-hari sebelum itu.

Kat kapal ni waktu sahur pun dah meriah dan riuh rendah apa lagi bila tiba waktu berbuka puasa riuh rendah sekali macam kat bazaar Ramadhan.Makanan untuk berbuka banyak sekali.bukan setakat yang muslim je berbuka puasa malah yang non muslim pun turut sama menumpang kemeriahan itu dengan makan bersama geng muslim walaupun mereka boleh makan lebih awal tetapi mereka seronok dengan kemeriahan semasa berbuka itu.Namun rutin ku dan sebahagian kecil lagi rakan disini ialah akan menunaikan solat magrib dulu selepas menjamah   sedikit kurma.


Suasana semasa berbuka puasa
Kerja shif malam ni tak berapa teruk sebab cuaca tak panas.Lagipun apabila takde kerja melibatkan bahagian diving so kami banyak s/by jelah.Jadi Setiap malam aku dapat memadu kasih dengan penciptaku....itulah bab yang menyeronokkan kalau kelaut ni.USD dapat Iman pun bertambah kuat.

Pada hari ketujuh berpuasa, projek di Chendor field Terengganu ni siap lalu kami pun belayar Masuk ke Pelabuhan Bekalan Kemaman (KSB) untuk ambil bekalan minyak dan lain-lain keperluan lagi sebelum belayar ke Bintulu pula untuk buat projek disana pula.

Diwaktu lapang aku banyak menghabiskan masa dengan hobi ku iaitu menulis,sama ada untuk blog,untuk projek buku aku atau  artikel untuk dihantar ke Majalah.Semakin banyak aku menulis semakin seronok sebab aku memerah otak aku agar ia bekerja.Semasa diatas kapal ni juga aku telah menghantar ke Majalah PERAJURIT sebanyak 5 bahagian artikel informasi berkaitan menyelam dan Pihak penerbitan terus membalas emel aku yang mereka sangat suka dengan tulisan ku dan bersetuju menyiarkannya sehingga selesai semua bahagian setiap bulan dan untuk itu aku dibayar saguhati untuk setiap artikel.Waahh rezeki Ramadhan bagiku.Aku bukan teruja dengan wang saguhati tu tapi aku teruja kerana hasil tulisanku buat pertama kalinya akan tersiar dimedia cetak,maknanya ada jugak yang menghargai hasil tulisan dari buah fikiranku.Aku memang ada keinginan dan hasrat nak menjadi seorang penulis jugak walaupun bukan penulis sepenuh masa tapi sekurang-kurangnya adalah juga karya yang aku hasilkan.

Disinilah aku menghabiskan masaku dengan menulis untuk blog dan artikel untuk majalah Perajurit.
Sebahagian dari Artikel tulisanku yang tersiar diMajalah Perajurit Keluaran Bulan September 2012
Berpuasa dilaut ni seronok ada syahdu pun ada.Disini solat Teraweh berjalan juga Cuma kadang-kadang ramai kadang-kadang tak ramai  sebab ada kalanya ramai yang busy sebab kerja-kerja bahagian masing-masing berjalan  dan tak boleh tinggal. Bagi solat teraweh ni Imamnya bertukar-tukar sebab tak semua orang free dan sentiasa berkelapangan untuk jadi Imam atau Bilal,kami disini berkongsi ilmu dan tetap berusaha untuk meneruskan apa yang disarankan dalam agama walaupun tak mahir tapi ada keinginan untuk belajar.

Sesekali aku pula `kena’ ambil jawatan tak rasmi sebagai Bilal untuk solat teraweh apabila ada rakan-rakan yang sibuk bekerja ataupun sudah pulang kedarat.Dan Solat Subuh pula sejak awal Ramadhan akulah yang kena jadi Imam apabila masing-masing menolak-nolak dari kedepan dan akhirnya aku jugak yang tertolak ke depan.Lama Kelamaan jawatan tak rasmi sebagai Imam solat subuh dan magrib terus melekat padaku manakala jawatan tak rasmi Imam bagi Solat Isyak dan teraweh diserah kepada Saudara Isa seorang welder.Suara-suara sudah kedengaran berbunyi yang calon bagi Bilal dan Imam untuk solat Sunat Aidilfitri nanti sudah ade...tapi mereka tak tau yang aku akan pulang beraya didarat pada penghujung Ramadhan nanti.Aku buat diam je....

Walaupun Surau atas kapal ini tak seindah surau-surau yang didarat tapi auranya sangat kuat 

Aku bersyukur sangat-sangat sebab bulan puasa ni aku naik job ni. Surau kat atas kapal ni sentiasa ada orang sama ada mereka akan membaca Quran,Solat fardu atau sunat ataupun untuk melelapkan mata seketika.Kalau aku dilaut pada bulan puasa urusan bayar Zakat Fitrah pula biasanya isteri aku akan bayarkan bagi pihak aku.Biasanya awal puasa dia dah bayarkan hmm dedikasi sungguh...

Pada 7 Ramadhan kerja-kerja dilapangan minyak chendor ni telah kami siapkan lalu kapal pun belayar ke perairan Kemaman bagi mengisi minyak dan mengambil serta menurunkan peralatan yang sudah tidak diperlukan untuk projek seterusnya.

Selepas 20 jam belayar keluar dari lapangan minyak Chendor kami pun Sampai keperairan  Kemaman dan kapal pun melabuhkan sauh.Kami tak Nampak daratan tapi talian telefon boleh dapat maka bersusun-susun lah krew-krew dan pekerja sekelian bagi menggayutkan diri di Telefon masing-masing. Selama beberapa jam berlabuh disekitar perairan Kemaman so puas jugaklah dapat bergayut diTelefon.
Pantang ade line telefon mesti dapat tengok macam-macam aksi bergayut telefon

Dalam masa yang sama  peralatan-peralatan dan bekalan-bekalan yang diperlukan untuk projek selepas ini dimasukkan kedalam kapal.Tak sampai pun 48 jam kami berlabuh disini sauh pun diangkat lalu kapal pun meneruskan pelayaran menuju ke Bintulu pula.Aku bangun dari tidur petang itu untuk berbuka puasa tengok-tengok kapal dah belayar dan telefon pun dah takde line lagi frustnya.... Kali ini kami menuju ke Lapangan minyak di Bintulu kerana disana sudah  ada projek yang perlu dijalankan.Begitulah hidup aku sejak beberapa tahun ni berpindah dari satu kapal kekapal yang lain dan dari satu Oil field ke oil field yang lain bermandi keringat dibawah terik mentari bagi mencari sesuap nasi (Briyani Gam).


Selepas balik dari Job dengan Core IRM di Labuan ( Entri 73- Kerja 3 hari duduk hotel 5 hari )Aku semacam keberatan nak kelaut dlm masa terdekat sebab ada beberapa urusan peribadi yang masih belum aku selesaikan lagi.

Tapi pagi itu aku gatal tangan meng sms ke opis Sapura Tanya bila next crew change....tiba-tiba Hand pon ku terus berbunyi.Rupanya Pn Shila comel dari opis Tanya bila aku boleh kerja semula sebab beliau memang perlukan DMT Diver dengan kadar segera iaitu kalau boleh beliau nak aku masuk kerja keesokan harinya.Hallamak..Aku minta tempoh sejam  nak fikir dulu.Selepas berbincang dengan isteriku aku pun terus call Pn Shila yang comel tu yang aku setuju naik job esok.Isteriku macam suka je aku kelaut hmmm musykil musykil...Baru sampai rumah sehari terus masuk kerja semula.Takpelah..sementara tengah laris ni hentam sajalah Labu....Hujung tahun nanti menganggur puas-puas ye...

Pagi sabtu dibulan Jun itu aku berlepas keKemaman dengan lain-lain krew yang sedia menunggu di Flaminggo Hotel Ampang dengan Van yang disediakan oleh company,sedap jugak naik Van Mercedess ni..

Sampai di opis safety Oficcer di Kemaman macam biasa kami kena buat ujian `drug & arkohol test’ maksudnya kena kencing dalam botol pastu bagi air kencing tu kat safety officerla,Terpulaglah pada Safety officer tu nak kaji atau belek air kencing tu mcm mana.Aku rasa safety officer tu dah kira masuk taraf pakar air kencing dah.Lepas tu mcm biasala...tengok video taklimat keselamatan yang dah beribu kali tengok.tiap kali nak kelaut je mesti kena tengok video ni.Sesekali ape salahnya tayanglah pulak citer perang-perang atau  citer lawan-lawan yang ganas-ganas punya kasi orang semangat sikit nak kelaut....lepas tengok video tu safety officer pun akan membebel sepatah dua kata.lepas tu... ok sume berambus pergi naik crew boat yang dah tunggu kat sungai Kuang (rasanya betul dah nama tu)

Kali ni kami akan menuju ke `oil field ‘ Chendor dimana projek ini under Petrofac.Pelayaran dengan krew bot nak ke lokasi  akan mengambil masa 7 jam lebih aduuhhh benci betul aku kalau naik crew bot lama-lama ni.kalau naik kapal terbang 7 jam tu dah boleh sampai Arab Saudi buat umrah dah.


Dengan Crew Boat ini mengambil  masa Selama 8 jam untuk sampai ke Chendor Field
Sebelum bot mula belayar aku terus makan ubat batuk sebab aku demam dan batuk,kali ni sengaja aku makan ubat tu overdose supaya aku mengantuk.Yess hasilnyya membanggakan sekali...Sepanjang pelayaran tu aku hanya tido je kat atas lantai bergelimpangan macam pelarian Rohiingya.Sebenarnya bukan trip ni je aku `menggelimpangankan’ diriku atas lantai macam tu tapi semua trip-trip dengan krew bot yang mengambil masa panjang pasti aku awal-awal dah cari port yang sesuai atas lantai bot.Pengalaman masa jadi ` mat bond’ dulu dah biasa merempatkan diri kat kaki-kaki lima sambil menskodeng geng jahat  membuatkan aku dah lali sangat dengan keadaan merempat-rempat ni.. so setakat tidor mati atas lantai bot tu kira small matter la jugak. 
sedang  merempatkan diri



Bila dah nampak QP2000 baru lega rasa dihati

Dah tengah malam baru kami sampai kelokasi bila dah Nampak tersegam megah kapal QP 2000 yang dah lama ku tinggalkan rasa lega dalam hati....Aku rindu kapal ni,aku suka kapal ni.atas kapal nilah aku belajar welding satu ketika dulu.(cuba semak entri no 49 Belajar Welding atas kapal ).Atas kapal ini jugalah aku pernah membidas dan menyelar mereka-mereka yang cuba membabitkan aku dalam permainan politik mereka.
Kami pun dipindahkan dari krew bot keatas kapal QP2000 dengan transfer basket.Waaah...ade basket barulah...aku berkata dlm hati.dengan transfer basket yang baru ni ia boleh memindahkan 8 orang personel sekali gus.Urusan pemindahan selesai dengan cepat sekali.Sampai je atas kapal aku terus check in ke kabin penginapan dan kalau orang baru sampai jangan harapla nak dapat katil bawah ye...dudukla katil atas selagi belum ada orang yang balik darat.Kira-kira 3 minggu jugalah aku kena duk katil atas sebelum dapat pindah kekatil bawah bila salah seorang tim member aku dah cukup hari dan balik kedarat.

Kerja kat sini tak teruk mana pun rehat yang banyak,pastu takda tekanan pulak tu.Bukanlah takde kerja langsung,ada jugak kerja-kerja Saturation diving berjalan dan aku grup Saturation support tapi takdelah teruk seperti selalu.Job kali ni dapat Supritendant yang best tak kacau orang,Supervisor pun jenis slenga je tak kacau orang jugak hmm memang nikmat la... aku kena shif malam...bestnya....geng-geng 1 shif sume kepala best Alhamdulillah.....


Kerja-kerja yang dijalankan diChendor Field





Selepas aku balik awal disebabkan demam dan batuk yang teruk semasa dalam projek atas kapal Sapura yang baru (Entri no 66) aku hanya duduk dirumah selepas mendapatkan rawatan diklinik yang berhampiran.Aku bercadang apabila dah sihat semula dalam 2 atau 3 hari lagi aku nak naik job semula tak kiralah dengan company mana sekalipun,siapa yang panggil dulu aku akan ikut mereka.Tapi tiba-tiba ditakdirkan isteriku pula jatuh sakit dan dimasukan kehospital selama beberapa hari.Waktu cutiku dihabiskan dengan menguruskan anak-anak dirumah dan menjaga isteriku dihospital.Kerja-kerja juga...tapi tanggungjawab pada keluarga jangan diabaikan.

Beberapa hari Selepas isteriku sudah pulang kerumah, aku menerima tawaran job singkat dari company Core IRM untuk job di Labuan.Job dengan Core IRM ni biasanya singkat-singkat je antara 4 hari ke 2 minggu tapi kadang-kadang ada jugak jejak ke sebulan,kira nasib-nasibla.Job Core IRM biasanya buat  Inspection sama ada hull inspection kapal ataupun inspection rig pengerudi.Jika kerja-kerja inspection di Rig Penggerudi biasanya jenis `Jack Up Rig’ atau pun `Semi Sub Rig’.

Job DiLabuan kali ini adalah buat inspection di `Jack up rig’.pada 30 Mei aku diterbangkan ke Labuan bersama dengan lain-lain krew yang terlibat semuanya berjumlah lebih 20 orang kerana melibatkan 4 Tim diver dan 1 Tim *Rope access.(Abseiller).Dalam ramai-ramai tu hanya sebilangan kecil sahaja yang aku kenal.Sesampai diLabuan kami diberitahu yang rig yang kami akan buat tugas tu masih belum sampai diLabuan jadi kami ditempatkan diTiara Hotel Labuan.Hotel 5 bintang yang agak mewah juga..

Sebelum ni dengan company yang sama kami ditempatkan di hotel yang lebih baik lagi iaitu Hotel Waterfront Labuan.Kalau dengan Company Core IRM ini aku memang puji mereka no 1 lah dari segi beri penginapan dan makanan kepada diver-divernya.Memang kebanyakan diver yang pernah bekerja dengan Core IRM Singapore memberi pendapat yang sama dan memujinya.

Disini Aku duduk sebilik dengan seorang diver baru yang sebelum ini jadi Engineer.Sebelum beliau jadi diver dulu beliau juga adalah salah seorang pembaca setia blog aku tapi aku tak taulah dia minat blog aku ni ke tidak tapi dia bagitau aku yang dia selalu ikuti blog aku ni.Oleh kerana terlalu minat nak jadi diver beliau telah simpan duit dan pergi ambik kursus Commercial Diving di Australia.Mamat Engineer ni pernah bekerja dengan company yang masih berhutang 2 bulan gaji dengan aku.(kisah dlm entri no 59-Berlabuhnya tirai 2011)
Ruang Tamu bilik yang disediakan untuk kami.Dibilik ini aku duduk 2 orang 

Berbalik kepada Hotel Tiara Labuan ini.Disini kami tinggal selama 3 hari sementara menunggu Rig sampai ke Labuan.Selama 3 hari dihotel kami hanya makan,tidur,berenang,bertenet,berjalan-jalan dan kembali kemeja makan.bila-bila rasa nak makan kami hanya perlu order dan sain sahaja.Tak perlu bayar apa-apa kerana company yang akan bayar.Makan pulak no limit,walaupun terasa nak makan lobster sekalipun.Terasa nak makan apa sahaja yang ada dalam menu order sahaja jangan segan-segan tapi yang bagusnya tiada pembaziran berlaku walaupun kami order banyak makanan tapi semuanya habis dimakan mungkin sebab lama menunggu makanan tu disiapkan hingga kami betul-betul lapar menyebabkan apabila makanan sampai semuanya licin.

Salah satu kelemahan yang aku dapat kesan sepanjang-panjang aku merantau selama lebih 20 tahun ni ialah kebanyakan restoran atau hotel disebelah malaysia Timur sama ada di Sabah atau Sarawak servicenya agak slow banyak bukan slow sikit.kalau kita plan nak makan malam jam 8.00 kita kena start order pukul 0730 atau lebih awal lagi. 
Menikmati makan malam BBQ dengan suasana santai ditepi Kolam renang.

Selepas 3 hari duduk dihotel makan dan tidor sahaja maka kami pun berangkat ke Rig untuk menjalankan tugas menyelam kerana Rig sudah sampai di Labuan.Di Rig tugas aku sebagai Diver Medic (DMT) tidak memerlukan aku untuk menyelam aku hanya memastikan peralatan medical seperti peralatan perubatan,Hiperbaric Chamber dan Oksigen cukup dan dalam keadaan baik serta sedia untuk digunakan jika berlaku kecemasan.Dan aku juga perlu membantu diver-diver lain dengan kerja-kerja atas dek sebelum,semasa dan selepas selaman. 

Secara umumnya Tugas kami disini ialah membersihkan bahagian-bahagian tertentu di bahagian kaki Rig dimana akan dijalankan pemeriksaan secara sistematik dan teliti menggunakan peralatan-peralatan yang tertentu.Manakala dibahagian yang tidak akan dijalankan pemeriksaan kami tidak perlu cuci dan bersihkan.Jadi...projek manager sudah boleh anggarkan berapa hari projek ini akan siap.Keseluruhannya selepas bertungkus lumus 24 jam kerja-kerja yang melibatkan diver siap dalam masa 3 hari sahaja.Sebaik sahaja siap maka kumpulan diver cepat-cepat dibawa keluar dari rig bagi mengosongkan kabin penginapan supaya grup-grup krew yang lain pula boleh masuk.
Inilah Jack Up Rig tempat kami buat kerja selama 3 hari tu.

Sekali lagi kami ditempatkan dihotel Tiara Labuan.Oleh kerana tiket pulang ke Kuala Lumpur tiada maka selama 2 malam lagi kami tinggal diHotel kembali seperti rutin sebelum ini iaitu makan,tido,lepak dan makan tido lagi....Hari ketiga barulah kami dapat tiket pulang ke Kuala Lumpur.

Secara Keseluruhannya kami naik job 8 hari, 5 hari duduk hotel dan 3 hari bekerja.Kami memang enjoy dan seronok bekerja dengan company seperti Core IRm ini.Salah seorang dari kami adalah penyelam dari Korea dan beliau setiap kali time makan atau berehat-rehat ditepi kolam renang berkali-kali akan  menyebut  `hmmm Core IRM the best diving company in the world’..itu je ayat yang diulang-ulangkannya setiap hari.Mamat Korea ni aku tak boleh duduk lama dekat dia pasal sepanjang masa dia hanya menceritakan keburukan negara dia je.Aku rimas betul dengan Mat Korea ni,tak Patriotik langsung...Dia langsung tak bangga dengan negara dia,Aku rasa dia lupa yang dia ni orang Korea bukan bangsa lain.Tunggulah kalau dia bertukar jadi Bangladesh ke Rohinggya ke masa tu baru dia tau langit tu tinggi ke rendah.Hanya ade beberapa perkataan je yang aku boleh dengar dari dia iaitu `Malaysia is best Country to live & to visit' dan juga ayat hmmm `Core IRM the best diving company in the world'.Bagi aku ada kebenarannya dari kata-kata mamat korea tu tentang company ini malah time gaji pun tak pernah mereka lewat bayar.

Pendek kata aku puas hatilah dengan layanan yang diberikan oleh company kepada diver.Aku ucapkan terima kasih banyak kepada Core IRM khususnya Puan Mas Rasyidah dan Cik Diani yang selalu hubungi aku bila ada job kosong.(Lain kali panggil lagi ye..)

Sudut info

*Rope access worker : The rope access worker is a multi-task technician who has received extensive training in building, aerial works and securing of height interventions. The rope access worker is also called a construction climber or acrobat. Rope access works fit well in the industry and public works sector, as well as in the entertainment realm. The rope access worker intervenes for example on sites such as : window-cleaning, facade scaling and masonry, sheet metal work, installation of anti-bird protection systems, silo cleaning, framed structures, installation of commercial banners, and hanging of sound and light systems.




Its about OILFIELD DIVERS  

OILFIELD DIVERS are: not afraid to get dirty, rough around the edges, cocky, head strong, intense, hard working, competitive, driven, passionate, strong, out spoken, sometimes harsh but honest men. 

Not afraid to get dirty, rough around the edges, cocky, head strong, intense, hard working, competitive, driven, passionate, strong, out spoken, sometimes harsh but honest men

 hard working, competitive, driven, passionate, strong, out spoken, sometimes harsh but honest men

Most came from a modest childhood and are determined to give  more than what they had. GUARANTEED: they miss birthdays, anniversaries, holidays, good/bad d...ays, and unpl...anned e...mergencies year after year. They do not have the pleasure of kissing their children goodnight or sleeping with their woman every night or even telling loved ones goodbye in their dying hour. 

An OILFIELD DIVER willingly goes to a "Oil Rig in the middle of no where" for weeks at a time where he MUST go to work everyday because there are NO weekend and NO sickdays . He eats at a scheduled time or not at all, and works all day in dangerous/unsuitable weather from hurricanes to sandstorms because the job must be done. 

NO weekend and NO sickdays
They works all day in dangerous/unsuitable weather from hurricanes to sandstorms because the job must be done.

They works all day in dangerous/unsuitable weather from hurricanes to sandstorms because the job must be done

Why would anyone do this? Because an oilfield diver is SELFLESS! Facing the long hard hours KNOWING that he will be; uncomfortable, strained, pushed to his limit, and tired. They are often degraded by their superiors who yell, scream, and cuss at them more and more as the weeks go by and the testosterone rises. He has to bite his tongue and swallow his pride recalling that the pictures inside his hard hat are the only reasons he has to not quit. Over half of his time is dedicated to his rig while his heart is always at home. 

Facing the long hard hours KNOWING that he will be; uncomfortable, strained, pushed to his limit, and tired.
the pictures inside his hard hat are the only reasons he has to not quit.

An OILFIELD DIVER endures the days in an about an 8x8 room counting down the days until he has the wages in his hand with his woman by his side. Why? BECAUSE AN OILFIELD MAN PUTS THOSE HE LOVES BEFORE HIMSELF. 
An OILFIELD DIVER endures the days in an about an 8x8 room counting down the days
It's not only true love but a selfless love and genuine concern for their family's future. He sacrifices his life for them. That about sums it up for those who don't understand. Im proud.....
OILFIELD MAN PUTS THOSE HE LOVES BEFORE HIMSELF. He sacrifices his life for them.

Time


Get your own Digital Clock

Followers

Aku..

(Sesungguhnya masa depan kita atau org lain tidak kita ketahui melainkan semuanya adalah didalam pengetahuan ALLAH SWT jua. ) Ini adalah sebuah kisah atau cerita-cerita yang membosankan mengenai kehidupanku sebagai seorang penyelam komersial dalam industri Minyak & Gas.Kepada yang pertama kali masuk blog ni eloklah baca dari entri pertama baru bole faham blog ini sbnrnya...sama mcm kita tgk movie kalau tiba2 je dah kat tgh2 mesti tak faham. kemudian kita terus andaikan yang citer tu tak best.....Anggaplah Tuan/Puan sedang membaca sebuah novel realiti.walau bagaimanapun aku ucapkan terima kasih kerana Tuan/Puan sudi melayan blog `Cap Ayam' aku ni.Hidup sebagai pelaut seperti aku bersesuaian benar dengan ayat dari surah dibawah.

Dialah yang menundukan lautan (sehingga boleh dilayari dipermukaannya atau diselami didasarnya) Supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut dan dapat pula mengeluarkan daripadanya perhiasan untuk kamu memakainya.Engkau melihat pula kapal-kapal belayar padanya dan supaya kamu dapat mencari rezeki daripada limpah kurnianya mudah-mudahan kamu bersyukur.

AL NAHL ayat 14.

Cari di Facebook (FB)
ronin newg



ok peace....
( Untuk stori bergambar sila layari melalui engine carian mozila firefox atau google chrome,kerana entah dimana silapnya internet explorer hanya menyiarkan stori tanpa gambar )

Sila Ikuti Kisah Ini Melalui Panduan Bacaan



















Radio Online

Radio Online
Klasik Nasional FM

Panduan Bacaan

Top Commentators

Get this widget here